Tuesday, December 21, 2010

Nahas di penghujung tahun

Assalamualaikum..

saat kita menghitung hari untuk menutup tirai 2010..kita dikejutkan lagi nahas ngeri yang mengorbankan 27 mangsa akibat kecuaian pemandu.Kalau tidak silap sepanjang 2010 ini banyak sungguh dicatatkan kemalangan yang melibatkan bas...rasa seram pulak nak naik bas..

Thursday, October 21, 2010

Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

catatan pertama selepas aidilfitri..:)..sudah agak lama menyepi diri

baru2 ini saya dan rakan sepejabat telah diberi tugasan untuk mengendalikan Program untuk adik2 yang akan mengambil SPM tahun ini..ini merupakan kunjungan ke2 saya disini bersama Jun..last year dengan Azrol kali nie dengan ejal pulak..

tahun ini masih sama seperti tahun lepas..seramai 15 orang pelajar telah dipilih oleh Pihak RISDA Pontian untuk mengikuti program tahunan mereka.

ucapan terima kasih kepada our sponsor (RISDA Pontian), guru2 yang terlibat dan pihak kem kaizen.

Monday, August 30, 2010

Kata-Kata Hikmah 4 Khulafa'

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Thursday, August 26, 2010

Himah Perkahwinan..




Catatan diambil dari Majalah Haluan,Edisi 3 (2010)

1. Mewujudkan perasaan tenang & tenteram
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan diantara kamu perasaan mesra dan kasih sayang" (Ar-rum 30:21)

2. Memelihara keimanan dan ketakwaan
Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh daripada agamanya.Maka bertakwalah kepada Allah SWT pada separuh yang belum disempurnakan lagi"

3. Penghalang maksiat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Apabila seseorang kamu terpaut dengan seorang perempuan lalu memberi kesan didalam hatinya, maka hendaklah dia mendapatkan isterinya dan "bersamanya" kerana dengan itu boleh menghilangkan apa yang ada didalam dirinya" (Riwayat muslim)

4. Keberkatan rezeki
"Kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba2 kamu lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan mengayakan mereka dengan limpah kurnia-NYA dan Allah Maha luas kemurahaNya dan Maha Mengetahui" (An-Nur 24:32)

5. Mengembangkan Keturunan
Rasulullah SAW amat berbangga dengan umatnya yang ramai diakhir zaman.Perkahwinan yang soleh akan melahirkan zuriat yang beriman dan bertakwa. Daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur,kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai" Riwayat al-Imam Abu Daud)

Friday, August 20, 2010

10 Ramadhan telah pun tiba...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

sedar tidak sedar hari ini kita sudah pun menjalani 10 hari ibadah Ramadan yang mulia..ketika saya kecil dahulu mak selalu cakap bulan puasa semua syaitan diikat, jadi takde hantu dibulan puasa..Jadi diwaktu itu pada pemikiran saya tentu tiada orang jahat sebab tiada syaitan kacau manusia untuk berbuat jahat.

Tapi sedihnya saya dibulan ramadhan kali ini, terlalu banyak dosa yang berlaku disekeliling saya..kejadian menikam isteri, simbah asid, tendang perut wanita hamil, kes cerai berai, tangkapan orang islam yang tidak berpuasa dan paling menyayat hati kes buang bayi dikalangan remaja..Agaknya mana perginya otak manusia nie! dah gila agaknya.

setiap hari kita membaca kisah2 begini didada akhbar dan boleh dikatakan yang terlibat dengan kes2 begini 99.9% sebangsa dan seagama dengan saya.Akibat dari pengaruh dadah, kurang didikan agama dan pengawasan ibu bapa serta faktor teknologi adalah antara kes2 sebegini seolah-olah sudah menjadi perkara biasa.

Betul juga kata2 kakak saya yang selalu berpesan "kita..biar muka tak berapa cantik, tapi tau jaga akhlak, jangan muka saja cantik tapi otak kosong"

Ya Allah semoga umat islam terus bersatu..Jauhkanlah kami dari segala bala baik yang yang nyata atau tidak nyata dan jauhkanlah kami dari azab api neraka, Kau kurniakanlah kami limpah dan RahmatMu Ya Allah..

Tuesday, August 17, 2010

PERHATIAN!PERHATIAN!

