Thursday, December 17, 2009

Doa Menghadapi Hari Baru

Ya Allah, Ya Tuhanku, Sesungguhnya hari ini adalah kejadian yang baru, maka bukakanlah kepadaku pintu ketaatan kepadaMu,sudahkanlah ia dengan keampunan dan keredhaan daripadaMu,kurniakanlah aku padanya kebaikan yang Engkau makbulkan dan gandakanlah ia untukku.Seandainya daku melakukan kejahatan padanya maka ampunkanlah daku.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Mengasihani, juga Maha Penyayang dan Maha Mulia.
(Doa Nabi Ibrahim, Ihya' Ulum al-Din, Tabaqat al-Syafi'i al-Kubra)

Selamat Melangkah Ke Tahun Baru 1431Hijriah


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Disaat saya menulis catatan ini, tinggal beberapa jam saja lagi kita akan menyambut tahun baru bagi kalendar Islam.. Adakah kita merasakan keterujaannya atau debaran menunggu perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Vietnam yang lebih menggugat jiwa?

Pelbagai azam telah dirangka sejak awal tahun yang lalu...bagaimana perkembangannya? Adakah terlaksana atau tidak? Ermm bagi saya ada yang terlaksana dan ada yang masih dalam progress.. Yang gagal ermm mungkin tidak 100% gagal.. Alhamdulillah, syukur masih diberikan ruang & peluang olehNYA.

Salam Maal Hijrah !

Sebelum saya berundur ingin saya kongsikan sms yang saya terima dari kenalan yang sudah saya anggap seperti bapa angkat saya sendiri:-

Dengan ilmu hidup menjadi mudah..Dengan iman hidup menjadi terarah....Dengan Ihsan hidup menjadi indah...Selamilah hakikat ilmu,iman dan ihsan, InsyaAllah hati akan menjadi ringan...

Wednesday, December 16, 2009

Think Out Of The Box (26-27 Dis 2009)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jemputan untuk mengikuti program motivasi :-

Tajuk : Think Out Of The Box
Tarikh : 26-27 Dis 2009
Tempat : Suria City Johor Bahru
Yuran : RM 50.00 (tidak termasuk penginapan)
RM 100.00 (termasuk penginapan)
Sasaran : Usahawan-usahawan EKS yang meningkatkan kemahiran diri & juga majikan yang ingin menghantar pekerja bawahan mereka supaya lebih bermotivasi dalam menjalankan tugas.

keterangan lanjut.Boleh hubungi kami ditalian 06-953 3608 / 017-299 3164 / 012-367 7425

Friday, December 11, 2009

coret-coret program keusahawanan anjuran RISDA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

saya baru saja pulang dari JB semalam untuk sama2 mengendalikan program keusahawan anjuran RISDA & Global Perfection selama 3 hari..

menariknya kalau mengendalikan program keusahawan dan pesertanya adalah tokey2 iks :) sepanjang program memang sentiasa ada makanan yang diperkenalkan oleh setiap2 EKS..dan minta kita merasai keistimewaan produk masing2..

produk mereka memang berpotensi untuk dikembangkan jika terus mendapat bimbingan dan pengawasan dari pihak2 berwajib..

nak solat jap..mungkin lepas nie kita boleh sambung lagi.

Wednesday, December 2, 2009

Musim Ijab & Kabul



Assalamualaikum

terima kasih diatas undangan yang telah diterima...akan cuba dipenuhi jika diizinkan Allah..Semoga kekal hingga ke akhir hayat

05 Disember 2009
** Salina & pasangan (2 pupu saya)
** Liyana & pasangan (Muar Computer Sdn Bhd - bekerja sama bangunan dgn tempat kerja)

06 Disember 2009
** Asmahani & Pasangan (my best schoolmate)
** Hairul & Pasangan (SLG Student)

13 Disember 2009
** Arbaeiyah & pasangan (rakan seuniversiti saya-dulu dok sebelah bilik)

19 Disember 2009
** Nurul Huda & pasangan (my best schoolmate yang dah lama x contact :) )

Tuesday, December 1, 2009

friends




some people are good in the things they do...
some are good in the thing they say...
but very few are like you nice everything..

Wednesday, November 25, 2009

Menjelang Aidil Adha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban bakal disambut umat Islam diseluruh dunia beberapa hari saja lagi..bagaimana persiapannya?Ermm mungkin tiada persiapan langsung jika hendak dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri.

Ramai diantara kita yang masih bekerja begitu juga dengan saya..:) apa pengertian hari raya aidil adha pada anda?

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam

Menghayati Raya Korban/Haji (petikan dibawah saya ambil dari blog tazkirah aidiladha.blogspot)

Aidil Adha disebut juga Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ketika itu, sejak malam 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, ummat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang mulia ini dengan takbir, tauhid dan tahmid.

Bagi mereka yang ada kemampuan disembelih korban dan dengannya di bahagi-bahagikan terutama sekali kepda fakir miskin, sebagai tanda pengabdian yang tulus dan ikhlas dengan niat mencari keredhaan Allah.

Ibadah haji salah satu rukun Islam yang wajib kepada mereka yang mampu sekali seumur hidup. Di dalamnya banyak terkandung pelajaran, pendidikan dan pengalaman yang sangat berguna bagi kita yang mengerjakannya, Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus (kerana jauh perjalanan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh . Supaya mereka menyaksi berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah anugerahkan kepada mereka, berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah makan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
(Surah Al-Hajj:27-28)

Berbagai-bagai manfaat dapat kita perolehi apabila kita menunaikan ibadah haji secara baik menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, antaranya ialah:

Dapat menanamkan rasa ukhuwwah Islamiyah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar dalam menghadapi segala kesukaran didalam mengerjakan sesuatu perkara, dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mempelajari adat istiadat dan keadaan bangsa-bangsa lainnya dari seluruh dunia.

Yang datang menunaikan ibadah haji itu terdiri dari ummat Islam dari berbagai-bagai bangsa dan suku dan dari berbagai-bagai tingkat. Walaupun demikian, dihadapan Allah, mereka sama-sama hamba Allah, sama-sama berpakaian ihram bagi lelaki, iaitu pakaian yang tidak berjahit serba putih yang sehelai disarungkan dan sehelai yang lainnya diselempangkan menutupi sebahagian tubuh.

Padang Arafah merupakan tempat mereka berkumpul, kaya dan miskin,pegawai tinggi ataupun rendah, semuanya bersaudara, merupakan satu ummat yang bersatu padu di bawah kalimah ‘Lailaahaillallah, Muhammadurrasulullah.”

Alangkah gembiranya hati jika memandang betapa banyaknya mereka yang datang ke tanah suci, semuanya memohon kepada Ilahi Rabbi semoga dilimpahi kurnia menurut apa yang mereka hajatkan. Dikala itu, berkumandanglah ucapan zikir, talbiah, tasbih, tahlil, tahmid, doa dan sebagainya.

Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya Aidilaldhamerupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.

Sewaktu Ismail telah dewasa dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,
“Ketika anak itu pandai berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”
(Surah As Sooffat:102-107)

Inilah sebahagian daripada pengorbanan yang telah diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mematuhi perintah Allah atau dengan kata lain pengorbanan seorang ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang sangat dikasihi dan Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia di atas perintah Allah dan dengan tidak ragu-ragu meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah itu dengan segera.

Akan tetapi Allah tidaklah seekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.

Semoga dalam menyambut Aidiladha dapatah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.

Semoga kita semua sedia untuk berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan Islam dan ummatnya.

http://members.tripod.com/~SinarOnline/Edisi6/Menghayati.htm

posted by anwarjauhari @ 7:53 AM

Friday, November 20, 2009

Goreng Ayam Tom Yam


Jom try macam sedap je..

INGREDIENTS:
300 gm isi ayam [potong nipis]
2 s/b pes tomyam [boleh beli atau buat sendiri]
1 batang serai [ketuk]
5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang putik jagung [potong kecil]
2 biji buah tomato [belah 6]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

BAHAN MAYANG / HIRIS:
2 labu bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili api
2 cm halia

METHODS:
1.Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, pes tomyam dan serai ketuk sehingga layu.
2.Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3.Masukkan carrot, tomato buah dan putik jagung. Kacau rata & biarkan sehingga lembut.
4.Tutup api dan masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau rata.
5.Hidangkan dengan nasi atau roti.

Thursday, November 19, 2009

Kata-Kata Hikmah Saidina Umar R.A




Kebajikan yang ringan adalah :-

menunjukkan muka berseri-seri
menunjukkan kata-kata lemah lembut

Barangsiapa menempatkan dirinya ditempatkan yang menimbulkan prasangka, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya..

Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin & tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

Aku tidak pedulikan keatas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara kedua-duanya yang lebih baik dariku.Kalau kita bermewah-mewah didunia akan kurang ganjarannya di akhirat.

Wednesday, November 18, 2009

ISO MANAGEMENT SYSTEM STANDARDS

The Plan-Do-Cheque-Act (PDCA) cycle is the operating principle of ISO's Management System Standards.

What is "PLAN"
*Establish objectives and make plans (analyze your organizations situation
*Establish your overall objectives and set your interim targets and develop plans to achieve them.

