Friday, January 30, 2009

Di Dalam Hati Manusia..

Didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT..
Didalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..
Didalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT..
Didalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNYA
Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNYA serta Qada' dan QadarNYA serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNYA...
Didalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNYA dan bermohon kepadaNYA.
Kesentiasaan berzikir kepadaNYA adalah keikhlasan sebenar kepadaNYA.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia, , masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu

Dari Ibnu Qayyum

Thursday, January 29, 2009

alangkah susahnya...

Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan...
Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati...
Bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..
Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi...

Erti Family

Erti FAMILY
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan"Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"Kami amat bersopan dan saling menghormati,Kami saling melambai sambil berlalu pergi,Tetapi di rumah lain pula ceritanya,Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,Lewat petang, tika memasak makan malam,Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,Sedangku berbaring di katil mendengar musik,Terdengar suara halus datang membisik,"Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri,Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci","Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur","Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu","Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,Airmataku mencurah ibarat air di kali,Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil""Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,FAMILYAdakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?Jadi apakah maksud yang tersirat?Tahukah anda makna "FAMILY"?FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU--
Noor Shamsinar Hj IsmailIslamic Financial ConsultantUnit Trust / Etiqa Takaful
HP# 6012-3716747

Family

Catatan dari seorang kenalan...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kehidupan keluarga saling merlu memerlukan antara satu sama lain, kehilangan seorang sahaja tentu sahaja amat dirasai oleh ahli keluarga, jika seorang dari ahli keluarga di panggil oleh ilahi tentu sahaja pemergian yang tidak akan kembali itu amat-amat dirasai, sekiranya kita tahu bilakah mereka akan pergi tentu sekali kita akan cuba untuk memberikan yang terbaik buat kehidupan yang tinggal untuk kita membuktikan akan erti kasih sayang kita kepada mereka.
Tidakkah kita sedar walau bagaimana kita marah dan tidak sependapat, persaudaraan yang kita bina ini akan memberikan suatu ikatan kemesraan mereka akalah yang sepatutnya kita kasihi dan memberikan perhatian utama untuk kehidupan kita. Adakah kita memberikan masa kita buat mereka ini? Adakah kita menyayangi mereka sehinggakan kita tidak mahu mereka mendapat yang buruk didalam kehidupan mereka. Adakah kita benar-benar berusaha agar mereka akan mendapatkan keselamatan agar tidak terjerumus kedalam API NERAKA. Apakah kita benar-benar berusaha untuk memberikan ilmu pengetahuan agama agar mereka mengenali Allah swt dan mengenali Rasulullah saw. Atau kita lebih takut jika mereka tidak mengenali tokoh-tokoh sain, atau kurang pandai metametik atau tidak berapa baik didalam pelajaran mereka.
Kita perlu jelas apakah yang kita inginkan buat mereka-mereka yang kita kasihi, kita mahu menjadikan diri mereka seperti diri kita atau jika boleh lebih baik dari diri kita didalam memahami hubungan dan perhambaan kepada Allah swt. Adakah ini yang kita fikirkan? Apa yang kita fikirkan akan kita rasa didalam hati kita dan akan dilaksanakan didalam tindakan kita. Apa yang ada didalam hati kita dan apa yang kita lahirkan selalunya tidak dapat kita pisahkan.
Bayangkan sekiranya suatu hari anak kita yang berumur 7 tahun bertanya berapakah gaji kita sejam dan seminggu kemudian anak kita membawa sejumlah wang dari tabungnya untuk diberikan kepada diri kita dengan berkata ” Ayah abang kumpul duit ini untuk ayah, abang rasa abang nak duduk berbual dengan ayah satu jam dan duit ini adalah sama dengan gaji ayah untuk satu jam” Kita terlalu sibuk sehingga kita tiada masa untuk mereka. Sekiranya kita tiada masa untuk mereka yang kita sepatutnya kasihi hari ini, akan tiba suatu masa nanti apabila kita ada banyak masa untuk mereka tetapi mereka pula tiada masa untuk diri kita. Kita perlu berubah dan memulakan kehidupan yang benar-benar mengenali erti FAMILY untuk kehidupan di akhirat kelak. Allah hu alam