Salam..mari kita sedeqah sedikit harta yang sementara kepada Tabung Dana Kompleks Pendidikan Haluan, Johor..moga menjadi amal jariah bertemu Allah kelak. Sumbangan boleh dibuat ke akaun Sekolah Rendah Agama Ghufran MBB 551191102792.Maklumat lanjut hubungi pihak sekolah ditalian 07-755 9717.Terima kasih diatas perhatian

Petua Mencuci Hati

Sumber : Dr Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Monday, August 16, 2010

Bingkisan Dari Hati



Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Alhamdulillah sudah masuk hari ke6 seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa...hujung minggu yang lalu saya berkesempatan untuk membaca novel terbaru karya penulis yang saya minati iaitu Pn Norhayati Berahim.Kali ini beliau bergandingan dengan penulis baru barangkali tapi jika telahan saya benar maka dia telah membuatkan saya menangis kerana tulisannya.

Ingin saya kongsikan pengalaman menbaca tulisan saudara Anuar Kamaruddin dalam tajuk "terawih terakhir".Mungkin kebetulan bacaan saya dibulan Ramadhan jadi ia terasa amat dekat dekat jiwa.Untuk bahagian Pn. Norhayati Berahim mungkin saya akan ulas di lain entri..sebab belum sudah bacaannya.
1. membaca sirah dalam bentuk novel
2. pengajaran dalam diam
3. pengorbanan seorang sahabat yang mungkin sukar untuk ditemui tapi tapi tidak mustahil akan ada.

banyak yang ingin ditulis tapi seperti sukar untuk diungkapkan..moral of the story segeralah miliki novel ini dipasaran!


1.

Tuesday, August 3, 2010

Top 10 Tips For A Successful Job Interview

By Shale Paul (sumber diambil dari internet)

Job interviews in many organizations are getting sophisticated these days. Psychological tests, role plays, and challenges to one's "quick intelligence" and street smarts are often part of the package. While it's impossible to anticipate everything you may encounter, here are ten tips that will help you negotiate the interview process successfully.

1. Prepare and over-prepare
It is assumed that you don't go in with egg on your tie, spinach in your teeth, or without a thorough knowledge of the organization and position for which you are interviewing. Beyond that, there's an important principle that will enable you to be much more confident. It's called, "over-preparing. " It goes like this: Plan your strategy--your answers to all the possible questions you may be asked or the challenges that may be thrown at you--and then practice, practice, practice. Role play and repeat your best responses until they are entirely natural, until they simply roll off your tongue with the apparent spontaneity that comes only with successive repetition.

2. Be particularly clear on what you know and what you want to achieve
If your interview is resume-based (you've had to supply a resume either before or concurrently) , have the facts of your stated objective, relevant experience, education, etc. thoroughly memorized and mentally supported. As to your job objective, be clear on what you want, as well as what you don't want. There's little room in the job market for the applicant who's willing to take anything; he or she will usually get nothing!

3. Make sure your responses match your claims
If, for example, you've taken extra coursework to qualify for a particular position, license, or certification, tie it into your narrative, e.g., "When I took my coursework for my CPA, I learned that ..." Build on your resume, but don't refer directly to it (assuming the interviewer has it in his or her possession); make sure the connections are there, but do it subtly.

4. Be clear about your strengths
You're almost certain to be hit with questions pertaining to your strengths and weaknesses. Know your strengths and emphasize those that relate specifically to the position for which you're being considered. If, for example, you're applying for a sales position, you might describe one of your strengths (if it's true) as follows: "I've made a study of personality types and I've learned to quickly type people in terms of the kinds of approaches that might best attract them." Be prepared, in this case, to back up your claim if the interviewer suddenly asks: "What type would you say I am?"

5. Describe your weaknesses as strengths
This is tricky, so let's think about why the question is asked. The interviewer probably wants to learn several things about you with this question, such as: whether or not you are arrogant ("I really don't think I have any weaknesses") , whether you know yourself ("Well, I've never really thought about that"), and finally, what you are doing to eliminate your weaknesses. Here are two ways to answer this question so that you leave a positive impression in the mind of the interviewer: (a) Show that, in overcoming a weakness, you've learned. If, for example, there's a period in your chronology that just doesn't fit (say that you took a job selling cars between jobs as an accountant ... it happens!), you might tell the interviewer: "One weakness, which it took me some time to overcome, wasthat I really wasn't sure that I wanted to be an accountant. For example, in 1988-90, I worked as a car salesman. I did so because I couldn't decide if I wanted to make accounting my career. That experience taught me that I really didn't want to sell products, and that I was much more challenged by the opportunity to solve client problems. (b) Pick a weakness that is really a strength. If, for example, you're interviewing for a job in an organization you know is hard-charging and unforgiving of average performance, you might say, "One of my weaknesses is that I tend to be impatient with people who aren't willing to pull their full weight and give 110%." In this case, your "weakness" may help you get the job.