What is "DO"
Implement your plans (do what you planned to do)

What is "CHECK"
Measure your results (measure/monitor how far your actual achievements meet your planned objectives

What is "ACT"
Correct and improve your plans and how you put them into practice (correct and learn from your mistakes to improve your plans in order to achieve better result next time)

Tuesday, November 17, 2009

Makanan Para Genius

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.Formula ini terpendam didalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa arab.Tersembunyi dari pengetahuan orang dalam dan umat Islam sendiri.Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1) Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat” dapat menyembuhkan kebanyakan penyakit. MAdu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Minum 2 sudu the pada waktu pagi dan malam TETAPI AWAS jangan makan tembikai semasa menggunakan madu kerana ia mengundang bahaya!

2) Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk,pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.Cara makan :-
• Mengadap kiblat
• Baca “bismillah” dan selawat keatas Nabi (3 kali)
• Makan secara kemam seperti makan gula-gula
• Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari

3) Susu Segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal.Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju,lemak dan air yang mat diperlukan dalam pertumbuhan badan dan otak.Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.Cara minum:-
• Segelas sebelah pagi dan malam
• Baca “bismillah” dan doa

4) Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhanya.Sabda Nabi s.a.w “sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan.Maka Allah swt memerintahkan supaya makan telur”.Telur yang terbaik ialah telur ayam kemapung dan yang masih baru.

5) Halia
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan.Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.Cara makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi

6) Limau Oren
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.

7) Buah Delima
Untuk penerang hati.Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari”

8) Daging Burung Merpati
Ia mengandungi protein,lemak,kalsium, fosforus dan kalori.Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.

9) Otak Ayam
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia.Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar

10) Daging Ayam
Mengandungi kadar zat makanan tertinggi berbanding dengan semua jenis daging.Daging ayam betina dara terutamya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) Daging biri-biri
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) Kekacang
Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi

13) Buah Badam
Meningkatkan kecerdasan mental & fizikal

14) Kemenyam Putih (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus dan dimakan dengan gula.

15) Za’faran : Komkoma (Crocos Sativus)
Sejenis bahan berambu merah.Dimakan sedikit sahaja.Dijual di kedai-kedai runcit India & sesetengah kedai runcit melayu.

16) Bunga Kobis
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental

17) Bunga cengkih
Ditumbuk halus dan dimakan sedikit sahaja

18) Labu
Sabda Nabi s.a.w : “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”.Baginda juga berkata jika kita membuat
sup (atau kuah), digalakkan memasukkan labu kedalamnya kerana ia menambah kemampuan fikiran dan
akal.

Monday, November 16, 2009

Cinta



Rasa cinta adalah kurnian Allah
Ingin cinta dan dicintai
Adalah naluri manusia
Jiwa manusia memerlukan cinta
Seperti jasad memerlukan makanan
Oleh kerana cinta itu adalah fitrah
Maka tentulah tidak salah
Untuk merasai & menikmatinnya
Jika salah masakan Allah memberikan rasa cinta...

Sesungguhnya lubuk hati kita itu terbahagi rasa cinta..
Apabila hati telah terikat dengan cinta
Nescaya akan mudah untuk meninggalkan perbuatan dosa
Dan membebas hati dari perbuatan maksia..

Dimana ada cinta..disitu ada Iman..

Dipetik dari buku ...x ingat sebenarnya sebab pinjam buku kenalan..maybe Amnani dapat membantu :)

Wednesday, November 11, 2009

Sekilas..Dirimu Sahabat

 Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar….sahabat yang setia bagai pegawai yang memahami…sahabat sejati menjadi pendorong impian…sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah
 Sahabat adalah cerminan diri…sahabat menguji ketulusan hati…sahabat menilai keikhlasan budi..sahabat penyubur kasih yang bersemi..carilah sahabat sejati, terbina ukhwah murni dengan redha Ilahi
 Sahabat…jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Ilahi.Jikaku bersedih tanpa berkata,pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta.Jika ku lemah tidak berdaya, Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.Jika antara kita ada tembok pemisah ajaklah aku meleraikan sengketa.Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doa..Berjanjilah sahabat, ukhwah kita untuk selamanya
 Jika dikata embun pagi itu suci.Suci lagi pengorbanan dan keikhlasan.Jika dilihat pulau itu indah, Indah lagi sebuah pertemuan.Jika dirasa mutiara itu bernilai, bernilai lagi sebuah persahabatan.
 Sahabat yang sejati bukan yang selalu dekat dimata, dekat bicaranya, tapi dia yang setia dihati & diingati dalam setiap bisikan doanya.
 Sahabatku…Jadilah seperti Rabiatul Adawiyah yang imannya tidak mudah goyah walau dengan sejuta permata, tabahkanlah hatimu setabah Mashitah yang redha dengan ketentuan Ilahi
 Bina persahabatan bukan untuk kepentingan tapi bina persahabatan berlandaskan kejujuran.Sahabat yang baik tidak menikam dari belakang tapi sanggup berkongsi suka dan duka bersama..kerana dari persahabatan yang ikhlas itu akan lahir kemanisan untuk dikenang.
 Aku mengenalimu dengan 1 nama, aku mengingatimu melalui 1 kenangan,aku memahamimu melalui 1 renungan,aku menyayangimu melalui 1 perkataan SAHABAT
 Persahabatan adalah anugerah..membuat kita tertawa…menangis..memberi..menerima..yang paling penting ia membuat kita rasa dihargai.
 Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran..bertunjangkan kasih sayang, lalu membuahkan kemanisan ikatan..jika terpesong maka patahlah ranting,rosaklah akar, lalu rosaklah buah..
 Sahabat..tidak semestinya bersama hari-hari..tidak juga mesti berbual hari-hari..selagi ianya terpahat dihati…persahabatan akan kekal abadi
 Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu
 Secebis kasih membuatkan kita sayang.Seucap janji membuatkan kita percaya.Sekecil luka membuatkan kita kecewa, tetapi sebuah persahabatan selamanya bermakna..

Diambil dari koleksi sms yang diterima…terima kasih sahabat..

Monday, November 9, 2009

Indahnya Berbaik Sangka (Part 4)

Larangan Berburuk Sangka

Berburuk sangka merupakan perbuatan yang hina dan sangat tercela.Perbuatan ini sangat dilarang didalam Islam sebagaimana yang disebutkan didalam surah Al-Hujuraat ayat 12 diatas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apatah lagi dengan sesame muslim dan aktiviti berdakwah.

Apabila timbulnya benih buruk sangka didalam hati kita, maka seharusnya perkara ini segera dicegah dan dijauhi.Perbuatan berburuk sangka adalah perbuatan yang datang dari godaan syaitan yang bermaksud buruk terhadap kita.Namun apa yang lebih penting ialah memkukuhkan jalinan persaudaraan sesame muslim.Apa yang patut dan seharusnya kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukannya buruk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab pernah menyatakan :
“Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seseorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapatkan perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka)

“Ya Allah, bukakanlah dan limpahkanlah keatas kami nikmatMU dan limpahilah keatas kami khazanah rahmatMU, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku”

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika kamu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”

Petikan ini saya ambil dari Diari Islamiah 2006

Indahnya Berbaik Sangka (Part 3)

Ruginya berburuk sangka

Apabila kita melakukan atau memiliki sifat buruk sangka, aka nada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan didunia mahupun di akhirat kelak.

Pertama, mendapat dosa.Berburuk sangka merupakan perbuatan yang amat jelas rendah nilainya.Disamping kita menganggap orang lain tidak baik,tanpa dasar yang jelas, bahkan tidak berusaha untuk menyelidiki perkara tersebut, akibatnya perbuatan ini akan membawa kita untuk melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk terhadap mangsa kita tadi.Pastinya perbuatan ini amat buruk sekali dan menjadi tegahan didalam Islam.Allah berfirman yang ertinya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani”. (Q.S Al-Hujurat : 12)

Kedua, dusta yang besar.Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dosa yang amat besar, perkara ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah:
“Jauhilah prasangka, sebab prasangka itu adalah perbicaraan yang paling dosa”. (HR Muttafaqun Alaihi)

Ketiga, menimbulkan sifat atau tabiat buruk.Berburuk sangka terhadap orang lain tidak hanya membawa akibat kepada penilaian dosa dan dusta yang besar semata-mata. Tetapi ia juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk yang lain, yang sangat merbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungan sesama manusia.Sifat-sifat itu antara lainnya ialah ghibah, kebencian hasad, dengki, menjauhi hubungan dengan orang lain dan sebagainya.Terdapat hadis yang meriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:-

“Hendaklah kamu selalu benar, sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang itu benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat disisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhatilah-hatilah terhadap dusta, sesunguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka.Selama seseorang itu dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”. (HR. Bukhari)

Indahnya Berbaik Sangka (Part 2)

Manfaat berbaik sangka
Ada banyak nilai dan manfaatnya yang diperolehi seseorang itu apabila mengamalkan dan memiliki sifat “husnuzh zhan” ini.
Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik.Berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan dapat menghindarkan terjadinya keretakan didalam sebuah perhubungan.Bahkan keharmonian dalam hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada sebarang halangan psikologis yang akan menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam sesuatu hubungan.Berburuk sangka akan membuatkan seseorang itu cenderung untuk menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar.Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui firman Allah sebagaimana yang disebutkan diatas.

