Tuesday, August 27, 2013

Cikgu Kesayangan Saya

Salam

Tajuk macam tajuk karangan budak UPSR atau mungkin standard darjah 4 agaknya. Hehehe. Sebenarnya saya memang dah lama nak menulis tentang guru saya ni.

Semasa saya ditingkatan 4 iaitu selepas mendapat keputusan peperiksaan PMR (yang dapat 1A je tu) saya melangkah ke tingkatan 4 dengan niat tidak akan memasuki kelas aliran Sains sebab keputusan periksa pun bukannya cun sangat dan memang tak layak pun, jadi saya bercadang nak ambil kelas akaun, tapi dekat sekolah saya ni, kalau nak ambil subjek prinsip akaun kena ambil sekali subjek geografi. Saya pulak memang tak suka betul subjek geografi entah kenapa, sebab tu PMR Allah bagi saya C untuk subjek tu. Padan muka saya. Oleh yang demikian saya pun paksa rela ambil kelas perdagangan dan ekonomi. Untuk makluman itu adalah subjek elektif yang saya ambil selain dari Kesusateraan Melayu dan Pendidikan Seni atau dengan kata mudah saya adalah pelajar aliran sastera.

Saya dimasukkan kekelas 4C, sistem sekolah saya masa tu kalau huruf A adalah kelas tercorot, lagi banyak huruf kita maka kita lagi pandailah maksudnya, tapi kalau saya tak silap sekarang sekolah saya tu dah tukar sistem huruf tu ditukar nama pulak. Ok juga sebab nanti bila orang tanya awak tingkatan 2 apa? nanti bila jawab 2A mesti orang cakap, kelas nie paling corot sekali ni. Ok masa saya ditingkatan 4, huruf ABC adalah aliran sastera, D&G aliran akaun, E&F aliran sains, kenapa tiba-tiba G boleh aliran akaun, ini disebabkan pada mulanya kelas akaun tu ada 1 kelas je, tapi disebabkan permintaan melebihi penawaran maka 1 lagi kelas ditambah sedangkan proses pembelajaran sudah bermula sebab tu diwujudkan 1 lagi kelas iaitu G untuk kelas akaun.

Dari lari tajuk saya nie... mesti dah banyak markah kurang sebab isi dah kurang. :) ok sebenarnya ada kaitan sebabnya dengan izin Allah saya dimasukkan kekelas ini dan dengan izinNYA juga saya bertemu dengan cikgu kesayangan saya nie. Nama beliau ialah Puan Ruzita Anuar, beliau mengajar saya 2 subjek iaitu Perdagangan dan Bahasa Melayu, nampak macam agak kontra kan bidangnya sebab biasanya orang kalau ajar Bahasa Melayu, akan ajar sekali Subjek Sastera atau bidang bahasa yang lain, kalau perdagangan biasanya dengan ekonomi, tapi rupanya masa saya sambung belajar di UPM, dan roomate saya ambil bidang pendidikan dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, dia mengambil minor Kesusteraan Melayu, tapi coursematenya ada yang ambil perdagangan, bila diingat-ingat balik rupanya cikgu saya nie rupanya keluaran UPM.

Cikgu saya ni memang sangat komited, memang seorang guru yang tegas tapi saya memang suka cara dia mengajar mudah nak paham, Mungkin sebab berkat dia mengajar masa saya ambil SPM subjek BM dan Perdagangan keputusannya sama dan alhamdulillah membanggakan saya. Subjek lain pun ok juga :)

gambar ini diambil ketika hari-hari terakhir kami disekolah sebelum menduduki peperiksaan SPM, masa tu ada jamuan akhir tahun. Memang tradisi mungkin, setiap tahun mesti ada jamuan akhir tahun bagi setiap kelas. Saya ingat lagi, ia diadakan dibilik pendidikan seni dan menunya nasi goreng, kalau saya tak silaplah.

Penat pula nak menulis panjang-panjang, tapi apa yang harus anda pembaca blog tahu ialah saya amat mengingati cikgu saya ini dalam setiap doa saya, jasanya mungkin tidak mampu dibalas dan didikannya akan saya kenang hingga hujung nyawa.



Ikatan tudung tahun 90an

Assalamualaikum wbt

Dikala tiada kerja ini, jemariku menemui gambar yang pernah aku scan dulu. Gambar ini diambil pada tahun 1997 (time ni saya di tingkatan 5) Wah what a classic photo!

Bila diperhatikan ikatan tudung saya dan kawan-kawan memang ia merupakan ikatan yang sangan fofular waktu itu selepas berakhirnya ikatan tudung dibelakang masa saya ditingkatan 3 dulu. Masa tu tudung segitiga bermanik memang menjadi pilihan. Zaman tu kalau dapat beli sehelai pun dah berbangga sangat. Masa saya ditingkatan 5 tudung yang sedang naik time tu tudung empat segi tapi ada kotak-kotak kecil atau jalur halus dari warna yang sama. tudung tu takde manik.

Sedang mencari gambar masa tingkatan 3 entah dah simpan dekat mana jadi dapat publish yang masa ditingkatan 5 saja, dan tengah mencari-cari gambar tu terjumpa pulak gambar masa baru meninggalkan sekolah. Masa tu masing-masing baru semester 1 dekat IPT/IPTS. kitaorang lepasan STPM jadi semuanya mengambil ijazah pertama dalam bidang masing-masing. Time nie dah mula tudung bawal, tapi bukan tudung bawal yang nombor 1 yang nipis tu, tapi macam tudung bawal nak ke cotton, boleh paham ke macam mana gayanya tu. Tapi kalau nak lebih lanjut boleh tengok pada gambar yang saya sertakan bersama.

Gambar ini terpaksa diedit sebab time nie memang jahil lagi bab-bab agama, jadi saya telah menghitamkan mana-mana yang telah membuka aurat, (dosa saya yang dah banyak jadi tidak mahulah saya menambah dosa saya lagi)