6. If you've been fired, be forthright about it
So many people have been laid off through no fault of their own in the past ten years that it's no longer a stigma to have been fired--unless it was for justifiable cause (e.g.,- you socked your boss). Answer directly, but without a "charge" in your voice. Expressing your bitterness over being let go tells the interviewer (rightly or wrongly) that you can't accept the realities of modern free enterprise -- that downsizing is acceptable and often necessary.

7. Be clear where you want to go
A standard question which has all manner of variations is: "Where do you want to be five years from today?" Only today, the answers are different. Unless you plan to inherit Dad's company, your answer is apt to be a lot more general than it might have been a decade ago. Why? Because the economy and nearly every industry are changing so fast that specificity with respect to the distant future is extremely difficult. So, instead of responding to the question with, "I plan to be in a position of senior leadership in this company," you might want to say: "I plan to become qualified in every phase of this industry." The exact response depends upon the specifics of your job hunting campaign, but the principle is: be specific while allowing yourself the flexibility which suggests that you understand the complexities of the business you're applying for.

8. Have clear personal standards
This is a sleeper because, on the face of it, the question doesn't seem to have much to do with the immediate interview. Today, however, many organizations are looking for people who DO have standards regarding their personal and professional lives, who can articulate them clearly and concisely, and who live by them. In this case, the briefer, the better. "I delegate my weaknesses." "I don't take on projects unless I can give them 100% dedication." "I respond in specifics and avoid meaningless generalities. " "I am committed to life-long learning and growth."

9. Interview the interviewer
The applicant who will take anything offered is unlikely to win any but the most temporary of positions. A competent interviewer (there are some) will respect your efforts to assess the organization and the position in terms of whether or not it meets YOUR requirements. And you owe it to yourself to have defined before hand, what you ideally want and what you are willing to settle for, under certain conditions. For example, you might really want a salary of $75,000 to begin with, but you'd be willing to take less if the opportunities for growth are clearly in the picture.

10. Don't allow yourself to be badgered by the salary issue
Even today, it's still not uncommon to hear the old refrain: "Our policy is not to pay a new employee more than X% higher than he/she is currently making." Sorry, that doesn't fly. The real issue, and the only one at stake here, is whether or not your prospective employer is willing to pay WHAT YOU ARE WORTH. And, your worth is a function of the job itself and your capability and willingness to perform it. In most organizations, there are clear parameters for a given job, a range of salary that is adjustable depending upon the market and the applicant's experience. In most cases, unless you are very good, you will have to work within those limits. But, within the limits, what you are worth is a matter of mutual agreement based on your own knowledge of your worth and your ability to convince those interviewing you. So, to sum it up: Know the range of compensation for the job you're seeking, make your own realistic determination of what you're worth, and then be prepared to stand your ground.

Tuesday, July 20, 2010

Buat apa hari ini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

bekerja dibidang latihan seperti saya adakalanya banyak memberi ruang untuk saya berehat dan adakalanya tak beri peluang langsung untuk saya berehat..:)

minggu ini adalah minggu yang tidak banyak kerja dan kami lebih banyak tertumpu kepada kerja-kerja pemasaran untuk menjalankan program latihan.

Oleh itu dikesempatan ruang yang ada saya banyak membuka blog2 yang berada disebelah blogku untuk dijadikan follower..banyak ilmu dari blog2 yang telah kuikuti ini..ada yang beri takzirah agama, kesihatan,makan2, ilmu dunia dan macam-macam lagilah..

bilalah saya akan sekreatif seperti blogger2 lain yang indah gaya penulisannya..

wassalam

Monday, July 19, 2010

Foto halimunan..hehehe







gambar ini saya scan dari Majalah APO edisi 1 Oktober 2006...jadi agak klasik jugaklah

aturcara melihat foto halimunan :)

1. Dekatkan mata ke foto terbabit sedekat mungkin
2. Kaburkan mata
3. Tarik perlahan-lahan kebelakang sambil mata fokus mencari halimunan yang tersembunyi
4. Cuba sampai dapat ya..

tajamkah pandangan mata anda...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

tengahari tadi saya dan rakan sepejabat makan tengahari di kedai makan yang terletak di deretan bangunan pejabat kami..biasanya kalau datang sini kami akan menonton movie sebab kedai nie ada pasang Astro jadi taukey akan bukak siaran movie untuk tetamu2 yang datang..

hari nie dia buka movie juga..tapi disebabkan kami sampai dah jam 1.30 petang jadi x dapat nak tangkap cerita tu mengenai apa...saya pun bangun ke rak yang ada menyediakan majalah2 jika pelanggan2 ingin membaca.

