Tuesday, December 24, 2013

Sambungan Mengapa Aku Menulis

Ini sambungan dari entri sebelum ni yang bertajuk Mengapa Aku Menulis

Semasa saya dialam pengajian aktiviti menulis tetap juga dibuat sewaktu cuti semesta, kali ini sub plot dah banyak berkembang sebab kita berada ditempat baru, kawan baru, persekitaran baru jadi banyak yang boleh dijadikan rujukan berbanding zaman hingusan dulu. Macamlah sekarang dah pro sangat. Percayalah sekarang dah takde mood nak menulis, kadang-kadang idea dah ada tapi bila baru nak mula menulis ayat seolah-olah hilang punca. hahaha ( sebenarnya malas yang lebih) 

p/s ketahuilah disaat entri ini ditulis rakan sepejabatku ini sedang mendengarkan lagu Jangan Ditanya Kemana Aku Pergi , dendangan Broery Marantika. Memang jiwanya klasik nasioanal sungguh, rasanya entah dah berapa kali lagu ini dipasang, dari tak pernah dengar lagu ni jadi begitu familiar di telinga. Kalau nak dengar klik je link kat bawah tu. Usah ditanya mengapa aku tidak sharekan videonya. Lihatlah sendiri.

Jangan Ditanya Kemana Aku Pergi 

nak tahu tak apa yang dah jadi dengan cerpen buku panjang saya tu? Sebahagian besarnya saya dah bakar! ya saya dah bakar sebab masa tu tengah mengemas untuk raya, rumah empat persegi barang makin lama makin bertambah jadi barang yang tidak berguna wajib  dibawa pergi, masa tu rasa cerpen yang dibuat hanya karya picisan maka tak rasa ghalat pun selepas dibakar sebab La ni baru rasa ghalatnya ...

kesimpulan dari cerita diatas bila diri ini mula bekerja maka minat penulisan ini diterjemahkan pula kedalam laman blog.





sekian terima kasih 

Mengapa Aku Menulis

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

Mengapa saya menulis? sejujurnya saya memang minat menulis, saya ingat lagi semasa saya bersekolah menengah dulu, setiap kali cuti sekolah (waktu-waktu macam nielah) saya selalu mengarang novel (perghhh novel tu macam x percaya je) sebenarnya lebih kepada cerpen.Kalau menulis novel kena berbab-bab saya pulak menulis ikut suka hati sambil melayan perasaan :) :)

Selalunya yang menjadi mangsa buku panjang (saya yang panggil) Sejarah, Bahasa Melayu (karangan). Rasanya subjek tu saja yang menggunakan buku panjang kulit tebal tu. Kalau yang mengambil subjek geografi mungkin guna juga kot buku nie. Cuba cari dekat pakcik google gambar buku panjang tapi takde ke pakcik google yang tak faham. Kebetulan pulak dekat office ada sebuah buku panjang yang kami gunakan sejak company ini dibukak tahun 2001, sampai sekarang masih digunakan, amacam hebat tak (nampak sangat kami x selalu bermesyuarat) hahaha. Jadi sempatlah snap gambar dan paparkan untuk umum buku panjang merangkap buku mesyuarat syarikat.


 
jadi dah dapat bayangkan buku panjang yang saya maksudkan itu. Jika dibandingkan antara buku panjang Sejarah dengan Bahasa Melayu, buku bagi Sejarah tak banyak berbaki sebab subjek Sejarah kan kena banyak menyalin nota (zaman saya sekolah kalau buku rujukan kena beli dan manalah ada kemudahan internet bagai kan). Kalau guna buku panjang BM, banyak cerita boleh ditulis :)

Masa tu cerpen saya banyak berkisar tentang cerita-cerita fantasi, perkara wajib nama watak mesti panjang dan berbelit-belit ejaan padahal bunyinya sama jer. Plot tak boleh nak tipu plot orang bercinta tak kisahlah samaada  happy ending or sad ending, jarang pulak buat cerita family, eh ada juga saya pernah menulis watak adik beradik yang suka perempuan yang sama, mula-mula adik yang suka tapi mak jodohkan yang abang untuk perempuan tu. Memang dalam bayangan perempuan tu memang calon pilihan mak mertualah.Senang kata.


zaman saya cuti sekolah dulu, kalau cuti sebulan lebih, maka sebulan lebihlah duduk rumah, makan, tido, mengadap tv, tolong mak potong-potong bawang, masak air, kemas rumah sikit-sikit, teknologi tak berapa nak ada, bercuti jauh berbatu sekali maka terperaplah saya dirumah membina badan :)

Disebabkan saya bersekolah sampai tingkatan 6 dan setiap kali cuti sekolah dan cuti pekse SPM & STPM tidak tahan untuk bekerja maka terhasillah cerpen-cerpen pendek yang saya hasilkan. Senang cerita memang buku panjang tu memang digunakan semaksima mungkin dan kadang-kadang siap ambil buku adik yang tak habis guna !

Disebabkan saya menulis juga saya mendapat keputusan yang agak baik dalam subjek Bahasa Melayu, masa PMR dapat A, masa SPM dapat C3 (mungkin terlebih berangan sebab tu lari tajuk!) masa STPM dapat prinsipal .