Ketiga,akan turut merasa kebahagiaan walaupun diatas kejayaan atau kemajuan yang dicapai oleh orang lain.Perasaan kebahagiaan ini dikongsi bersama meskipun kita sendiri belum mencapai kemajuan sepertinya.Perkara ini memiliki erti yang sangat penting.Ini kerana dengannya jiwa akan kita akan menjadi tenang dan terhinar dari iri hati, yang boleh menjurus kepada dosa besar. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita kepada kebaikan dan kejujuran akan membawa kita kepada kebaikan yang seterusnya.Manakala dosa atau keburukan yang kita lakukan akan membawa kepada kemusnahan dan dosa yang lebih besar lagi.

Indahnya Berbaik Sangka (Part 1)

Hubungan yang baik antara satu dengan yang lain dan khususnya antara muslim merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya.Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mikmin itu bersaudara.Segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh san memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara,sedangkan segala bentuk sifat dan sifat yang dapat merosak ukhwah harus ditinggalkan.Dengan itu, agar hubungan ukhwah islimiyah tetap terjalin dengan baik.Salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah “husnuzh zhan” (bersangka baik)

Oleh itu apabila kita didatangi oleh sesuatu informasi negative yang berkait rapat tentang hal peribadi seseorang, terutamanya mereka itu adalah saudara seislam, maka kita hendaklah melakukan “tabayyun” (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, jauh sekali member tindakbalas secara spontan, Allah berfirman yang ertinya:

”wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” (Q.S Al-Hujuraat :6)

Thursday, November 5, 2009

Apakah Ciri-Ciri Seorang Sahabat Yang Baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat

Tuesday, October 27, 2009

Sahabat Pada Anda?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar ye sahabat2ku.. semoga semuanya sihat selalu.Sejak akhir-akhir ini kesibukan tugas membuatkan saya jarang menulis diblog. Hujung minggu lalu saya di Johor Bahru atau lebih tepat lagi di Suria City, JB untuk mengendalikan kursus Kemahiran-Kemahiran Dalam Perniagaan.Ceramah yang diberikan oleh Tn Hj Mubarak Ali Bin Mohamad Ismail mendapat sambutan di luar jangkaan dari peserta kursus.Ramai yang ingin menyertai sehingga kami terpaksa menolak penyertaan mereka lantaran kapasiti ruang yang terhad.

Itu aktitiviti dihujung minggu yang lalu, hari ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai Sahabat.Siapa sahabat yang paling rapat dengan anda buat masa ini? Pendapat mengatakan orang yang paling sesuai menjadi sahabat kita ialah pasangan kita sendiri(if u married) dan bila kita masih belum bergelar suami atau isteri mungkin sahabat yang paling sesuai ialah ibu/ayah/kakak/abang/adik kita... ini juga bergantung kepada individu. Mungkin guru juga boleh dianggap sahabat yang paling ideal dan tidak juga mustahil jiran kita mampu menjadi sahabat yang paling serasi dengan kita..

Jika ditanya kepada saya siapa sahabat saya...mungkin jawapan saya ialah terdiam seketika(hehehe) sebab saya ada ramai sahabat (al-maklumlah bekerja dibidang seperti saya memang menemukan saya dengan ramai manusia) jika dirumah mungkin adik & kakak saya adalah sahabat saya, jika diluar orang saya temui dan kenali adalah sahabat saya.Mungkin tahap keakraban itu berbeza mengikut individu kerana bukan semua orang suka dengan perangai kita dan bukan kita suka dengan semua perangai sahabat2 kita.Betul x?

Itu sahaja catatan untuk hari ini..semoga bertemu dalam nukilan akan datang...Wassalam

Thursday, September 24, 2009

Kasihanilah anak2 ini..mari kita lakukan sesuatu..




Salam Lebaran...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Salam Lebaran kepada semua pengunjung blog saya... Hari pertama kembali bekerja mood raya masih terasa....office masih banyak lagi yang masih belum beroperasi...mungkin mula bekerja pada Isnin depan...


walau apapun saya dan keluarga ingin memohon maaf jika kami sekeluarga ada melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan sepanjang pertemuan dan perkenalan yang telah terjalin.Semoga syawal ini memberi 1001 keinsafan kepada semua umat Islam.


Disebalik kita meraikan keriangan syawal, janganlah kita lupa pada mereka yang memerlukan dan saudara seagama kita yang merintih kesedihan di syawal yang penuh mulia ini...

Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan yang hampir menuju penghujung..




Assalamualaikum & Salam Ramadhan...

Masih dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak walaupun hari ini sudah menjengah 19 Ramadhan...bersamaan 09/09/09.. sesetengah orang mungkin tarikh itu unik untuk dijelmakan dengan sesuatu peristiwa yang mudah diingat. Ada peristiwa yang menarik berlaku hari ini?Ermm pada saya hari ini harus dijelmakan dengan aktiviti yang lebih positif berbanding semalam :)

sekarang nie orang mesti sibuk tanya..dah start buat kuih raya? langsir dah siap jahit? baju beli kat mana? kalau paling tidak pun orang akan tanya buka puasa apa hari ini?...betul x? saya jarang sekali dengar org tanya pada saya..malam tadi tarawikh berapa rakaat? sembahyang kat masjid atau surau mana? dah berapa juzuk baca al-quran?

rasanya kat radio dah start pasang lagu raya..sebab kat TV memang dah sedia maklum dgn siaran iklan raya..orang lebih sibukkan syawal dari ramadhan.


setakat 19 ramadhan ini, saya x dapat pun menunaikan 19 kali tarawikh pun..:(
Balik kerja je selalu penat and then lepas je berbuka dan solat maghrib angin mengantuk saya selalu je datang.. x taulah kenapa..nasib baik dapat solat Isyak...

Baca al-quran pun asyik tertangguh je..sedangkan tau fadhilat baca al-quran pada bulan ini besar ganjarannya....nak jadi apalah saya nie..itu yang sampai je ofis terus buka bacaan al-quran kat notebook..mendengar bacaan orang lain..sambil memulakan kerja..

sebenarnya 3 bulan terakhir yang telah saya jalani ini banyak mengajar saya erti sifat sabar.
kena faham hati orang
kena kawal emosi orang
cuba menjadi tenang dalam keserabutan yang mendatang
sentiasa berperasangka baik
mendengar rintihan dan luahan adik2 yang kesian juga bila difikirkan
sentiasa kena senyum ... ah kadang2 terlepas juga marah (mangsa pertama my partner yg menyebabkan saya marah kali pertama di Global)...i'm sorry tapi u memang wajib kena marah!

ok for now..orang kata blog nie public so we can write anything...tapi betul ke? bahaya juga kalau say something yang tak perlu dihebohkan, betul x? for example something yg personal/sensitive/....

so moral of the story... berfikir sebelum menulis....million thanks pada yang membaca and sorry jika ada kata yang mengguris hati.

wassalam

Friday, August 7, 2009

alhamdulillah..masih diberikan ruang untuk bernafas

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberikan kepada saya kesihatan untuk meneruskan ibadah...

sekarang nie semua orang sibuk dengan H1N1.Semua mengambil langkah berjaga2 bagi mengelakkan jangkitan dari terus menular..macam saya sekarang nielah...2 hari lepas saya diserang demam yang agak panas..dan kemudian semalam saya pergi mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang terletak tidak jauh dari pejabat saya.Semasa pemeriksaan darah saya diambil untuk mengesan penyakit2 lain yang mungkin timbul.. kemudian result darah saya keluar..masa tu x panik sangat sebab x dengar ulasan dari Pegawai Perubatan yang bertugas.saya dimaklumkan yang sel darah putih saya terlalu rendah hanya 2.4 sahaja sedangkan bagi org normal 5-6.. alkisahnya saya diminta untuk mrngambil ujian darah sekali lagi esok..(maksudnya hari inilah..)

saya pulang semula kepejabat setelah mengambil ubat.. pagi tadi saya kembali semula ke klinik.orang memang dah ramai dah..sy datang awal juga kalau x silap pukul 8.30 saya dah tiba kemudian saya mendapat angka giliran no.24..semalam saya datang dengan ainul, hari nie saya datang dengan jun & andai.. mereka semua tu pelajar skim latihan graduan yang ada simptom demam..so nak buat pemeriksaan.

akhirnya giliran saya tiba...dan kebetulan saya berjumpa dengan doktor yang sama seperti semalam en Hisyamuddin (lebih muda dari saya agaknya..)..dia terus meminta nurse mengambil darah saya...sementara menunggu result dari makmal..jantung saya kian berdegup kencang..
saya dimaklumkan darah putih saya kembali menurun kepada 2.1...dan diberitahu sy mungkin patut mengambil ujian DNA..Ya Allah sy rasa macam xde perasaan je waktu tu..saya kembali berjumpa En Hisyamuddin..setelah menilai dia bangun dan menuju kebilik sebelah yang tidak berkunci.Lalu mengambil topeng muka.Dia minta saya memakainya dan menulis sesuatu..

