Thursday, April 19, 2012

macam-macam perangai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari khamis yang penuh barakah ini bumi kita dibasahi hujan...Alhamdulillah, syukur kepada Allah diatas nikmat hujan yang telah diberikan. manusia memang berbeza-beza dan sememangnya itulah fitrah kejadian yang Allah SWT cipta untuk menzahirkan kekuasaaaNya yang tiada bandingan. anda melihat diri anda bagaimana? jika kita bertanya kepada diri sendiri pasti banyak kelebihan dari kekurangan yang akan kita perkatakan. Betul tak? Sememangnya musuh kita adalah orang yang paling mengerti kelemahan kita. (ini bukan statement untuk mencari musuh ya) saya sebenarnya nak tergelak pun ada bila tengok perangai sahabat2 kita nie terutamanya bila menulis status di fb.. biarlah saya kategorikan kepada beberapa bahagian.

Yang pertama golongan yang suka menyebarkan ilmu dan nasihat untuk perkongsian.Golongan ini adalah golongan yang baik sebab kadang2 apa yang tidak tahu kita dapat ilmu darinya tapi jangan terus-terusan percaya kerana kesahihannya perlu dipastikan.

 Golongan kedua ialah golongan yang suka meluahkan perasaan.Golongan ni saya x berapa berkenan sebab sometimes too personel to share and should be secret tapi nak juga diluahkan. Yang kelakarnya tu dia tulis satu perkataan tapi mampu menghasilkan puluhan dan mungkin juga ratusan komen. Contohnya tetiba saya rasa meroyan nak tulis dekat wall fb saya "CINTA" ATAU "MATI" saya rasa sekejap je dah ada orang comment.hehehe.. nasihat saya berfikirlah dulu sebelum meletakkan apa2 status di wall tu sebab bukan anda seorang je baca, mungkin anda hanya kawan2 anda, tapi tidak mustahil jika guru2, saudara mara, majikan anda juga akan terbaca. Kalau statusnya x menimbulkan syak, keraguan,marah, salah sangka atau kesan yang lain tak mengapa tapi bila ada kesan...tolonglah jangan kata "ini fb aku sukahati akulah"saya rasa orang yg bagi jawapan begini adalah orang yang dangkal ilmunya.

Golongan seterusnya adalah golongan yang suka menjadikan fb sebagai pentas perniagaan. Ini sebenarnya cara termudah untuk kita memasarkan produk kita ke seluruh dunia. Saya sokong sahabat2 yang berusaha untuk menambah pendapatan.Almaklumlah ekonomi sekarang memerlukan kita menjana pendapatan yang lebih untuk kelangsungan hidup.Apa jua perniagaan yang anda jalankan saya doakan semoga sukses tapi kalau yang berniaga sambil bekerja kita hendaklah bijak mengatur waktu.

Golongan seterusnya adalah golongan yang suka letak gambar2 yang mengerikan, menakutkan, menyeramkan dan sewaktu dengannyalah. golongan ini saya kadang2 x berapa berkenan juga sebab sometimes takut tak boleh tidur sebab teringat :)

Golongan yang ini saya tak berapa berkenan iaitu golongan yang suka request untuk kita accept game invitation dan apa jualah link2 ysng sewaktu dengannya. golongan-golongan lain buat masa ini saya tak perasan sangat tapi nasihat saya buat diri saya sendiri ialah KATA-KATA KITA ADALAH DOA JADI BERFIKIRLAH SEBELUM BERKATA-KATA

 salam penuh kasih sayang dari saya buat anda semua.. wassalam.


kata Sham Kamikaze

Mungkin kita tidak mampu menambah pahala tapi tak perlulah menambah dosa pula

Monday, April 2, 2012

AYushiTa - Tuhan Beri Aku Cinta.wmv

MENANTI CINTA

Istikharah Cinta

Istikharah Cinta
Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Istikharah Cinta_Sigma.wmv