Ada lagi yang ingin ditulis tapi dah penat dah tangan menaip, nanti kita sambung lagi ya!





masa menulis dulu, bajet muka-muka watak lebih kurang macam nielah. 

Thursday, December 19, 2013

Assalamualaikum wbt

Kata-kata ini dipetik dari "Ustaz Facebook" 

Sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kepada wanita.
andai belum sampai jodohmu,anggaplah bahawa lelaki
yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah
kepimpinannya bg memimpin dirimu,kerana pada wanita
itu pasti ada kekurangannya & lelaki yang benar2 layak
pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.
Lupakanlah segala kegundahan,teguhkan diri pada cinta
hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki.

sambil baca sambil tu boleh dengar lagu nie



Wednesday, December 18, 2013

2013 yang bakal ditinggalkan

Assalamualaikum semua

Sihat ke? ke ada yang demam/selsema almaklumlah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

bila di"flashback" rupanya dah agak lama juga saya menulis blog walaupun selalu off dari on :) berkongsi kisah suka duka, pengalaman yang sedikit berbanding orang lain, resepi yang x berapa nak menjadi dan apa jualah yang pernah tertulis.

Seingat saya, catatan pertama saya sekitar tahun 2008 pada tarikh 06/06 (Jumaat) ketika itu. Jika dihitung mengikut tahun sudah menjangkau 5 tahun usia blog saya, dah boleh masuk tadika dah :)

Hari ini 18hb tidak sampai 2 minggu lagi akan berakhirnya bulan Disember penghujung tahun 2013, untuk tahun Islam kita sudah memasuki bulan ke 2 1435hijrah. Alhamdulillah masih diberikan keizinan dan kelapangan untuk bernafas dan menikmati keindahannya.

Dikala ini ramai penduduk Malaysia yang mengeluh. Kenapa? apalagi kalau tidak disebabkan oleh kenaikan harga. Mula-mula kenaikan harga minyak ----------------> kemudian harga gula ------------------> tarif elektrik --------------------------> tambang bas sekolah -----------------> tol dan apa-apalagilah yang bakal menyusul , walaupun secara dasarnya ia tidak melibatkan saya pun secara keseluruhan tapi ia melibatkan ramai penduduk Malaysia yang lain.

untuk itu saya ingin berkongsi tips yang saya ambil dari Jutawan Internet (Irfan Khairi) berkenaan PENGURUSAN KEWANGAN. Mungkin ini dapat membantu kita merancang kewangan kita yang dah semakin ciput :)

6 SEBAB KITA MEMBAZIR WANG

1) KITA MEMBERI ALASAN UNTUK BERBELANJA
    Kita sering memberi sebab mengapa perlu berbelanja seperti mengatakan "aku dah bekerja keras, aku  berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Kita juga diyakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu untuk berbelanja sedemikian

2) KITA TIDAK MAHU DILIHAT KEDEKUT
adakalanya kita fikirkan apa orang lain beranggapan mengenai kita, kita merasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja . Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapt apa yang dianggap persetujuan dari orang lain
 
3) KITA RASAKAN IANYA SUKAR UNTUK MEMAHAMI KEWANGAN
alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi seperti "aku x pandai angka" "sukarnya memahami pelaburan" alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu berbelanja & membazir dan lupa untuk menyimpan & melabur
 
4) KITA SUKA PADA KEPUASAN SEBENTAR
apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita ingin membeli sesuatu tidak kira samaada perlu atau tidak barang tersebut. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapat sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat adakalanya kemudian menyesal pula setelah memilikinya
 
5) KITA TIDAK MENGAKU ( ATAU / TIDAK TAHU) BETAPA SEBENARNYA PERBELANJAAN KITA
Pernahkah kita mengira berapa sebenarnya perbelanjaan bulanan kita dengan tepat. Selalunya kita hanya mengira bayaran wajib setiap bulan contoh sewa rumah, ansuran kenderaan, minyak & tol, makan & minum tetapi kita selalu terlupa untuk mengasingkan wang kita untuk perbelanjaan yang datangnya sekali sekala dan ada yang diduga & ada yang tidak diduga contohnya insuran & cukai jalan kenderaan, perbelanjaan anak sakit, kereta rosak, gas habis. Adakah perbelanjaan ini dikira dalam bajet bulanan? Ini yang mengakibatkan kita berbelanja lebih sedangkan lebihan ini harus disimpan untuk kegunaan tersebut
 
6) KITA MELENGAH-LENGAHKAN MASA MENGUASAI WANG 
Ramai yang ingin memperbaiki kewangan diri dengan melabur atau memulakan bisness sendiri juga mempelajari skil -skil baru untuk meningkatkan pendapatan. Namun kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai prioriti. Akibatnya kita berbelanja dan membazir sehingga tiba waktu terbaik untuk kita memulakan langkah untuk memperbaiki kewangan.


semoga tip-tips diatas dapat membantu kita menggunakan wang yang ada dengan sebaik mungkin :)

tiba-tiba macam best je layan lagu ni 

Friday, December 6, 2013

Kemaruk Aiskrim Buatan Sendiri (Part 3)

Assalamualaikum semua

Tajuk aiskrim nie memang dapat perhatian sungguh sebab sampai part 3 (memang x pernah dibuat oleh saya sendiri) hehehe

Setelah melihat kejayaan aiskrim pertama, saya berhasrat untuk membuat ujikaji 2, kali ini saya nak buat aiskrim menggunakan bahan lain pulak. Semalam punya aiskrim pun baru suku habis semasa aiskrim kedua ini nak dibuat, maklumlah semalam buat aiskrim, hari ni buat lagi.