"saya bagi akak surat, akak pergi bahagian kecemasan hospital muar"..time tu air mata mcm dah nak meleleh je tapi tahankan jugak.. sy tanya dia kembali..serius ke saya nie? sy tak berani nak bagitahu sebab kena buat ujian x-ray dulu.

saya keluar dengan bertopeng dimuka mencari jun ataupun andai yang datang bersama-sama saya..jun yang terkejut melihat saya bertanya..ok ke kak? saya yang hmpir menangis memberitahu saya perlu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jun tarik saya duduk disebelahnya dan mengenggam erat tangan saya..sabar kak..takpe akak pergi dengan saya..(thanks Jun for ur support..i really appreciate)

sebaik sahaja bertemu andai yang baru keluar dari pemeriksaan darah..dan keputusannya ok saya minta izin untuk pergi ke hospital bersama Jun..

sampai je di hospital bahagian kecemasan, saya terus membuat pemeriksaan, tekanan darah kemudian sy diminta untuk masuk ke bilik B (bilik kes tidak serius-kalau x silap) untuk bertemu doktor. Kemudian sya diperiksa sekali lagi dan doktor bertanyakan beberapa soalan..dan kemudian diminta untuk membuat pemeriksaan X-ray untuk keputusan yang lebih tepat. Sy sempat bertanya kepada doktor Suresh, "am I serius doctor?" Why i need to do x-ray? and then Dr Suresh memaklumkan kepada saya.. I dont want to take any risk..u just go for you x-ray and we will know the result..saya angguk je..

saya keluar semula dan melihat Jun yang masih setia menunggu..sy maklumkan pada dia yang saya perlu membuat pemeriksaan x-ray.Dia turut menemankan saya..Jun memberikan kata-kata peransang supaya saya terus bersabar dan berdoa.

usai membuat pemeriksaan dan laporan xray sudah berada di tangan saya kembali semula ke Bilik B untuk bertemu kembali dengan Dr Suresh..dia memeriksa saya sekali lagi dan kemudian melihat laporan x-ray.dia tanya saya ada batuk berkahak x? saya kata xde sebab memang saya x batuk sangat pun.Dan akhirnya dia memberitahu saya yang laporan saya tidak menunjukkan sebarang tanda2 H1N1 dan penyakit2 lain yang berkaitan dengan jantung & paru2...Alhamdulillah.. syukur saya kepada Tuhan...dan saya diberitahu oleh doktor jika selepas ini saya mengalami demam yang lama dan batuk berkahak hendaklah segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

saya keluar dari bilik B dengan senyuman yang terukir di bibir..Alhamdulillah jun..akak x ada ape2. saya gengam tangan dia dan lafaz syukur tidak lekang dari bibir saya.

saya mengambil ubat dikaunter dan rupanya Dr suresh mencatatkan saya mengidap asma (memang saya ada keturunan yang mengidap asma tapi sy x pernah mengalaminya)..

alhamdulillah..walaupun saya diberi MC saya masih tetap berada di pejabat kerana malas nak menyusahkan adik saya untuk menghantar saya pulang..lepas ni saya kena mengatur semula jadual pemakanan saya agar asma saya tidak menjadi serius..

thanks a lot to Jun..and all SLG student yang banyak mendoakan kesihatan saya..

wassalam

Friday, July 24, 2009

Bila Rejab hampir sampai ke penghujung...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Selawat & salam keatas Rasul Junjungan SAW...


Hari nie hari Jumaat..penghulu bagi segala hari..cuaca diluar tidak panas dan sungguh mendamaikan bila orang sudah mula keluar untuk menunaikan solat Jumaat..yang tidak solat macam saya nie bermacam-macamlah agendanya :)


Pagi tadi sebaik sahaja hendak memulakan kerja saya diberikan rezeki sarapan pagi (kebetulan tidak sempat mengambil sarapan dirumah) Jun my pratikal student membawakan goreng pisang...baru sebut2 nak makan goreng pisang last nite..esoknya dah dpt goreng pisang..alhamdulillah.Nampaknya rezeki saya sungguh murah hari ini sebab ditambah pula dengan student2 Skim Latihan Graduan yang membawa mee siput..semalam ada yang menaja nasi jagung..semoga murah rezeki diorang...kak zurin sentiasa doakan kamu semua segera dapat kerja...


tengahari nie sebenarnya nak berkongsi dengan semua tentang keistimewaan bulan Rejab. Hari ini dah masuk 02 Syaban rupanya..dapat berapa hari puasa sunat? bersedekah?menziarah orang sakit? ermm saya dapat puasa 4 hari je kalau tak silap...godaan banyak sangatlah..hehehe

sedekah? ermm adalah sikit2 yang termampu.


sejak dua menjak nie..rasanya sibuk sangat..banyak kerja yang nak disiapkan..tapi aku masih sempat menulis blog..macam tadi sempat student2 nie ajar teknologi yang mungkin dah lama org tau tapi baru bagi aku iaitu photofunia..nanti akan ditunjukkan hasilnya..huahua macam best je..
wassalam

Wednesday, July 22, 2009

Bahagiakan Pasangan..


BAHAGIAKAN PASANGAN


Salah satu kebahagiaan adalah ketika melihat orang yang kita cintai bahagia.Kebahagiaan jenis ini tingkatnya lebih tinggi dari kebahagiaan yang bersifatindividual. Boleh jadi, ini masuk dalam kategori kebahagiaan sosial.Tidak mudah untuk memperoleh kebahagiaan jenis ini. Apalagi bagi merekayang bersifat egois. Semua kebahagiaannya diukur dari kebahagiaan dirisendiri. Orang yang demikian adalah tipikal 'pemburu kebahagiaan' , yangjustru tidak pernah menemukan kebahagiaan. ..Berumah tangga adalah sebuah cara untuk memperoleh kebahagiaan, dengan caramembahagiakan pasangan kita. Partner kita. Isteri atau suami. Mampukah ituterjadi?


Mampu, ketika berumah tangga dengan berbekal cinta. Bukan sekadarberburu cinta. Apakah ada bezanya?Berbekal cinta, bererti kita mencintai pasangan kita. Ingin memberikansesuatu kepada pasangan agar ia merasa bahagia. Sedangkan berburu cinta,bererti kita menginginkan untuk dicintai. Menginginkan sesuatu dari pasangankita, sehingga kita merasa bahagia.Menurut anda, manakah yang lebih baik? Mengejar cinta atau memberikan cinta?Mengejar kebahagiaan ataukah memberikan kebahagiaan? Mengejar kepuasanataukah justru memberikan kepuasan? Mana yang bakal membahagiakan, yangpertama ataukah yang ke dua?


Ternyata, yang ke dua. Mengejar cinta hanya akan mendorong anda untukberburu sesuatu yang tidak pasti. Yang tidak pernah anda raih. Kerana,keinginan adalah sesuatu yang tidak pernah ada habisnya. Apalagikeserakahan.Hari ini Anda merasa memperoleh cinta dari pasangan Anda, maka berikutnyaanda akan merasa tidak puas. Dan ingin memperoleh yang lebih dari itu. Sudahmemperoleh lagi, berikutnya anda akan ingin lebih lagi.Ini hampir tak ada bezanya dengan ingin mengejar kesenangan dengan cara memiliki kereta atau rumah. Ketika kita masih miskin, kita mengira akansenang memiliki motorsikal berharga 2-3 ribu ringgit. Kita berusahamengejarnya. Lantas memperolehnya. Dan kita memang senang.Tapi, tak berapa lama kemudian, kita menginginkan untuk memiliki kereta yangberharga puluhan ribu. Motorsikal yang telah kita miliki itu tidak lagimenyenangkan, atau apalagi membahagiakan.Benak kita terus menerus terisi oleh bayangan betapa senangnya memilikikereta berharga puluhan ribu.


Jika kemudian kita MAMPU memenuhi keinginan itu, kita pun merasa senang. Tetapi, ternyata itu tidak lama.Benak kita bakal segera terisi oleh bayangan-bayangan, betapa senangnyamemiliki kereta yang lebih besar dan harganya lebih juga ya. Begitulah seterusnya.


Cuba rasakan hal ini dalam kehidupan anda, maka anda akan merasakan

danmembenarkannya.Kesenangan dan kebahagiaan itu bukan anda peroleh dengan cara mengejarnya,melainkan dengan cara merasakan apa yang sudah anda miliki. Dan jika andamensyukurinya, maka kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya padaperubahan yang datang berikutnya.Anda tak perlu mengejar kebahagiaan, kerana anda sudah menggenggamnya.


Yangperlu anda lakukan sebenarnya adalah memberikan perhatian kepada apa yangsudah anda miliki. Bukan melihat dan mengejar sesuatu yang belum andapunyai. Semakin anda memberikan perhatian kepada apa yang telah anda miliki,maka semakin terasa nikmatnya memiliki. Jadi, kuncinya bukan mengejar,melainkan memberi.Demikian pula dalam berumah tangga. Jika kita ingin memperoleh kebahagiaan,caranya bukan dengan mengejar kebahagiaan itu. Melainkan dengan memberikankebahagiaan kepada pasangan kita. Bukan mengejar cinta, melainkan memberikancinta. Bukan mengejar kepuasan, melainkan memberikan kepuasan.Maka anda bakal memperoleh kebahagiaan itu dari dua arah.