Saya pun ambilklah 2 majalah APO (majalah komik) dah hampir separuh hari di pejabat tgk benda serius, takkan tengahari pun nak cari majalah serius plak kan..:). saya bagi 1 kat rakan sekerja saya, manakala saya ambil yang lagi 1 majalah APO edisi Raya! saya memang suka baca majalah yang edisi raya sebab edisinya biasa tebal compare to yang biasa..

saya baca saya gelak sendiri...memang kelakar..terfikir juga macammana kartunis ini mendapat idea untuk membuat lawak versi tulisan dan gambar.

sedang asyik kitaorang nie membaca rakan saya menunjukkan kepada saya helaian bergambar untuk saya tengok..

Cuba akak tengok..akak nampak gambar apa? kata dia

saya pun membeleklah gambar yang diberi sampai berpinar mata..hehehe.jadi saya pun mengambil keputusan untuk meminjam majalah tersebut untuk saya kongsikan kepada pembaca2 lihat apa yang saya lihat..

Friday, June 4, 2010

Malam Pertama Kita..

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.


Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke



''Malam Pertama Kita''

ISTILAH PERASAAN





SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.



MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.



SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.



CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir

Thursday, May 27, 2010

Selalulah bersyukur..



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

alhamdulillah..ungkapan yang senang tapi orang selalu lupa nak ucap..sama je dgn penulis yang sedang menulis nie :).

Boss baru je balik setelah x sampai 1 jam rasanya berada di pejabat..tapi itulah bossku yang memang jarang masuk office kerana haluannya terlalu banyak..masa mula2 kerja dulu hairan juga tapi dah masuk tahun ke 5 dah biasa dah and the most important thing dah faham dah stail dia.

kenapa tiba2 ckp soal syukur?? tadi selepas boss balik buka sekejap fb or nama penuhya facebook nak tgk mana2 post yang baru terima atau message dari kawan2 yang menghantar..x ada sgt pun mungkin sebab saya hanya buka pagi kemudian off lepas tu dah nak dekat kul 1 baru saya bukak balik.

kawan saya yang agak lama tidak brhubung tiba2 menerpa diruangan chat..dia memang dah lama add saya tapi ini baru berkesempatan bertanya khabar.Kawan yang saya kenali semasa out station di pantai timur tahun 2007 (long2 time ago jugaklah kan).

kami berkongsi perkembangan terkini.memang sejak habis kerja di sana saya memang dah contact sahabat saya..mungkin disebabkan tuntutan bertugas dan statusnya sebagai suami orang membuatkan sy membataskan pergaulan..saya pernah jumpa isterinya tapi mungkin dia x ingat sy lagi kot..takpelah.Kawan saya nie bljr di universiti tempatan dan sebaya dgn saya..dia mengeluh krn masih belum dpt yang sesuai..dgn anak2 yang semakin membesar tentu semakin perit tanggungannya..

bersyukurnya saya dlm keadaan ini saya masih berupaya menanggung keluarga (walaupun xlah byk mana tapi lepaslah bayar ptptn,saving sikit, insurans,investment sikit,bagi mak sikit..betapa beruntungnya saya dgn apa yang saya lakukan sekarang..sebenarnya org kg saya selalu tanya apa kerja sebenarnya saya nie..jawapan saya kerani.:) tapi kadang2 makcik2 sy selalu kata sy nie pengurus...pada saya jawatan itu hanya sekadar nama tapi apa jua yang kita lakukan jika dgn ikhlas pasti ada ganjarannya. Tentu diorang nie terperanjat kalau nampak sy menyapu tangga atau mengemop pejabat sedangkan dia panggil saya pengurus..hehehe kadang2 org segan tapi sy selalu memandang pada kebersihan.lantakklah diorang nak kata sy pembersih pejabat ke apa (maybe staff kat pejabat sebelah yg anggap saya begitu kot)tapi saya memang x boleh pandang betul tangga pejabat yang kotor dan banyak sampah sedangkan kita tiap2 hari jejaki tangga itu..