Ini resepi asal dari para blogger pembuat aiskrim

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
2 sudu besar ovallate
2 sudu besar milo
1 biji telur
1 sudu esen vanilla

ini pulak resepi yang saya buat ujikaji :)

1 tin susu cair jenama saji
kurang dari 1/4 susu pekat
2 paket milo 3+1
sedikit esen vanilla

** saya rasa loya kalau nak makan aiskrim letak telur sebab benda-benda ni bukannya dimasak. jadi saya x letak, ovallate pun x letak sebab saya ragu dengan halalnya.

maka prosesnya pun bermula. Untuk resepi semalam dan hari ini, kosnya lebih murah yang ini, rasanya bawah RM10 berbanding yang semalam rasanya dalam RM15.

belajar dari pengalaman semalam, kali ini saya blend semua agak lama untuk mendapat texture yang cantik. (mak siap tanya buat aiskrim lagi ke?) hahaha aah mak kalau x jadi memang dah x buat lagilah aiskrim sendiri.

saya buat proses blend selama 2 kali sama juga macam semalam. Mungkin sebab saya guna susu yang bukan tepung maka buihnya lebih banyak. Susu pekat tu ada yang suggest letak separuh tin, tapi saya fikir mesti manis sangat sebab tu saya letak tak sampai suku. Saya dah manis tak payah nak buat aiskrim yang manis-manis sangat.hahaha

nak tengok hasilnya..on ur mark, get set go

I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
V
V


 
 hasilnya jadi juga aiskrim, tapi bahagian atas dia macam berbuih sikit macam kita buat air milo 2 jug untuk orang datang tapi xde orang datang, lepas tu kita masukkan air dalam tempat pembeku.Tapi bahagian bawah dia jadi aiskrim dan ada 2 colour macam cantik jer..

  • bila mintak komen dari mak, mak kata yang nie lagi sedap dari semalam, dia kata yang aiskrim oreo pahit yang nie sedap.
  • bila tanya adik lelaki dia kata, aiskrim oreo lagi sedap macam aiskrim nestle tapi yang ni macam manis sedikit (ini letak susu sikit agaknya kalau letak separuh lagi bertambah-tambah manis agaknya)

 
ok selamat mencuba semua


Kemaruk Aiskrim Buatan Sendiri (Part 2)

Assalamualaikum & jumpa lagi ya

ok berbalik pada entri sebelum nie yang dok sibuk cari resepi aiskrim buatan sendiri. Search punya search jumpalah satu resepi yang tak perlu letak "ovallet" nie, sebab bila baca entry yang sebelum nie susah sebenarnya nak cari ovallet yang halal, jadi lebih baik kita cari yang halal je senang. Ye tak, pahala pun dapat. Dipersembahkan resepi untuk membuat aiskrim oreo, rasanya ramai yang guna resepi nie bila mereka x menggunakan ovallet tu.

1. 1 bungkus coffemate (pek 250gram)
2. 1 kotak susu Dutch lady perisa coklat
3. 1 bungkus biskut oreo (boleh juga digantikan dengan milo/koko/horlicks dan apa jualah ikut suka)

nak dijadikan cerita kita nie bersegeralah kekedai dibelakang office untuk mencari bahan mentah (yelah excited nak mencuba) masuk-masuk kedai dah jumpa dah susu kotak Dutch lady, ok checked, biskut oreo dah jumpa, ok checked, barang terakhir coffemate, dah 3 kali berpusing kawasan rak yang jual milo,teh,kopi,susu tin, dan minuman 3+1 tapi x nampak pulak batang hidung coffeemate, aduh! parah kalau x jumpa coffeemate, tak jadilah eksperimen nak buat aiskrim, jalan lagi tanya adik indon yang jadi pembantu jurujual.

    Dik, coffeemate ada?
    Ada kak, ujong sekali sebelah indocafe ( baca dalam versi bahasa Indonesia ya)
    Bergerak lagi sekali ke rak tadi, baru jumpa tapi bukan yang pek 250gm tapi pek kecik2 macam kat hotel  tu. Peh jenuhlah nak menimbang 250gram. aku mana ada penimbang. Tanya adik Indon tu balik

Dik, pek nie je ke yang ada, kalau yang 1 bungkus terus takde?
Tak ada kak, itu aja yang ada (juga dibaca dalam versi Indon)

tengok balik lebel pada bungkusan, 50 paket x 5gm (otakku pun ligat mengira) Eh nie 250gramlah nie. Dah boleh dah nie, teruslah terkedek-kedek membayar dikaunter.


ok, balik semula pada resepi .

ok macam mana nak sukat bahan-bahannya. Senang je,

saya bukak semua paket sebab nak guna 250gram. Jadi saya tuang dalam cawan. jumlah banyak yang kita dapat itu maka jumlah itulah sukatan bagi susu dutchlady yang kita guna, memang x guna satu kotak sebab x balance nanti dengan coffeemate.