Wednesday, January 28, 2009

Mencari Bintang Timur

Saya bukanlah seorang yang puitis yang mampu bercerita tentang bulan dan bintang dengan penuh kiasan. Saya juga bukan dari latar belakang akademik ilmu sastera yang boleh membuatkan sesiapa juga teruja mendengar cerita saya. Tapi, kisah yang saya ingin kongsikan ini benar-benar menyentuh hati lelaki saya. Saya rasakan semua lelaki patut membacanya. Cerita ini dilontarkan ke dalam kotak emel saya dan saya telah membacanya berkali-kali dengan penuh kekaguman. Begini kisahnya….Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya Tanya dia, “mengandung kot”dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari keadaanya macam tu saja, saya bawa dia jumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, berbaring sahaja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalamam tidak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur sahaja. Selepas solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung saya akan membaca al-Quran di atas katil disisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan.Bukan itu sahaja, saya juga sentasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dulu ialah kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang ALLAH, zat, sifat, asma, afa’, dan cerita itu kembali bercerita kepada saya.Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak, tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami.Bagaimana?1.Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktunya yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah yang paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.4. Angkat ibu jari, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaanya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan waktu solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-ALLAHsaya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man) seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan.” Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesardan dilindungi ALLAH sebagaimana ALLAH memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.
Saya bacakan kisah para Rasul, para Nabi, wali songo,tujuh wali Melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia akan menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu bapa saya. Tapi kini saya akan menjadi ayah.Saya bertekad di dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya.Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya.Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi.Oh!Janganlah tumpah lagi.Pesan guruku air mata lelaki janganlah ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayan perasaan.Segera saya kuncikan pintu dank e kamar tidur.Isteri saya telah pun nyeyak tidur dibuai mimpi.Inilah bintang timur dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insya-Allah tidak lama lagi akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya.Saya membaca cerita ini berkali-kali. Ia benar-benar menyentuh hati saya. Saya seorang lelaki yang beum berkahwin dan bahagia dengan hidup saya sekarang ini. Di kala semakin ramai kawan-kawan saya yang sudah mendapat pasangan hidup, saya masih lagi kuat berlari mengejar cita-cita dalam hidup saya .Tapi setelah membaca cerita ini, saya mula memikirkan alangkah indahnya hidup ini jika saya juga mempunyaibintang timur ini dalam hidup saya.Tentulah saya juga akan dikurniakan dengan bintang timur kecil suatu hari nanti. Tak mengapalah, mungkin itu mainan perasaan saya sahaj. Saya percaya masanya akan sampai juga. Saya akan tetap menunggu. Saya akan mendapat bintang timur saya sediri. Datanglah bintang timur ke dalam hidup saya, saya akan cuba memberikan seperti apa yang diberikan oleh suamu dalam cerita di atas kepada bintang timurnya.

Renungan Kita Bersama..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Perkahwinan suatu permulaan perkongsian untuk mengenal erti kebahagiaan. Ramai orang yang apabila ikat nikah dilafaskan merasakan erti kebahagian didalam kehidupan, namun kebahagian itu semakin kurang dari masa ke masa. Dari hari ke hari perasaan kebahagian semakin kurang kerana merasakan sudah tiada kesepahaman di dalam kehidupan. Bukankah si Dia itu idaman hati, kerinduan yang dahulunya bertahta di hati kian luput dengan masa berlalu, Dia yang selalu di puja dan di ingati didalam pemikiran mula luput sedikit demi sedikit. Mengapa ini perlu berlaku?
Apakah sebenarnya tujuan perkahwinan dilakukan? Adakah hanya untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata? Atau apakah disebalik ikatan tersebut ada sebab yang kukuh yang akan menyebabkan semarak cinta akan tetap utuh walau apa sekali badai yang mengamuk. Bila dikata suami ingin kawin seorang lagi, maka si isteri mula sangsi kerana tidak dapat memastikan dimanakah hati suami selepas ini, adakah aku tetap dihatinya atau segalanya akan pergi seperti angin yang berlalu, tiada kegembiraan dan yang ada hanya kenangan yang mengusik jiwa menjadi lara.
Hari ini sudah tiada contoh keluarga bahagia yang dapat mewarnai kehidupan kekeluargaan, tiada cerita-cerita indah yang boleh di amalkan untuk mencari suatu keredaan Allah swt, ramai isteri-isteri yang bergitu takut kepada suatu ketentuan Allah swt yang membenarkan untuk suami berkahwin lagi. Tetapi adakah kita sedar bahawa semua itu ujian untuk melihat sejauh mana kita percaya Allah swt mampu menguji hambanya mengikut yang dikehendakinya. Kita lebih mudah menyatakan seorang lelaki itu mencari pasal dan berlakulah seperti yang telah berlaku, mengapa kita tidak melihat disebaliknya kerana mungkin ujian itu diberikan kepada seorang isteri yang telah di takdirkan akan bermadu.
Namun hakikatnya apabila berlaku ianya adalah ujian untuk si suami dan juga si isteri untuk melihat sejauh mana kita merasakan Allah swt yang maha adil, bijaksana, sempurna telah menyusun semuanya untuk menguji kita agar dapatkah berhubung dengan Allah swt. Berbahagialah sesiapa yang mampu menghadapi semua ujian di muka bumi sebelum kematian ini dengan kejayaan, yang pasti samada kita bersedia atau tidak, ujian yang datang dari Allah swt untuk kita perlu kita lalui dengan mencari yang terbaik kerana apa yang berlaku adalah khas untuk kita menghadapinya, kita tentu sekali tidak boleh untuk mempersoalkan Allah swt kerana memberikan kita sebarang persoalan kerana apabila kita mendapat ujian tentu sekali kita adalah yang terpilih untuk mendudukinya dan perlu lulus dengan sempurna.

Ujian berlaku setiap saat kehidupan, kita perlu melakukan yang terbaik setiap saat yang tiba, hanya satu saat dan ianya tidak lama. Yang penting setiap saat pasti akan datang dan pergi, pergi tanpa boleh dikejar kembali. Meninggalkan kita dengan suatu sejarah untuk saat tersebut bagi bertemu kembali di akhirat kelak untuk dipertanggungjawabkan atas tindakan dan keputusan yang telah kita lakukan. Ianya hanya satu saat yang membina suatu kehidupan untuk berhadapan dengan Allah swt. Semuga kita melalui saat demi saat dengan penuh kejayaan dan keredaan Allah swt. Amin

catatan dari seorang kenalan..

Saturday, January 24, 2009

Anda No. Berapa Ye?

Believe It Or Not?

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Klau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5,6.

Friday, January 23, 2009

Just For Ur Info...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua..

Zurin nak maklumkan bahawa terdapat 2 blog dalam http :www.zurinzurina.blogsport

a) blog zurin@cengkih lebih kepada blog pribadi
b) blog cengkih kayumanis lebih berbentuk info

so choose the right blog ok! kalau nak tgk dua2 pun boleh...