bersyukurlah dengan apa yang kita ada..kalau ada lebih berilah kepada yang memerlukan..tabung gaza,pembinaan sekolah agama...kalau ada kawan2 yang memerlukan bantuan mungkin inilah masanya jika kita ada lebihan rezeki.

mungkin hari ini kita selalu rasa iri hati pada kawan2 kita yang dah berjaya jd 'somebody" especially di sektor kerajaan tapi kita nie masih lagi di sektor swasta yang belum tentu jangka hayatnya..tetaplah bersyukur..mungkin ada hikmahnya kita di sektor swasta..sometimes sy pun pelik semua org nak kerja kerajaan..kalau semua pemikir begitu alamatnya lingkuplah ekonomi negara..Pada saya bg yang dah memasuki sektor kerajaan biarlah..mereka adalah org2 yang terpilih dan telah ditentukan olehNYA kita berusaha sahajalah dan jangan lupa berdoa..dan sentiasa bersyukur dgn apa yang kita ada sekarang..

oklah banyak pulak bebelan saya petang nie..

subhanallah....alhamdulillah...Allahuakbar...

wassalam

relax ur mind

Monday, May 24, 2010

Terengganu Darul Iman..






Nice Place...Nice People...Nice Keropok Lekor..

Bulan Mei Yang Padat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar? Sihat? Saya sihat Alhamdulillah saya doakan mereka yang sedang membaca blog saya ini juga sihat dan sentiasa dirahmati Allah selalu..Insya Allah.

Bulan Mei memang bulan yang penuh dengan peristiwa..antaranya hari jururawat,hari guru,hari belia, hari wesak dan hari2 yang lainlah... :). Bulan Mei juga bulan yang penuh warna-warna pada saya walaupun saya bukanlah orang yang meraikan hari2 tersebut..cuma pernah meraikannya beberapa tahun dahulu apabila bergelar cikgu.Thanks cikgu sebab mendidik saya dari kecil hingga kini.

awal bulan hingga 09hb..hari2ku penuh diisi dengan mencari dokumen sokongan untuk menjawab maklumbalas dari LHDN..biasalah bila company kena audit..haru jugaklah :) first time lah plak i yang incharged. And then 09-11 saya ke Terengganu untuk meeting..walaupun meeting berlangsung pada 11 tapi sy pergi sana awal sebab x pernah gi sana and to get "fresh air" after audit...tapi x tenang jugak sebab still dok pikir the result..

Cuma yang menarik di Terengganu ialah orang-orangnya..Masuk last day baru saya dapat jumpa keropok lekor untuk dimakan...dan dapatlah bawak balik sebungkus 2 untuk org rumah yang memang dah berharap sejak pembelian tiket ke Terengganu dimaklumkan.

Orang2 yang patut saya ucapkan terima kasih..Of coz bossler sebab menaja saya kesana selama 3 hari..seterusnya Pak Akob (driver bas) yang prihatin lagi baik..Siap hantar sampai depan simpang rumah..agaknya kalau xde org kat dalam bas dia hantar smpi depan rumah agaknya..kihkihkih..Thanks once again Pak Akob.nanti kalau sy ke Trganu lagi saya cari Pak Akob..also for second driver..yang juga baik.tapi x tanya namanya.

Kedua pada kakak kaunter tiket SP Bumi di Kemaman..tak ingat namanya siapa tapi ingat wajahnya yang banyak membantu saya yang sometimes "blur". Kalau x kerana dia mesti perjalanan pulang akan ditambah lagi 6 jam..

seterusnya abg wan,driver kereta sewa yang sudi menghantarku ke Awana Kijal tempat meeting dan menjadi driver x rasmi kami untuk perjalanan sepanjang berada di Kemaman.Begitu juga seorang lagi kawan abg wan..x ingat dah namanya yang mengambil kami di TATI College dan membawa kami mencari keropok lekor untk dibawa balik..