masukkan bahan-bahan tadi blender, kalau ada mixer gunalah mixer, ok pastikan juga kita cium dulu blender kita, bukan apa manalah tau ada bau bawang ke, lada kering ke, cili ke, macam saya, saya potong limau sambal 2-3 biji lepas tu masukkan air lepas tu blender. ini untuk hilangkan bau yang x diingini. limau tu saya belah lepas tu dengan kulit-kulit limau saya letak sekali.

lepas beberapa ketika dan saya pasti blender saya dah xde bau, barulah saya blend coffeemate dgn susu tadi. Kalau ikut aturan kena 5-10 minit, tapi saya suka buat resepi sendiri jadi blend adalah dalam 5 minit, sebab sambil buat sambil basuh baju, jadi ikut suka jelah. Masukkan 2-3 keping biskut kemudian blend lagi.

lepas dah blend masuk dalam bekas bertutup kemudian masukkan dalam freezer. Lepas tu saya sambung menggantung baju. Adalah lebih elok jika aiskrim ini dibuat pada waktu malam kerana anda akan dapat menikmati hasilnya pada keesokkan harinya.

lepas dah siap menggantung baju dan sudah selesai solat Isyak, saya pun menjengok dapur untuk melihat hasilnya. (ini baru sejam dalam peti sejuk) sepatutnya kita check 2 hours before or sebelum dia membeku, tapi saya memilih sebelum dia membeku. keluarkan balik mangkuk tadi dan kemudian blend semula adunan tadi. Dikatakan proses ini dilakukan bagi mencantikkan texture aiskrim nie sebab kita x gunakan ovallate.
Lepas dah blend boleh pecah-pecahkan biskut oreo dan masukkan kedalam acuan. Blend kali ke2 tu kalau lagi lama dia akan menjadi lagi kembang dan bertambah gebu, tapi saya nak jimatkan tenaga elektrik, saya blend sekejap je lepas tu masukkan balik dalam freezer dan lihatlah hasilnya esok pagi ya.

Amacam...tara  memperkenalkan aiskrim oreo buatan sendiri, bekas budget besar sebab ingatkan dapat banyak.hahaha rupanya suku mangkuk je.

inilah rupanya aiskrim yang tinggal separuh setelah dibedal oleh orang rumah. Ermm not bad komen dari para pengkritik dekat rumah :) 

**Panduan kepada yang ingin mencuba aiskrim ini ialah blend lama sikit sehingga betul2 kembang (sampai banyak buihnya)
** lakukan proses keluarkan dari freezer ----> blend ----> keluarkan dari freezer----> blend  untuk menjadikan aiskrim anda menjadi lebih lemak berkrim 

selamat mencuba :)


Thursday, December 5, 2013

Kemaruk Aiskirim Buatan Sendiri (part pra sejarah)

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

Sejak dua menjak ni saya tengok ramailah pulak kengkawan saya yang post gambar dia buat aiskrim sendiri and the most popular aiscream is aiscream oreo. Senang bebenor ke buatnya. Jadi rajinlah jejari runcing (runcing ler sangat) nie menggoggle. Rupanya saya dah ketinggalan zaman orang buat aiskrim sendiri nie dah lama wujud, saya je x sedar, mana nak sedar dah memang kita nie bukan pencinta kek, pastry or adik beradik dengannya jadi jaranglah nak ambil tau. Bila dah google tu jumpalah macam-macam link yang offer resepi, sekali pandang macam kacang goreng je buatnya tapi ada bahan yang pertama kali didengar. Hahaha nampak sangatlah jahil dalam bidang masakan iaitu "OVALLETE" . Kalau dia tulis OVALTINE taulah sebab dia pesaing MILO.

Maka telah digoggle sekali lagi untuk mencari jawapan apa itu "OVALLETE". cuba baca petikan dan bloger yang saya copy dan paste ini :- http://yummy2mama.blogspot.com/2011/07/ovaletteapa-tu.htm