Yang pertama, anda akan memperolehnya dari pasangan anda. Kerana merasa dibahagiakan, ia akanmembalas memberikan kebahagiaan.Yang ke dua, kebahagiaan itu bakal muncul dari dalam diri anda sendiri.Ketika kita berhasil memberikan kepuasan kepada pasangan kita, maka kitabakal merasa puas. Ketika berhasil memberikan kesenangan kepada partnerkita, maka kita pun merasa senang. Dan ketika kita berhasil memberikankebahagiaan kepada isteri atau suami kita, maka kita pun merasa bahagia.Ini, nikmatnya bukan main. Jumlah dan kualitinya terserah pada anda. Ingin lebihbahagia, maka bahagiakanlah pasangan anda. Ingin lebih senang, maka senangkanlah pasangan anda lebih banyak lagi. Terserah anda, minta kesenangan, kepuasan, ataupun kebahagiaan sebesar apa. Kerana kuncinya ada di tangan anda sendiri.


Semakin banyak memberi semakin nikmat rasanya.Anda yang terbiasa egois dan mengukur kebahagiaan dari kesenangan peribadi,akan perlu waktu untuk menyelami dan merenungkan kalimat-kalimat di atas.Contoh yang lebih konkrit adalah perkahwinan dengan cinta yang bertepuksebelah tangan. Perkahwinan semacam ini sungguh membuat menderita pihak yangtidak mencintai. Padahal ia dicintai. Segala keperluannya dipenuhi olehpasangannya. Katakanlah ia pihak wanita.Segala keperluan sang wanita selalu dipenuhi oleh suaminya. Rumah ada. Keretatersedia. Pakaian, perhiasan, dan segala keperluan semuanya tercukupi.Tetapi ia tidak pernah merasa bahagia.


Kenapa? Kerana tidak ada cinta dihatinya.Sebaliknya, sang suami merasa bahagia, kerana ia mencintai isterinya. Iamerasa senang dan puas ketika mapu membelikan rumah. Ia juga merasa senangdan puas ketika mampu membelikan kereta.Dan ia senang serta puas ketika mampu memenuhi segala keperluan isteri yangdicintainya itu. Semakin cinta ia, dan semakin banyak ia memberikan kepadaisterinya, maka semakin bahagialah sang suami. Kalau ia benar-benar cintakepada isterinya, maka ukuran kebahagiaannya berada pada kebahagiaan siisteri. Jika isterinya bahagia, ia pun merasa bahagia. Jika isterinyamenderita, maka ia pun merasa menderita.Akan berbeza halnya, jika si suami tidak mencintai isteri. Ia sekadarmenuntut isterinya agar mencintainya. Memberikan kesenangan, kepuasan dankebahagiaan kepadanya. Ketika semua itu tidak sesuai dengan keinginannya,maka ia bakal selalu merasa tidak bahagia.


Sebaliknya, jika isteri tersebut kemudian mampu mencintai suaminya - keranakebaikan yang diberikan terus menerus kepadanya - maka si isteri itu jugabakal memperoleh kebahagiaan kerananya.Pelayanan yang tadinya dilakukan dengan terpaksa terhadap suaminya, kiniberganti dengan rasa ikhlas dan cinta. Tiba-tiba saja dia merasakankenikmatan dan kebahagiaan yang tiada terkira.Kalau dulu ia memasakkan suami dengan rasa enggan dan terpaksa, misalnya,kini ia melakukan dengan senang hati dan berbunga-bunga. Kalau dulu iamerasa tersiksa ketika melayani suami di tempat tidur, kini ia merasakancinta yang membara.Ya, tiba-tiba saja semuanya jadi terasa berbeza. Penuh nikmat dan bahagia.Padahal seluruh aktiviti yang dia lakukan sama saja. Apakah yangmembezakannya? Rasa cinta!Ketika 'berbekal cinta', semakin banyak ia memberi, semakin banyak pula rasabahagia yang diperolehnya. Hal ini memberikan gambaran kepada kita bahwayang bahagia itu sebenarnya bukanlah orang yang dicintai, melainkan orangyang mencintai. Orang yang sedang jatuh cinta...Kerana itu keliru kalau kita ingin dicintai. Yang harus kita lakukan adalah mencintai pasangan.


Semakin besar cinta kita kepadanya, semakin bahagia pulakita kerananya. Dan yang ke dua, semakin banyak kita memberi untukkebahagiaan dia, maka semakin bahagialah kita...Begitulah mestinya rumah tangga kita. Bukan saling menuntut untukdibahagiakan, melainkan saling memberi untuk membahagiakan. Kerana disitulah kunci kebahagiaan yang sebenar-benarnya memberikan kebahagiaan.


Tuesday, July 21, 2009

Diri kita di pandangan manusia...

Assalamualaikum Wbt..dan salam sejahtera

Selawat dan salam keatas Rasul Junjungan SAW..semalam hari isnin bersamaan 27 Rejab 1430H..ramai yang mungkin berkesempatan untuk berpuasa sunat sempena memperingati peristiwa israk mikraj...disurau mahupun di masjid-masjid mungkin ada yang mengadakan majlis ceramah ataupun sekurang-kurangnya tazkirah bagi memperingati peristiwa ini.

Diri kita dipandangan manusia..bagaimana agaknya penilaian yang akan diberikan.Mungkinkah tersenarai dalam kemungkinan-kemungkinan yang saya fikirkan?
  • Kita dipandang dari sudut ilmunya
  • kita dipandang dari sudut agamanya
  • kita dipandang dari sudut akhlaknya
  • kita dipandang dari sudut pekerjaannya
  • kita dipandang dari sudut rupa parasnya
  • kita dipandang dari sudut luarannya
  • kita dipandang dari sudut dalamannya
  • kita dipandang dari sudut keturunannya
  • kita dipandang dari sudut penampilannya

dan mungkin banyak lagi antara kemungkinan-kemungkinan yang boleh kita fikirkan bagaimana seseorang itu menilai kita.Samaada kita sedar atau tidak kita mungkin sentiasa dipandang orang atau juga kita mungkin tidak pernah dipandang orang :)

Adakah pandangan orang tentang diri kita begitu penting? Ermm pada saya mungkin ada yang penting..sebagai contoh pandangan seorang sahabat mengenai saya yang selalu melambatkan solat.Pada saya pandangan itu penting...sebab jika dia tidak memberi pandangan begitu kepada saya mungkin saya akan terus melambatkan solat.

manusia memang suka menilai manusia lain...setuju dengan saya? tidak mengapa jika anda tidak bersetuju sebab kita berada di negara yang penuh demokrasi. Setiap pagi saya keluar bekerja dan pulang pada sekitar 5.00-5.30 petang setiap hari..agaknya apa pandangan orang tentang saya?Mungkin ini antara kemungkinan-kemungkinannya..

  • Anak Mak Nah nie kerja pejabat agaknya,masuk pagi balik petang..
  • kerja mana agaknya diorang nie.. (merujuk kepada saya & my sis)
  • Yang mana satu kakak..yang mana satu adik..
  • Umurnya dah banyak juga tu..adiknya yang bongsu dah 24..dia tu atas lagi..
  • Jarang nampak pergi majlis2 kat kampung
  • besor ke gaji yang dia dapat..kenapa tak mohon kerja kerajaan..kan senang dapat pencen!

Itu antara kemungkinan-kemungkinan yang saya fikirkan dikalangan pemikir yang mungkin dapat melihat saya saban hari ketempat kerja.

Walau apa pun pada saya..pandangan org lain tentang kita jika ia wajar diperbetulkan maka harus diperbetulkan, mana yg salah kita perbaiki, mana yang baik kita teruskan tapi apa2 pun pandangan Allah tentang diri kita adalah yang terutama...kita sebagai khalifah dimuka bumi ini hendaklah menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan...

wassalam..

Monday, July 20, 2009

Bila Kehidupan Berbicara


Catatan ini diambil dari kiriman seorang kenalan..sama2 kita baca ye :)

Kehidupan ini umpama arus deras yang sentiasa mengalir tanpa henti. Sebagaimana jiwa kita yang kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah begitu jugalah kehidupan kita; kadang-kadang kita cukup kuat untuk menongkah arus kehidupan yang serba ganas atau sekurang-kurangnya mampu bertahan dengan apa yang ada namun kadang-kadang ketika jiwa kita lemah tak bermaya maka kitapun tewas lalu hanyut dibawa arus.


Ketika jiwa kita kuat dan masih mampu berpegang pada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang benar maka akan terserlahlah kewibawaan dan jati diri kita lalu kitapun melangkah gagah menuju kemuliaan atau ketinggian di sisi Allah SWT lalu manusia lainpun akan kagum dan hormat pada kita. Namun disaat-saat jiwa kita lemah, kita akan hanyut bersama arus deras yang menuju kekecewaan dan kehinaan.