Habis meeting..kembali bertugas pada hari Khamis..sebab hari rabu cuti kepenatan..walaupun xlah penat mana..saja ngada2 nak cuti.

meneruskan kerja yang ditinggalkan dan mengemas pejabat yang macam "tongkang pecah"..mamang selalu mcm nie kalau sy xde and then boss datang buat kerja..sebab boss x duduk tempat kita..

and hari ini 26 Mei 2010..ada few things need to settle up..and hopefully goes as our plan. Nak buat marketing x ek? ermm should i do that habis apa fungsi marketing yang ada..ye x ? setakat tolong2 sikit dahler..kerja I dia x tolong pun..:)

oklah and for now..herewith i attach a few pictures from trganu..nice place..nice sea..and nice people..

wassalam

Thursday, April 29, 2010

Kena Kerja Lebih Sikit..


Assalamualaikum...Salam Sejahtera,

"Allah suruh kita kerja lebih sedikit" kata-kata dari boss aku itu sebenarnya sangat terkesan pada diriku...betapa Allah itu bila telah memberikan kemudahan pasti ia tidak akan selamanya berlaku jika kita leka dengan suruhanNYA..Ermm before this kerja2 tidak terlalu menekan tapi lately ini agak terasa tertekannya..:)mungkin itu petanda aku nie harus lebih mendekatkan diri kepadaNYA..

Ada beberapa kerja yang perlu dibereskan end of this month and early next month..laporan bulanan be4 5 mei,laporan audit yang harus disiapkan be4 10 Mei, meeting di trganu 11 mei..

Tuesday, April 20, 2010

KaYa


Kayanya jiwa seseorang bermaana kuatnya imannya kepada Allah SWT, suka bersedekah, tidak bakhil, sedia menolong dan membantu, adil dalam menentukan sesuatu, sedia memaafkan, susah mahu marah, amat bersabar, amanah serta tunaikan janji, tiada perasaan hasad dengki, tidak tamak, tidak mengikut nafsu, tidak sombong atau riak, bersyukur kepada Allah SWT akan apa yang diberikan kepadanya, muliakan jiran dan tetamu, sedia mengorbankan masa, harta dan tenaga ke jalan Allah SWT, kasihkan Allah SWT dan Rasululah s.a.w lebih dari kasihkan dirinya sendiri.

Kayanya jiwa seseorang seperti di atas adalah tanda-tanda bakalnya ia sebagai ahli syurga.

Wallahu'alam. ..

Monday, April 19, 2010

Jiwa Kacau


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

minggu lepas + minggu ini = minggu jiwa kacau

penyebab utama

kursus yang dirancang ditunda ke minggu berikutnya..
hasilnya adalah seperti berikut :-
a)ramai yang conform nak pergi dah tak boleh nak pergi sebab ada commitment lain.
b)terpaksa buat marketing balik...part yang paling aku lemah
c)penceramah yang belum conform..pihak hotel je yang dah conform
d)nak kena kejar dateline sebelum 30 april utk habiskan budget.
e)low spiritual and mental

Wednesday, April 14, 2010

Mohon Belas Kasihan






Saya terpanggil untuk berkongsi catatan ini dengan rakan-rakan blogger..

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Jannah Disebalik Musibah

PETIKAN : Genta-Rasa


Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua’lam.

Wednesday, April 7, 2010

Marah...Jangan Engkau Marah..




Nabi S.A.W dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa seorang laki-laki telah datang kepada Nabi S.A.W lalu berkata: "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah". Lalu beliau bersabda: " Jangan engkau marah". Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah. Binatang pun begitu. Seekor kucing yang jinak dan manja misalnya akan menjadi marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali misalnya. Sifat sabar sebenarnya adalah sebagai penghalang dari sifat marah. Walau bagaimanapun kesabaran ada had dan batasnya. Apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, Sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik kehati. Maka terpulang kepada seseorang samaada dia mempunyai sifat seorang yang cepat marah atau marah yang keterlaluan (marah tak bertempat) yang disebut sebagai ifrath atau marah yang I'tidal iaitu marah yang pertengahan (dia mampu mengawal marahnya atau marah yang bertempat) ataupun Tafrith iaitu orang yang tak tahu marah. Marah yang sederhana adalah marah yang terpuji manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah yang keterlaluaan adalah termasuk dalam marah yang terkeji yang dilarang oleh nabi sebagaimana hadis yang di atas.

Marah yang keterlaluan amat dilarang oleh Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi yang tidak baik. Samaada dari orang yang marah tetapi juga orang yang kena marah. Kerana marah ada rumah tangga yang runtuh, kerana marah anak-anak didera, kerana marah pembunuhan berlaku, kerana marah anak-anak lari dari rumah, kerana marah ada majikan yang ditetak oleh pembantu rumah atau sebaliknya,kerana marah ada orang yang berpiket atau tunjuk perasaan, kerana marah orang saman menyaman, kerana marah ada orang yang kena tukar tempat kerja dan banyak lagi.