Ovalette ini juga dikenali sebagai 'sponge cake stabilizer' atau Quick 75.
Contoh 'Ovalette Special' dari jenama Bakels yang sering Mama gunakan...
Kalau kita amati resepi2 terutamanya dari orang Malaysia dan yang serumpun dengannya.. seringkali juga kita terjumpa bahan yang dikenali ovalette...terutamanya dalam resepi Kek Sarawak, apam mahupun sponge cake.  Cuba tengok resepi2 sponge cake ...kalau yang Mat Sallehnyer tak da pun bahan ni digunakan... kalau resepi dari Malaysia atau boleh dikatakan dari Asia ni...ada. So, difahamkan memang ovalette ni mudah didapati di asia terutamanya Malaysia ni. Sebenarnya dari amatan Mama bila ovalette ini dimasukkan di sesuatu resepi...hasilnya lebih 'spongy' atau kenyal... Tapi dalam menghasilkan sponge cake...Mama perasan resepi Mat Salleh tak ada pun letak ovalette ni tapi ada gak yang kita tengok hasilnya begitu spongy.... Mmmm teringat Mama,  dalam rancangan Cake Boss kegemaran Mama.. kebanyakan kek yang digunakan untuk big projectnya nampak macam sponge cake...mudah dilentur gitu... Mama masih tertanya2 resepi apakah untuk menghasilkan kek sebegitu... Mama masih 'under study' lagi yer bab itu.. Ok, berbalik kepada cerita ovalette ni...
Semenjak Mama berjinak-jinak dalam bereksperimen dengan resepi dan masakan ni... Mama ada dok mencari2 jawapan mengenai ovalette ni, fungsi dan bahan asalnya.... (bahan-bahan masakan lain pun ada selidik gak...). Kalau tanya orang dari kedai bahan kek...senang je jawapan sesetengah dari mereka... "...ini dari sayur punya...". Hah! Lagi musykil Mama dibuatnya... Selidik punya selidik, kesimpulan Mama ialah ovalette ni kena berhati-hati gak kalau nak membeli. Tu la...Mama tak simpan facts hasil pencarian Mama sebelum ni...jadi bila ada beberapa orang bertanyakan hal ini...terpanggil la Mama untuk dapatkan factsnya. Alhamdulillah...hari ni...bersempena nak menyambut Ramandhan dan dengan niat ikhlas Mama berkongsi maklumat bersama anak2 Mama dan sesiapa yang sudi... Mama terjumpa blog ni.  http://zachoes.blogspot.com/ . Terima kasih kepada empunya blog; 'Zack' yang sudi berkongsi maklumat mengenai ovalette. Mama 'copy n paste' seperti berikut... 
Apa itu Ovalette/Quick 75/Sponge Cake Stabilizer - Dan Adakah ia Halal Atau Haram?
Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier.

Apa itu emulsifier atau pengemulsi/penstabil?

Pengemulsi, dalam bahasa mudah, adalah satu bahan yang membantu proses menyatukan dua bahan lain yang secara biasanya tidak boleh bercampur. Pengemulsi menyatukan lemak (minyak) dan cecair, lesitin soya merupakan pengemulsi yang biasa. Kuning telur yang kaya dengan lesitin fosfolipid (lecithin phospoholipid) merupakan satu pengemulsi/penstabil yang semulajadi.

Ovalette berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek. Ia selalu digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Ovalette juga kadang-kadang digunakan dalam membuat kek lapis sarawak dan apam. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek itu naik (rise) dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat. Ovalette menjadikan kek mudah mengental (stiff), stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek, di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine (pewarna) dan air? Rajin-rajinlah menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati-hati apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label.

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan Islam.

  • Monoglyceride (E471): It is an Emulsifier which can be of vegetable or animal origin. There are two ways of finding out : either the wrapper says "suitable for vegetarians" or you have to ask the manufacturer (this has been done for the manufacturers listed above). If of animal origin it should be suspected till the source is known (whether zabiha animal or not). (Status: depends) ( http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php# )
  • Polysorbate 60/65/80 (E432-436): It is obtained from fat. It is Halal only if it is made from vegetable fat or Halal or Kosher certified. (Status: depends)
  • Sorbitol (E420): Sorbitol is a sugar substitute often used in diet foods (including diet drinks) and sugar-free chewing gum. It also occurs naturally in many stone fruits. Sorbitol is also used in modern cosmetics as a humectant and thickener. (status: halal) (http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php#)
  • Propylene Glycol (E1520): An organic compound, it is a humectant food additive, labeled as E number E1520. It is used as a moisturizer in medicines, cosmetics, food, and tobacco products. Halal if from petroleum or other halal source. (status: halal) (http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php#)
  • Tartrazine (color) (E102): It is a chemical dye which give lemon yellow color. Since it is soluble in water no other solvents are used. A synthetic yellow azo dye found in fruit squash, fruit cordial, coloured fizzy drinks, instant puddings, cake mixes, custard powder, soups, sauces, ice cream, sweets, chewing gum, marzipan, jam, jelly, mustard, yoghurt and many convenience foods together with glycerine, lemon and honey products. It can also be found in the shells of medicinal capsules. It appears to cause the most allergic and/or intolerance reactions of all the azo dyes, particularly amongst those with an aspirin intolerance and asthmatics. Not recommended for consumption by children. Its use is banned in Norway and Austria. This is Halal. (status: halal) (http://www.muslimconsumergroup.com/index.php?option=com_content&view=article&id=102&Itemid=118&resetfilters=0&clearordering=0&clearfilters=0)


Dah baca dah apa tu Ovallate nie? ke panjang sangat dan malas nak baca.hahaha sebenarnya x baca pun baca yang atas2 je.


kita sambung untuk bahagian 2 pulak ...




Friday, November 29, 2013

Sikap yang paling saya menyampah dalam hidup

Assalamualaikum & salam Jumaat semua

Hari ini 29hb November, ramai yang sudah beratur didepan ATM untuk mengeluarkan duit gaji masing-masing, kalau orang yang kerja kerajaan lagi dah lama dapat :)

Hari ini juga maybank2u telah menukar wajah websitenya. Lebih besar dan cantik tapi hari ini ramai yang complaint susah nak loading. Alhamdulillah petang tadi sekitar jam 2 saya try login boleh dan dapatlah saya membayar segala keperluan yang memang saya bayar secara online. Tapi lepas tu saya cuba untuk masuk balik dah tak boleh. 

