Thursday, July 14, 2011

Satu Cinta

Kenangan lama mengusik jiwa...

As-salam..

tajuk entri terlalu jiwang? :) ia hanya sekadar pembuka bicara bagi penulisan yang telah lama terbengkalai. Entri yang patut disambung pun tak sempat nak sambung dan macam dah basi pulak untuk disambung.Jadi biarlah dimulakan dengan cerita yang baru.Kita sudah pun melepasi separuh masa pertama bagi tahun 2011..banyak yang telah terjadi ada yang diduga dan ada yang datang tidak diduga. Tetapi itulah kehidupan sebagai manusia, kita telah diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ini.Memasuki pertengahan Julai kita akan mula menghitung hari menunggu detik dan saat tibanya Ramadhan al-Mubarak.Terasa begitu pantas masa berlalu..sedangkan masa itu tidak pernah berubah kerana ia tetap berputar atas kehendakNYA..kita saja yang harus menghargai setiap masa yang mendatang.
bercerita tentang kehadiran bulan yang penuh barakah, harap-harap kawan2 sudah menyelesaikan puasa yang tertunggak jika masih berbaki.Selalulah ingat diri kita tanggungjawab kita.Jadi segeralah bertindak.

pagi yang basah..



assalamualaikum..

pagi nie sekitar 8.15 pagi Muar disimbahi hujan yang amat lebat.Alhamdulillah hujan telah meranapkan jerebu yang melanda negara.Terima kasih Allah