Menurut Imam Al-Ghazali, sifat marah adalah disebabkan oleh 10 punca atau sebab:

1. Rasa bangga diri ( sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang berlebih-lebihan dan melampaui batas
4. Suka bercakap perkara yang sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati

Apabila sesaorang itu marah maka pergerakkan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata menjadi tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina dan merendah-rendahkan orang yang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya menjadi terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara yang betul, semua tindakannya benar-benar mengikut nafsu kemarahannya, yang penting, puas, menang dan berjaya mengalahkan orang yang dimarah. Bagi orang yang waras tentu kita tidak sanggup untuk melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah bukan berlaku pada orang yang awam sahaja, tetapi juga orang yang mempunyai kedudukan. Tapi yang paling menggelikan hati apabila orang ugama yang berstatus Ustaz, ustazah, tuan Guru, Ulamak, Dr marah dan melenting. Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian. Yang penting aku betul orang lain salah. Apatah lagi muka terpampang di dada akhbar dan dikaca tv, seluruh rakyat melihat dengan terang dan jelas. Kadangkala orang awam boleh menilai bahawa orang yang berkenaan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan. Iaitu marah yang bertempat. Sebagai contohnya seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi telah mengajar kepada kita dalam hadisnya: „ Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur". Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengistiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Perlu ada marah.

Contoh yang paling hebat yang berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali K.W berada dalam satu peperangan dimana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi untuk membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: " Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku". Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.
Wallaua'lam. Sama-sama kita renungkan.


Daripada:
Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Selangor

Wednesday, March 24, 2010

ngantuk..apa ubatnya..



Assalamualaikum & salam sejahtera

ngantuknya petang nie..terlebih makan agaknya :). Tengahari tadi makan kuew tiaw goreng dgn air milo dkt warung belakang office. sebab pilih menu tu ialah semalam makan nasi goreng kat kedai tu pastu nampak org sebelah order kuew tiaw mcm sedap sgt thats why order that menu.Air milo tu plak sebab semalam nampak adik buat air milo bancuh milo sikit punya "kaw" sebab tu order milo ais tadi. dah order kuew tiaw nampak plak rojak yang ejal makan.Peh..macam sedap pulak! kihkihkih! pantang nampak makanan org lain semua aku rasa sedap..Godaan nafsu betul.

berbalik kepada topik..apasal aku mengantuk petang nie??? mungkin cuaca juga memainkan peranan sebab tadi macam nak hujan sekarang dah panas.pagi tadi buat kerja2 mengira jadi x mengantuk..petang nie bila kerja dah siap rasa mengantuk datang macam disuruh-suruh tido.

apa ubatnya kalau dah ngantuk nie?ermm jawapan skema ialah apalagi tido ler! mana boleh tido kat office..sebagai org yang membuka dan menutup pintu office kita kena tunjukkan tauladan yang baik kat rakan2 sekerja kita.betul x?

jadi mulalah tangan ini membuka fb dan email2 yang lain (3 email yg wajib buka setiap hari) tengok apa2 email yang penting.ermm yang banyak diterima email dari FB, tagged, dan dari group SIM.x hilang juga ngantuknya..

tu lah sekarang menulis di blog..dengan harapan hilanglah mengantuk.kan bagus datang ilham untuk menulis ke..lepas tu boleh buat buku and then publish..berangan x habis!nak buat camner dah mengantuk tu yang tulis kadang2 entah apa2.

oklah i stop dulu coz mungkin nak cari kerja yang boleh dibuat.

wassalam

Wednesday, March 17, 2010

Koleksi Mutiara Kata dari Mixterr Studio Blog 5

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse

Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel

Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.

Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang

Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.

Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.

percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius

Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan

Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris

Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan

Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. – Charles Cahier

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. – Peribahasa Cina

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Seburuk-buruk buta adalah buta hati.

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara

Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.. – Whittier

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti

Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad

“Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya.” -Albert Einstein

Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik”

sumber: email, mesra.net

Koleksi Mutiara Kata dari Mixterr Studio Blog 4

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab

Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.

Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi

Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.

Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.

Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H

Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Koleksi Mutiara Kata dari Mixterr Studio Blog 3

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.

Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews

Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.

Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.