Inilah hakikat kehidupan. Jika kita berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu maka kegagalan, kekecewaan, kehampaan dan segala kelemahan akan mewarnai kehidupan kita. Tetapi untuk kita berjaya dan bahagia, mulia dan berwibawa, kita perlukan usaha dan pengorbanan.
Inilah hakikat kehidupan...jika kita tidak exercise, tak jaga makan minum kita maka kita akan sakit tetapi kalau kita nak sihat maka kita perlu senaman secara berterusan disamping menjaga makan dan minum kita mengikut keperluan. Begitu juga dengan hati kita...jika kita tidak jagainya dengan menjauhi dosa, berikan makanan dengan tazkirah dan ibadah maka hati kitapun akan sakit lalu kita akan lebih cenderung pada dosa dan kehinaan.

Inilah realiti kehidupan kita. Segala yang baik, positif, segala ketinggian dan kemuliaan, kejayaan dan kebahagiaan tidak akan datang bergolek tetapi memerlukan usaha yang berterusan yang dibangunkan dengan tekad dan keazaman yang tercetus dari matlamat dan kefahaman yang benar tentang kehidupan serta dibajai dengan doa dan ibadah yang akan menjadikan jiwa kita subur dan lunak yang nantinya akan menjadi tempat tumbuhnya kepasrahan, ketenangan, kesabaran dan ketabahan.

Arus kehidupan inipun tidak pernah membezakan siapa kita, dari mana keturunan kita, muliakah atau hinakah bangsa kita; siapa yang lalai dan leka akan menjadi mangsa namun siapa yang sedar diri serta berusaha menongkah arus deras ini maka kejayaan dan kebahagiaan akan menjadi miliknya.

Bila Kehidupan Mula Berbicara

Disaat kita terasing dalam dunia kita sendiri, disaat tidak ada siapa yang menemani kita melainkan kesunyian, keresahan dan kekecewaan. Disaat kita memandang kedepan segala-galanya kabur dan penuh tanda tanya, disaat kita menoleh kebelakang yang terlihat hanyalah dosa dan ketelanjuran.

Disaat jiwa kita benar-benar lemah dan merasakan kebahagiaan bukan lagi milik kita, bahkan kita merasai kehidupan itu sendiri hampir-hampir tidak ada lagi. Ketika inilah, ketika lilin harapan kita hampir padam dan dunia terasa kelam, kehidupan sebenarnya sedang berbicara kepada kita.

Kehidupan sedang berbicara kepada kita tentang kehambaan; tentang kekerdilan kita dan keMaha Berkuasaan Sang Pencipta agar kita sedar diri dan merasakan perlunya untuk kita tunduk dan patuh kepadaNya. Untuk kita bermunajat dan meletakkan pengharapan padaNya
Kehidupan sedang berbicara tentang keinsanan dan kelalaian; betapa mudah untuk kita terlanjur dengan dosa dan betapa perlu untuk kita insaf dan bertaubat. Betapa seringnya kita lupa untuk bersyukur dan betapa mudah kita lupa diri apabila kesenangan dan kekayaan menyelimuti kehidupan.

Kehidupan sedang berbicara tentang sabar dan pasrah, agar jiwa kita semakin terbina dan semakin kuat hingga kita akan lebih sanggup melaksanakan tanggungjawab yang lebih besar dan banyak.

Kehidupan sedang berbicara kepada kita bahawa gagal dan berjaya, kecewa dan bahagia, jatuh dan bangun itu adalah warna-warna dirinya agar kita sedar dimana kita sedang berdiri dan kemana akan kita aturkan langkah kaki kita.

Hadapilah Harimu Dengan Senyuman

Ketika kegagalan mewarnai kehidupan kita, kitapun menangis dan kecewa namun kejayaan tidak akan sedikitpun tersenyum pada kita. Ketika kita dipandang hina dan dicerca kerana kesalahan kita sendiri, kemuliaanpun hanya memandang kita dengan senyuman sinisnya. Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita.

Jadi kenapa kita perlu menangis? Bukankah tangisan itu akan menjadikan kita semakin resah bahkan tidak akan mengubah apa-apa. Bukankah kesedihan dan rasa kecewa itu akan memadamkan sebahagiaan dari kewarasan kita hingga kita mula hilang arah tuju dan teraba-raba mencari siapa diri kita sebenarnya. Bahkan lebih dari itu, tangisan itu akan mengikis keimanan kita sedikit demi sedikit hingga akhirnya tiada lagi keyakinan kita kepada kesempurnaan dan kebijaksanaan Allah SWT.

Kenapa kita tidak tersenyum? Kerana senyuman itu akan mewarnai kekelaman dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru. Bukankah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang berjaya itu pun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu merekapun ada banyak masa untuk melakar harapan mereka semula. Bukankah sahabat-sahabat yang merasai kenikmatan dan kebahagiaan beriman itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah swt.

Lihatlah kehidupan ini dengan jiwa yang tersenyum. Kalaupun kita hidup merempat, ada pula manusia yang mati hina. kalau kita serba kekurangan ada pula manusia yang langsung tak memiliki apa-apa. Kalau kita miskin harta, ada manusia yang miskin jiwa hingga tidak menikmati keindahan hidup walaupun kaya raya. Kalaupun kita tidak memiliki kenderaan yang baik, ada manusia yang tidak memiliki kaki untuk berjalan.

Memang kita berhak menangis tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu. Bukankah jiwa ini ada Pemiliknya. Jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita satu kekuatan baru kerana kekuatan itu milikNya. Ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita. Cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kitapun kecewa dan hampa.

Saturday, July 11, 2009

Semoga Keceriaan Milik Kita Bersama...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Almost a month tidak menulis kerana sedikit sibuk menguruskan dokumentasi untuk graduan-graduan yang akan mengikuti program Train & Place, kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Academy Of Skill Training & ICT Dev (Diuruskan oleh Global Perfection Sdn Bhd)

Alhamdulillah bermula 01 Julai yang lalu kelas keusahawanan kami selamat bermula...setelah skim ini dihentikan seketika selepas yang terakhir pada penghujung 2006 (jika saya tidak silap)..Disebabkan sudah lama tidak dijalankan maka sedikit kelam kabut dan berserabut kerana perubahan format yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian..walau apapun terima kasih kepada pihak kerajaan yang memandang serius isu pengangguran dikalangan graduan mahupun mereka yang diberhentikan kerja.

Melayan karenah manusia sememangnya sangat meletihkan...Jika sebelum ini saya lebih banyak berkomunikasi dengan golongan usahawan (yang pada saya berfikiran matang) kini saya menambah satu lagi golongan iaitu golongan graduan (yang pada tafsiran saya berfikiran intelek). Situasi yang berbeza untuk ditanganinya... Tapi sekali lagi syukur alhamdulillah kerana pengalaman telah banyak mengajar saya..cuma yang mungkin kurang pada saya ialah saya kena lebih tegas dalam segala tindakan..or saya patut jadi garang? Rasanya itu memang bukan identiti saya walaupun ada kalanya wajar bagi saya untuk berperilaku sedemikian demi membentuk disiplin mereka..

Bersabar...mungkin itu cara terbaik...kerana ia pasti akan berlalu.. (kawan saya yg cakap macam tu)..tapi sampai bila kita harus bersabar? kerana pada saya kesilapan itu harus diperbetulkan barulah timbul perubahan dan kesedaran..

Baru-baru nie..disebalik kesibukan saya mengejar dateline saya sempat menghabiskan 2 buah novel yang saya rasa sangat menyentuh perasaan.. Thanks to June kerana sudi menemankan kak zurin "kesayangan" dia nie membeli buku..hehe (kesayangan tu saya yang tambah sendiri).. ini kali pertama saya membaca buku tulisannya kerana sebelum ini saya adalah peminat setia novelis Norhayati Berahim.. Pernah menonton filem "Ayat-Ayat Cinta" ? saya membaca buku tulisan beliau yang bertajuk "Bila Cinta Bertasbih" . Novel ini ada 2 episod sebab tu saya boleh baca 2 novel dalam bulan yang sama. Sangat menyentuh perasaan dan penuh ilmiah...Kisah pengorbanan seorang abang yang bernama Khairul Azzam yang menyara keluarganya di Indonesia dan dia meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar sambil berniaga bakso & tempe..kalau nak tau bagaimana ceritanya bolehlah dapatkan novel ini dikedai buku berhampiran anda...(hehehe-serius takkan rugi)

Novel ini sebenarnya banyak mengajar saya tentang erti kehidupan,cinta dan paling utama tentang Islam itu sendiri..agama yang saya cintai sekarang..

End for now..saya tangguhkan penulisan saya dengan tasbih kifarah & surah al-asr

wassalam..