Seperti tajuk yang tertera, hari ini saya nak kongsi sikap yang saya paling menyampah dalam hidup. Kena faham ya, sikap bukan orang. Saya selalu berharap yang saya dijauhkan dari sikap sebegini sebab saya memang menyampahlah.

Sikap orang yang tidak tahu menepati masa - saya punya stail pulak, kalau sekali dua terlewat boleh maaflah, 3-4 kali terlewat pun boleh redha lagilah tapi kalau dah banyak kali saya nak je gegar rumah/pejabat tanya apasal lambat.Bukan apa, kerana dari kecuaian kita sendiri yang lambat, akan mendorong kita menjadi tidak amanah pada tgjwb. Bila dah tidak bertanggungjawab maka kita tidak akan dipercayai dan bila ia berlaku siapa nak kawan dengan kita? mereka dan keluarga merekalah yang nak kawan.

Ingin sekali saya mengaitkan soal menepati masa ini dengan solat 5 waktu. Cuba bayangkan kalau solat sehari semalam 50 waktu, agaknya orang yang  tak suka menepati masa ni dapat buat tak ? Untuk selingan cuba baca Kisah dibawah saya ambil dari blogger muntahpelangi.blogspot.com

Kisah Di Sebalik Asal-Usul Solat 5 Waktu

Sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan penghulu bagi segala anbia yang juga merupakan nabi dan rasul akhir zaman pada hakikatnya mempunyai nilai yang cukup tinggi kerana proses penerimaan perintah sembahyang oleh Rasulullah itu sendiri bukannya satu kerja mudah.

Berbanding dengan nabi-nabi lain yang mula melakukan sembahyang atas beberapa faktor, tetapi ibadat sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW diterima perintah oleh baginda secara terus dari Allah dengan baginda dibawa ke Sidratul Muntaha yang letaknya melepasi lapisan langit ketujuh. Sidratul Muntaha itu sendiri adalah tempat yang tidak boleh didatangi oleh manusia lain, kecuali Nabi Muhammad, malah para malaikat juga tidak boleh ke sana.

Pemergian baginda SAW pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan baginda (yakni dalam tahun 622 Masihi) dinamakan Israk Mikraj yang mana selain daripada menerima perintah kewajipan sembahyang, baginda juga berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul, malah berkesempatan beramah mesra. Rasulullah juga dipertontonkan dengan manusia yang menanggung seksa kerana memusuhi Allah dan Rasul-Nya serta mereka yang menikmati nikmat kerana bertakwa kepada Allah. Pada mulanya sembahyang yang diperintahkan adalah sebanyak 50 waktu.

Macam mana pun atas cadangan dan desakan Nabi Musa a.s. yang menyebabkan Rasulullah SAW berulang alik naik turun Sidratul Muntaha, maka jumlah waktu sembahyang hanya tinggal lima waktu sehari  sahaja. Nabi Musa yang merasakan jumlah sembahyang lima waktu sehari semalam itu akan malas dilakukan oleh umat Nabi Muhammad meminta baginda membuat rayuan pengurangan jumlah waktu sembahyang tetap baginda enggan kerana malu kepada Allah



saya bukanlah manusia yang terbaik dan tidak pernah melakukan kesilapan ini, tapi saya selalu rasa bersalah kalau menyebabkan orang lain menunggu saya lebih-lebih lagi dengan alasan "chokia" (bahasa ini saya guna merujuk kepada barang-barang yang tidak berkualiti)

kebaikan jika kita menepati masa ini memanglah banyak. Antaranya
1. Kita akan dipercayai
2. Urusan orang lain tidak tergendala
3. Pengurusan masa kita lebih terancang
4. Jika Allah jemput kita dalam keadaan kita belum bersolat sedangkan waktu solat telah lama masuk alangkah ruginya kita. 
5. Kita menjadi orang yang amanah dalam tanggungjawab

sebagai kesimpulan hendaklah kita menepati masa untuk kebaikan bersama :)

Thursday, November 14, 2013

Throwback 10 years ago

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

hari ini 9 Muharram dan esok 10 Muharram, ramai antara kita yang berpuasa hari ini dan esok, hari ini dekat surau kg saya pun ada gotong royong untuk buat bubur Asyura, setiap keluarga akan menyumbang dan wang tersebut dikumpulkan untuk membeli bahan-bahan mentah untuk membuat bubur.

dah lari dari tajuk tak :) memang dah lari jauh sangat ibarat larian 100m Sukan Komenwel (tetiba nak masuk acara sukan ek) . Jomlah kita kembali ke pangkal jalan..kih..kih.. 10 years back i was 23 that time. Ya Allah boleh bayangkan umur saya tahun ini? kalau tak dapat kira tak dapatlah nak menolongnya. Waktu itu saya baru habis belajar di UPM, Serdang. Saya pun ingat-ingat lupa umur 23 tu saya dah habis belajar atau tahun akhir ya... (mode : remembering)

STPM : 1999 (19 tahun), dapat result mestilah tahun hadapannya tahun 2000 (20 tahun) masuk U dalam pertengahan tahun maksudnya umur 20 tahunlah kan. tahun 2 masa umur 21 tahun 3 masa umur 22.  saya belajar 3 tahun jadi masa umur 23 tu saya dah convolah. Tapi convo yang tak semegah sebab time tu x ada kerja. 

