Tuesday, December 11, 2012

Cabaran guru Bahasa Melayu masa kini

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? saya doakan semua sihat-sihat belaka, kesihatan adalah antara anugerah Tuhan yang tiada nilainya dan kita bertanggungjawab untuk memeliharanya. Betul ke tidak ? :) :)

Berbalik semula kepada tajuk yang saya paparkan diatas, saya ingin mengulas sedikit mengenainya. (Disebabkan ia berkaitan dengan bahasa melayu, seharusnya saya juga menggunakan bahasa yang betul, barulah tidak dikatakan sebagai "ketam yang mengajar anaknya berjalan")

Apabila kita membaca status-status di Facebook (Muka buku) kita akan melihat ejaan dan perkataan yang digunakan oleh generasi Y khususnya sudah banyak terpesong dengan penggunaan bahasa dan ejaan yang betul dalam bahasa melayu, itu belum lagi menyentuh soal tatabahasa. Sebahagian berpendapat mereka hanya menggunakan bahasa tersebut di FB tetapi tidak digunakan ketika sesi pembelajaran, jadi saya berperasangka baik sahaja dengan adik-adik kita ini.

Adakalanya saya sendiri tidak faham apa yang ingin cuba disampaikan dan kadang-kadang tersalah faham dengan apa yang hendak disampaikan.

Berikut saya berikan petikan "status" yang saya salin dari rakan FB, bukan bertujuan untuk mengaibkan tetapi untuk melihat sejauh mana kefahaman pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan.

xda sape y pnh wt aq gmbira melainkn dri aq sndri. . .y ada hnye tngisan y slalu menemani aq d'kale aq sdh. . . .htie aq slalu t'gris dgn kte2 y wt aq t'rase. . . .pnh x skali k0 mengerti p'rasaan aq d'kale aq perlukn k0??pnh k0 rase ape aq rase??pnh k0 slami htie aq d'kale aq t'rase ngan kte2 k0. . hnye smgt y wt aq bngkt t0k aq meneruskn smue nie. . . iktkn htie aq ingn pg jauh dr smue nie biar smue owg xpt cr aq. . .mak anakmu btl2 rndu n perluknmu skang. . . .;-(. .hnye air mate y wt aq gmbra. . .;-(. .

 setelah diterjemah

tiada siapa yang pernah buat aku gembira melainkan diri aku sendiri....yang ada hanya tangisan yang selalu menemani aku dikala aku sedih...hati aku selalu terguris dengan kata-kata yang buat aku terasa...pernah tak sekali kau mengerti perasaan aku terasa dengan kata-kata kau...hanya semangat yang buat aku bangkit untuk aku meneruskan semua ini. Ikutkan hati aku ingin pergi jauh dari semua ini biar semua orang tidak dapat cari aku...emak anakmu betul-betul rindu dan perlukanmu sekarang.... hanya air mata yang dapat buat aku gembira.

jika status sebegini saya masih boleh memahaminya dengan 2 kali bacaan, tetapi saya pernah terbaca satu status yang perlu dibaca sekurang-kurangnya 3 kali baru nak faham. Jika saya jumpa saya akan masukkan semula dalam entri ini.

sekian dulu dari saya, sayangilah bahasa kita...contohilah Osman Baku :)