Monday, June 8, 2009

macam-macam zurin


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Ini adalah catatan pertama dibulan Jun 2009. Selamat cuti sekolah kepada semua pelajar2 dan mereka yang bergelar guru..(mungkin ada guru yang tidak bersetuju kerana mungkin mereka kena datang ke sekolah juga di musim cuti sekolah)..I always respect ur commitment teacher..:)
Bila masuknya cuti sekolah maka akan bertalu-talulah kehadiran kad undangan ke majlis perkahwinan. Semalam 07/06/09 saya sempat menghadiri satu majlis perkahwinan yang diadakan disekitar kawasan kediaman saya..selamat pengantin baru buat Zulaikha & Badrul..(pengantin perempuan adalah anak cikgu sekolah agama saya..cikgu Hamidah)..anaknya yang sebaya saya Huzaifah sudah pun mendirikan rumahtangga 4 tahun lalu dan sudah mempunyai 2 cahayamata.(saya bila lagi???..hehehe)
biasanya dkt kg saya, kalau majlis perkahwinan diadakan, tetamu akan diberikan bungkusan makanan nasi minyak & telur yang dimasukkan kedalam kotak telur sebagai bekalan dirumah (ini sebelum glamournya beg2 kertas atau door gift dkt kg) tapi sekarang nie dah susah nak tengok tradisi nie..semuanya sudah digantikan dengan makanan ringan+gula2+sumi+muffin+kerepek(biasalah org johor)..kalau yang extra akan disertakan bersama buah-buahan (biasanya buah limau,epal,lai) + kipas + mug + key chain + mini frame + mini tuala + bunga telur (bergantung kepada budget keluarga pengantin)
agaknya berapa byk diorang budget untk buat benda nie ye?..kalau jemputan 1000 orang x rm3 = rm3000.00 (itu kalau satu beg bungkusannya rm3 dan diberi kpd semua tetamu)..bygkn kalau lebih??? culculate lah sendiri ye..:)

Monday, May 25, 2009

Pembinaan Sekolah Ibn Khaldun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersama-sama kita membangunkan sebuah sekolah agama di Kajang, Selangor yang akan memulakan pembinaannya pada penghujung tahun ini dengan kos bernilai RM6juta..

Depositkan sumbangan anda ke akaun berikut

Pembangunan Sekolah Ibn Khaldun
Bank Islam Malaysia Berhad 12010010029602

semoga kita sama2 menyumbang kepada pembangunan ummah..TQ

Thursday, May 21, 2009

Tidak akan selamanya kita berada diatas...

Assalamualaikum wbt.. dan salam sejahtera,

sudah agak lama saya tidak menulis dari catatan saya sendiri kerana kebelakangan ini saya banyak mengambil cerita,nasihat, tazkirah dari penulisan orang lain....sebabnya?saya memang perlu belajar untuk menulis dengan baik.

nampak klise tajuk yang saya kemukan pada hari ini kerana barangkali orang lain sudah jemu jelak dengan persoalan ini. Tapi sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi ini kita memang akan menemui manusia yang sebegini dan mungkin juga kita pernah mengalaminya sendiri..
manusia ciptaanNya memang tiada yang sempurna kecuali Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW..(boleh jenguk tulisan catatan seorang sahabat yang saya muatkan di tagged)

Kita mungkin boleh menipu,memperdaya,membelot,menghasut dan segala macam etika untuk mencapai apa yang ingin kita impikan..mungkin kita akan katakan, "tak dapat cara baik, kita guna cara kasar" tapi mampukah ia bertahan lama?? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..

kadang2 manusia nie lupa, tidak semestinya Allah akan membalas apa yang kita buat didunia akan dibalas diakhirat kerana mungkin hari nie kita buat, esok Allah sudah membalasnya..tidak kiralah baik atau sebaliknya yang kita lakukan..

ingin saya kongsikan perasaan anda jika mengalami situasi ini..(ini adalah sebahagian dari situasi yang sudah menjadi biasa dimata masyarakat kita)

apa perasaan anda sebagai seorang ibu dan ayah jika anak sendiri sanggup mengatakan yang kita sudah tiada untuk menutup kesalahan diri..

apa perasaan anda apabila suami yang kita cintai itu rupanya mempunyai isteri pertama yang masih sah dan anda hanya mengetahui status isteri kedua di hari pernikahan anda..

apa perasaan anda sebagai seorang majikan, tiba-tiba orang kepercayaan anda menyelewang dan menggunakan wang syarikat dan memburukkan anda dan syarikat anda...

apa perasaan anda bila menerima menantu yang berkerjaya bagus, memakai pakaian berjenama, menggunakan kereta besar, mendiami rumah mewah..tiba2 2 bulan selepas menjadi menantu ada "along" datang mencarinya di rumah ANDA...

apa perasaan anda bila dilabel penipu besar! kita yang berhak tentukan kerana siapa yang memakan cili pasti terasa pedasnya..

apa perasaan anda bila rakan baik sepejabat anda berkahwin dengan rakan sepejabat baik anda juga tapi anda sendiri tak tahu..

apa perasaan anda bila orang lain yang terpaksa menanggung kesalahan anda...

cuba fikirkan untuk kita renungkan bersama...

Friday, May 15, 2009

Pepatah Arab


Bukanlah kecantikan dan keindahan itu pakaian yang menghiasi diri manusia tetapi yang menjadi kecantikan dan keindahan itu ialah ilmu pengetahuan dan budi pekerti..

Saturday, May 2, 2009

Bagaimana Percutian 01 Mei anda??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Semalam satu dunia menyambut Hari Pekerja atau Hari Buruh..Hari yang jatuh pada hari Jumaat sememangnya ditunggu-tunggu oleh mereka yang bekerja sebab boleh meneruskan cuti panjang sehingga hujung minggu.

semalam saya menyambut cuti hari pekerja dengan bekerja dirumah :)
*basuh baju
*menyapu + mengemop
* cuci tandas

itu antaranya yang saya buat untuk sesi pagi sebelum menjelang sesi tengahari saya sempat menjenguk kebun untuk melihat tanaman cili & keladi yang mak tanam..adalah cabut rumput yang tumbuh menghijau dicelah-celah pokok2 cili yang baru tumbuh separas bawah lutut saya.

and then..tengahari ada kenalan yang mengajak untuk berjumpa.. Husna namanya, dok kat Pt. Jawa tapi kerja kat Simpang Renggam. Ingatkan nak ajak kak zurin jumpa kat muar rupanya dia nak ajak gi Simpang Renggam.. Ermm ok gak tu sebab belum pernah sampai sana and nak tengok juga rupa paras sekolah swasta yang dikendalikan oleh bos saya tu..

perjalanan kami agak awal sebab nak balik hari jadi lebih kurang pukul 1.45 husna dah sampai rumah untuk ke Simpang Renggam..Sebenarnya saya dan husna nie bukannya dah lama kenal pun sebab saya terlebih dahulu mengenali abangnya si muaz yang pernah membantu boss untuk kendalikan training dan masa proses perpindahan office sebelum nie..Husna nie saya kenal masa bulan 3 hari tu bila dia ikuti kursus kami di Jb.. muda lagi 22 tahun..hari Rabu nie dia convo..(wah siap bagi info lagi) congrats lah Husna..

kami sampai di Simpang Renggam lebih kurang jam 3.30..kami singgah dahulu ke office husna sebelum tujuan asal kami ke Simpang Renggam untuk mengambil pakaiannya di rumahnya yang tak jauh dari office..Biasalah perjalanan yang agak panjang dan pertemuan dengan rakan yang jarang kita berjumpa banyaklah yang kami bualkan dan memang stail saya nada volume hp saya hanya berada di volume 1 sebab tidak mahu mengganggu orang lain dengan bunyi hp kita yang yang x berapa nak canggih tu. :)

lepas ambil barang2 Husna kami singgah dkt bangunan mara dkt Smpg Renggam utk makan sebelum perjalanan balik.. Husna makan nasi gorang ayam madu dgn air laici manakala sy makan mee szilling (sy pun x ingatlah nama menunya tapi yang makan dkt bekas claypot tu dgn air mix fruit) ermm not bad.. sedap..

dalam perjalanan balik sempat lagi menyinggah..kali nie kami singgah di ayer hitam..apalagi kalau bukan tempat orang mencari pasu..dah lama sebenarnya tak pergi sini..kali terakhir rasanya 3 tahun lepas kot.. dah banyak barang2 jual dekat sini..ada koleksi patung2 aksesori rumah.tikar, kerepek2 tradisional, bunga2 dan pasulah..

alang2 dah singgah sini sempatlah saya menghadiahkan 2 biji bantal 'convo' untuk husna dan kawannya si mai. sebab kedua2nya saya kenal ketika di Jb dan kebetulan kedua-dua mereka akan menerima diploma jadi belikanlah untuk kedua-duanya sebagai tanda kenangan dari kak zurin yang comel ini..hehehe..dan sempat jugalah memborong beberapa bungkus kerepek untuk santapan orang kat rumah..

saya singgah di Masjid Batu Pahat untuk solat maghrib, dan selamat sampai rumah lebih kurang jam 8.30 malam..Sampai je rumah, terus mandi and solat isyak sebab masa solat maghrib tak planning nak buat jammak.. panie(adik saya) sibuk mempromote gelang manik yang kawannya jual..cantik2 juga.. rupanya tinggal saya seorang je yang belum membeli sebab yang lain-lain dah puas membelek dan memilih yang berkenan di hati sejak petang lagi..

akhirnya saya pun beli sepasang yang harganya RM15..yang mahal ada juga tapi saya x berapa berkenan dan takut tak pakai sebab sebelum nie ada beli gelang mutiara RM85 tapi x pakai pun sebab leceh nak kena bukak setiap kali nak solat..

itu jelah aktiviti saya sepanjang 01 mei 2009 ..mlm tu lepak2 kat rumah sambil tgk tv final One in Million (tapi x tumpu perhatian pun) rupanya si Tomok tu menang!

wassalam

Monday, April 27, 2009

Antara Pisang & Hati


PISANG DAN HATI


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.

Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat.

Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.
Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Thursday, April 16, 2009

Erti Cinta & Perkahwinan




Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...


Pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.


Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. Gurunya menjawab: Ye, itu lah cinta...


Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu. Tetapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.


Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: sebab berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...


Maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

Kita Ada Dimana


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Wednesday, April 15, 2009

nak baca takzirah setiap hari?

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

layari blog ini http//kalamiar.blogspot.com

kongsi ilmu kongsi pahala..

Penulis merupakan salah seorang kenalan rapat boss saya dan merupakan salah seorang penceramah motivasi yang banyak bekerjasama dengan syarikat kami..

Doa Pagi

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.


Aminn..

Tuesday, April 14, 2009

Doa Kekasih

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkanDia milikku,
tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaanYa Allah,
ku mohonApa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMuYa Tuhanku,
Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwaKu pasrah kepadaMu
Kurniakanlah akuPasangan yang berimanBisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahteraKe muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku,
yang Maha PengasihEngkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagiaDi dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Friday, March 27, 2009

Tips Berkesan...

Assalamualaikum.. Dan Salam Sejahtera..

Ingin ku kongsikan dapatan yang kuterima dari seorang rakan...x kisahlah apa jua status anda cik/en/tuan/puan/datuk/datin/dr/dsb

Tips berkesan supaya suami ringan tulang

Pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga pastinya mengambil masa untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Meskipun bercinta dalam tempoh yang lama, 5 hingga 10 tahun sekalipun, namun bukan mudah bila masing-masing mula bersatu di bawah satu bumbung.Dua individu yang berbeza sikap, pandangan, latar belakang dan sebagainya harus belajar menyesuaikan diri hidup bersama. Ketika ini, akan terserlahlah sikap dan sifat sebenar pasangan masing-masing. Apa yang tidak pernah ditonjolkan oleh pasangan ketika bercinta akan anda hadapi ketika ini.

Proses mengenali pasangan ini pastinya ada suka dan dukanya dan itulah rona yang mewarnai kehidupan sebuah perkahwinan.Dalam pada itu, di awal perkahwinan ini bukan soal menyesuaikan diri saja akan menjadi masalah tapi juga akan timbul kesulitan tentang pembahagian urusan rumahtangga ataupun kerja-kerja rumah. Walaupun hanya tinggal berdua namun rumah pastinya takkan sunyi dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Urusan memasak, mengemas, membasuh, pembayaran bil dan sebagainya perlu diagih-agihkan Apatah lagi jika isteri berkerjaya. Sekiranya hanya seorang yang melakukannya, sudah pasti tidak menang tangan.

Oleh itu, sebaik-baiknya di awal perkahwinan ini, suami perlu dibawa berbincang tentang hal ini. Terangkan bahawa urusan rumahtangga bukanlah terletak di bahu isteri semata-mata dan jangan 'manja'kan suami anda dalam kerja-kerja rumah. Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan, jika sejak mula anda telah biasakan suami membantu anda, insya Allah, takkan ada masalah lagi di belakang hari.

INGAT! Isteri yang dikahwini bukanlah pembantu rumah (orang gaji) anda. Bagi isteri pula, tak perlulah anda tunjuk 'terror' kononnya mahu menjadi seorang superwoman yang mampu melakukan pelbagai perkara dalam satu masa. Anda akan menerima natijahnya di kemudian hari. Kerja rumahtangga harus dibahagi-bahagikan agar berjalan dengan lancar dan rumahtangga terurus. Tapi bukan mudah untuk melakukannya. Akan timbul masalah jika si suami tidak mahu memahami, ataupun pemikirannya ditanamkan dengan fikiran bahawa kerja rumahtangga adalah kerja wanita, jadi mahu tak mahu ia harus dilakukan oleh isteri. Ada juga lelaki yang ego, mereka menolak melakukan kerja rumahtangga.Pelbagai alasan diberikan, dari malas, tidak biasa hinggalah bukan tanggungjawap suami, katanya. Benarkah begitu?

Jika beginilah keadaannya, yang harus berkorban adalah isteri. Jangan tak tahu, biasanya hal ini boleh saja menyebabkan pertengkaran suami-isteri. Sudahnya baru saja berumahtangga, ada pasangan yang bergaduh sakan.Sebahagian daripada umat Islam mempunyai salah tanggap bahawa adalah tugas isteri untuk menguruskan rumahtangga. Dan tugas suami adalah mencari nafkah sahaja, tanpa perlu menghiraukan urusan rumahtangga. Tanggapan sedemikian tidak bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Sila rujuk entry Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu untuk permasalahan ini.Tidak dinafikan memanglah tugas utama isteri adalah menguruskan rumahnya, suaminya dan anaknya. Tetapi ini tidak bermakna si suami tidak perlu membantunya isteri langsung! Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita, bahawa walaupun baginda begitu sibuk dengan urusan di luar rumah, walaupun baginda mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan paling tinggi di kalangan manusia, baginda tetap meringankan tangan membantu isterinya.Ini dibuktikan dengan hadis-hadis yang menunjukkan Rasulullah SAW juga membantu meringankan tugas dan urusan isteri-isterinya di rumah.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bermaksudnya, “Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”Dalam sebuah hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah r.a. berkata yang maksudnya, “Rasulullah SAW itu adalah seorang manusia, baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.”Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Aisyah r.a. yang maksudnya, “Rasulullah SAW menjahit sendiri bajunya, memperbaiki sendiri sepatunya, dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.”

Hadis-hadis ini cukup jelas menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW ketika bersama dengan ahli keluarganya. Jadi, apakah yang menghalang suami zaman ini daripada meringankan tulang membantu isteri? Bagi memastikan anda dan pasangan tidak terjebak dalam sindrom 'suami tak mahu kerja berat takut nanti reput tulang', maka eloklah dari awal lagi anda ‘mendidik’ suami untuk membantu urusan rumahtangga.Bagaimana untuk melakukannya? Di bawah disenaraikan cara yang paling halus tetapi berkesan untuk membuatkan suami turun padang membantu anda menangani kerja-kerja di rumah.

Tip # 1 - Pastikan suami tidak terlalu penat
Suami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawap yang besar untuk menyara keluarga, terutama sekali jika isteri tidak bekerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan sampai lewat malam suami mungkin menghabiskan harinya dengan bekerja. Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah, anda harus pastikan dia tidak dalam keadaan terlalu penat. Janganlah meminta suami menyidai kain, sebaik saja dia baru pulang dari kerja. Kalau itu yang anda lakukan, bererti anda seorang isteri yang tidak peka dan kurang menghargai peranan suami sebagai pencari nafkah.

Tips # 2 – Berikan alasan yang logik
Lelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu, ketepikan emosi anda seperti marah, merajuk, menarik muka, sedih dan sebagainya ketika meminta bantuan daripada suami. Beritahu suami alasan-alasan logik kenapa anda perlu bantuannya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Contoh alasan logik yang boleh dikemukakan adalan anda terlampau penat, kerja terlalu berat untuk wanita atau ada beberapa tugas di rumah yang menurut anda lebih elok hasilnya jika dilakukan oleh suami.

Tips # 3 – Tawarkan suami melakukan tugas ‘berat’
Tugas itu meliputi mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang/saluran air, membaiki barang rosak (seperti sinki dll) dan pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’.Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka, seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin, menukar mentol, dan sebagainya. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham tentang elektrik dan barang elektronik.

Tips # 4 – Sentuh perasaannya
Suami anda pasti menyintai anda dan ingin anda bahagia. Cubalah ‘merayu’ suami dengan menyentuh perasaannya. Tapi caranya bukan dengan menyatakan, “Kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja di dapur” atau menyindir, “Abang sebelum saya bising, baik abang tolong saya”.Seharusnya anda perlu mempastikan suami faham kenapa anda memerlukan bantuan daripadanya. Misalnya, setelah seharian anda membersihkan seluruh rumah dan memasak di hujung minggu, katakan bahawa anda sedikit penat untuk membereskan meja makan dan pinggan mangkuk setelah makan malam. Kalau caranya tepat dan menyentuh hatinya yang peka, anda akan dapat membuatkan suami terus saja menawarkan diri membantu anda kerana dia menyintai anda.

Tips # 5 – Rayu dengan hadiah
Cara ini kadang-kadang berjaya. Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaannya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan oleh suami, melakukan hobi bersama-sama, hinggalah ‘servis’ ekstra di ranjang malam nanti.

Tips # 6 – Jangan mendesak atau mengarah
Suami memang pantang memerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan ndalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda.

Tips # 7 – Masa yang sesuaiMeminta suami membantu urusan rumahtangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.

Tips # 8 – Ucapkan terima kasih.
Ucapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. Biasanya motivasi ini akan membuatkan suami anda cukup bahagia kerana dapat meringankan beban isteri tercinta. Selain ucapan terima kasih, berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimat ini wajib diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.

Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga daripada mengomel, membebel, membentak, menyindir dan sebagainya kerana ini akan membuatkan suami semakin keras kepala dan langsung enggan membantu.Tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggugnjawap isteri sahaja. Sebaik-baiknya, lakukanlah bersama-sama, insya Allah akan bertambah semarak cinta anda.