Dalam tempoh 10 tahun ini (2003-2013) saya dah melalui hanya 2 fasa alam pekerjaan +1 fasa penganggur terhormat. Karier saya selepas tamat belajar dimulakan dengan fasa menganggur dalam tempoh lebih kurang 6 months dan time tulah surat ptptn dah datang berkunjung menuntut hutang yang telah dibuat, ketika itu sadis juga rasa, kerja dahlah belum dah dapat surat dari 'along halal" yang menuntut hak. Sehinggalah disatu hari....

Sahabat sekelas saya semasa subjek Bahasa Arab di UPM menghubungi saya, sahabat saya ni namanya Marzita sekarang dah jadi Cikgu Marzita (lepas menamatkan KPLI beberapa tahun lepas). Dia menghubungi saya dan bertanyakan jika saya berminat untuk menjadi seorang guru di sebuah sekolah agama swasta, maka saya dengan tanpa berfikir panjang terus menyatakan persetujuan dan sedia berkhidmat bila-bila masa. Chewah sampai begitu sekali. Yelah orang baru nak start kerja of cozlah excited.

Dihari pertama saya diinterview oleh Guru besar sekolah merangkap seorang setiausaha syarikat juga accountant juga pemilik syarikat Khairul Norbil & Services, setelah beberapa ketika dan soalan-soalan yang dikemukakan telah dijawab dengan jayanya (perasan sendiri ya) saya telah diterima bekerja dan akan memulakan kerja selepas tamat interview tanpa berlengah-lengah lagi.Maka disinilah ia bermula karier saya sebagai Cikgu Zurin :)

inilah barisan guru-guru ketika ini ditahun 2004, tahun kedua saya menjadi guru. Dari kiri cikgu Aisyah (sekarang dah jadi polis), Ustzh Hasma (housewife), Ust Helmi (Anti dadah) En Khairul (Bos), Pn Norbil (Isteri bos) Cikgu Marzita, saya dan Cikgu Syarifah (x pasti ada dimana)

Semasa ditahun 2003 guru lelaki ada 3 orang, guru perempuan 3 orang. Masa tu ada saya, Marzita dan Ustazah Hazanah (Sekarang dah jadi cikgu sekolah agama Johor), Ada Ustaz Din (saya pun dah tak ingat nama penuhnya apa), Ustaz ??? yang nie pun saya tak ingat, dan Ust Alfian (dia saya ingat sebab ustaz ni sepupu dengan Ustazah Hasma)

nanti saya sambung lagi cerita nie ya.. ada ke orang nak baca? Insyaallah ada kita kenalah berfikiran positif ye x..

Wassalam




Wednesday, November 13, 2013

Semanis Gula Kapas

Assalamualaikum & Selamat Petang..

Sekejap sahaja masa berlalu, sedar tidak sedar kita sudah memasuki bulan November, ini bermakna kita akan bertemu dengan bulan yang baru iaitu 2014. November banyak mencatatkan sejarah  dalam diri saya . Sebenarnya nak bagitahu yang dia tu dilahirkan pada bulan ini atau lebih tepat lagi 25hb.  hehehe.

Saya sebenarnya nak berkongsi pengetahuan dengan buku yang saya baru habis baca tengahari tadi. Buku tulisan penulis kegemaran saya iaitu Pn Norhayati Berahim. Buku setebal 945ms ini sememangnya tidak mengecewakan saya, bahkan buku-buku beliau sebelum ini pun memang tidak pernah mengecewakan saya :)

Novel Semanis Gula Kapas adalah novel yang membawa saya mengenali lebih lanjut apa itu disleksia, erti perjuangan seorang doktor yang berkhidmat untuk masyarakat dan tingginya martabat seorang guru. Sebenarnya banyak sangat ilmu dalam buku ini jika mahu dikongsikan bersama, watak Nurin, Aiman, Syed Khaled, Amat, Mak Mah, Matt, Justin (Rambut jagung) sememangnya sarat dengan pelbagai emosi.

inilah cover novel yang saya cerita tu. saya beli secara online direct dengan penulis dan dapat diskaun rm4 dari harga asal RM33.00 dan penghantaran percuma. best kan! 

novel ini mengisahkan Aiman (anak orang kaya) yang hilang kasih sayang ibu dan  bapanya dan menumpang kasih dengan Nurin dan Mak Mah (pembantu rumah). Suku novel banyak berkisar tentang kehidupan ketika mereka masih kecil. Suatu hari bapa Aiman meninggal dunia, ibunya Pn Sri telah membawa Aiman ke London maka terpisahlah hubungan antara mereka.

Adakah mereka akan berjumpa semula bila dewasa dan apakah kesudahan novel ini, kenalah beli dan baca. Jika anda peminat novel cinta yang jiwang karat, buku ini memang bukan citarasa anda. Tapi ia memang sesuai dengan saya. :) :)

saya sangat suka dengan watak Nurin (kenapa bukan Zurin ya Kak Penulis) hehehe. Seorang guru sekolah swatsa yang mendidik anak-anak disleksia. Lulusan phD yang amat tinggi budi pekertinya dan semestinya saya juga suka watak Dr Syed Khaled.Watak Justin pada saya watak yang harus diambil perhatian kerana ada mesej tersirat pada watak tersebut.

Ending story yang menarik tetapi  ada thrill di penghujung ... 

Selamat membaca.






Tuesday, November 12, 2013

Nur Aziah Zaharah

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya nak paparkan koleksi gambar anugerah Allah yang comel ini. Saya sangat sayangkannya walaupun dia nie pun bukannya anak saudara saya mahupun anak saya, tapi dia adalah anak kecil yang mak saya pelihara sejak umurnya 2 bulan sehinggalah kini umurnya sudah mencecah 4 tahun. 








memang comel je....memang cantik je... :)  :)

Friday, November 8, 2013

Aisyah Ummul Mukminin

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Apa khabar semua? dah makan? patutnya tanya dah solat ke belum ye tak? Dah solat belum? Jam dekat laptop saya saat ini dah 4.02 petang, dah nak masuk Asar.  

Sebenarnya saya sedang membaca buku seperti tajuk diatas, tulisan Sulaiman An-Nadawi, disebabkan buku ini berkisahkan tentang seorang wanita maka kulit buku ini pun berwarna merah jambu terang. Buku ini sebenarnya dah lama ada dipejabat, kenapa buku ada dekat pejabat? siapa punya?  Sabar -sabar...

Syarikat saya kan syarikat training, jadi kalau kami ada program, boss kami akan beri cenderahati kepada trainer (Pengajar) jadi mereka selalu dihadiahkan dengan buku, jadi buku ini adalah salah satu darinya yang ditinggalkan untuk simpanan pejabat.

Saya baru sudah membaca 3/4 dari buku ini, semakin banyak saya baca semakin baca saya menginsafi diri, dan semakin saya terasa diri begitu jahil kerana tidak mengambil peluang untuk mengenalinya menerusi pembacaan. Buku ini mengisahkan sejarah hidup beliau dari kecil hingga disaat akhir hayat hidupnya. 

Buku ini mengandungi 5 bab utama
1. Sejarah Hidup Aisyah
2. Karakter dan Keistimewaan Aisyah
3. Biografi Intelektual Aisyah
4. Aisyah Mendidik, Memberi Fatwa & Membimbing Orang Islam
5. Jasa Aisyah Kepada Kaum Perempuan

Antara petikan saya suka untuk kongsikan  ialah pada muka surat 234 (ini bukan sebab nombornya cantik tapi mungkin sudah tertulis)

Hakim, Tabrani dan Ibnu Abi Syaibah mencatatkan, "Aisyah berkata : Saya mempunyai sembilan keistimewaan berbanding wanita-wanita lain. Saya menyebut perkara ini bukan bagi bermegah-megah.
Keistimewaan ini adalah seperti berikut :

1. Nabi Muhammad pernah didatangi malaikat yang menyerupai diriku
2. Nabi Muhammad berkahwin dengan saya semasa saya berusia 7 tahun
3. Nabi Muhammad mengajak saya tinggal serumah bersamanya semasa saya sembilan tahun
4. Nabu Muhammad berkahwin dengan saya semasa saya masih perawan
5. Wahyu pernah turun semasa Nabi Muhammad sedang bersama saya dalam satu selimut
6. Saya termasuk salah seorang yang paling beliau cintai
7. Ada beberapa ayat dalam Al-Quran diturunkan kerana diri saya
8. Saya pernah melihat Jibrail dengan mata kepala saya sendiri, sesuatu yang tidak pernah dialami oleh isterinya yang lain
9. Nabi Muhammad pernah didatangi malaikat dalam sebuah rumah yang pada masa itu hanya kami berdua ada dirumah

Dalam kisah lain Aisyah dilaporkan berkata "Pesuruh Allah meninggal dunia dipangkuan saya semasa beliau bermalam dirumah saya"

Jika ingin tahu kisah-kisah yang lain mengenai Ummul Mukminin ini kenalah baca, kita bagi sedikit royalti yang telah mengumpulkan bahan-bahan sehingga terlahirnya buku ini.


Buku ini mengandungi 410 muka surat dan harganya bagi Semenanjung Malaysia RM23.90 dan Sabah/Serawak RM26.90. Keluaran PTS

Thursday, October 31, 2013


bagaimana mahu mendapat yang baik
kalau diri belum cukup baik
bagaimana menjadi baik
kalau masih tak baik-baik

asal kita memang baik-baik
moga akhirnya baik-baik aja
lebih baik jadi orang baik
daripada jadi orang yang tidak baik
selalu fikir yang baik-baik


kerana Allah itu Maha Baik
agar kita dapat yang terbaik..insya Allah

Friday, October 4, 2013

Puisi didalam Semanis Kurma siaran bertarikh 03 Oktober 2013


Biarpun jauh jarak
Kasih rindu makin semarak,
Biarpun jarang bertemu
Mengajar kita erti merindu,
Biarpun tak nampak di mata
Mengajar kita erti setia,
Biarpun kita dilanda hujan
Mengajar kita erti berkorban,
Biarpun kita rasa pedih
Mengajar kita erti sedih,
Biar orang memandang sengsara
Mengajar kita erti bahagia,
Biar kita saling percaya
Bahagia dan derita adalah kita,
Biarpun sakit setengah mati
Itu mengajar yakinkan Ilahi,
Percaya pada tuhan
Kita hamba di beri ujian..