Sihat ke? ke ada yang demam/selsema almaklumlah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
bila di"flashback" rupanya dah agak lama juga saya menulis blog walaupun selalu off dari on :) berkongsi kisah suka duka, pengalaman yang sedikit berbanding orang lain, resepi yang x berapa nak menjadi dan apa jualah yang pernah tertulis.
Seingat saya, catatan pertama saya sekitar tahun 2008 pada tarikh 06/06 (Jumaat) ketika itu. Jika dihitung mengikut tahun sudah menjangkau 5 tahun usia blog saya, dah boleh masuk tadika dah :)
Hari ini 18hb tidak sampai 2 minggu lagi akan berakhirnya bulan Disember penghujung tahun 2013, untuk tahun Islam kita sudah memasuki bulan ke 2 1435hijrah. Alhamdulillah masih diberikan keizinan dan kelapangan untuk bernafas dan menikmati keindahannya.
Dikala ini ramai penduduk Malaysia yang mengeluh. Kenapa? apalagi kalau tidak disebabkan oleh kenaikan harga. Mula-mula kenaikan harga minyak ----------------> kemudian harga gula ------------------> tarif elektrik --------------------------> tambang bas sekolah -----------------> tol dan apa-apalagilah yang bakal menyusul , walaupun secara dasarnya ia tidak melibatkan saya pun secara keseluruhan tapi ia melibatkan ramai penduduk Malaysia yang lain.
untuk itu saya ingin berkongsi tips yang saya ambil dari Jutawan Internet (Irfan Khairi) berkenaan PENGURUSAN KEWANGAN. Mungkin ini dapat membantu kita merancang kewangan kita yang dah semakin ciput :)
6 SEBAB KITA MEMBAZIR WANG
1) KITA MEMBERI ALASAN UNTUK BERBELANJA
Kita sering memberi sebab mengapa perlu berbelanja seperti mengatakan "aku dah bekerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Kita juga diyakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu untuk berbelanja sedemikian.
2) KITA TIDAK MAHU DILIHAT KEDEKUT
adakalanya kita fikirkan apa orang lain beranggapan mengenai kita, kita merasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja . Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapt apa yang dianggap persetujuan dari orang lain
3) KITA RASAKAN IANYA SUKAR UNTUK MEMAHAMI KEWANGAN
alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi seperti "aku x pandai angka" "sukarnya memahami pelaburan" alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu berbelanja & membazir dan lupa untuk menyimpan & melabur
4) KITA SUKA PADA KEPUASAN SEBENTAR
apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita ingin membeli sesuatu tidak kira samaada perlu atau tidak barang tersebut. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapat sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat adakalanya kemudian menyesal pula setelah memilikinya
5) KITA TIDAK MENGAKU ( ATAU / TIDAK TAHU) BETAPA SEBENARNYA PERBELANJAAN KITA
Pernahkah kita mengira berapa sebenarnya perbelanjaan bulanan kita dengan tepat. Selalunya kita hanya mengira bayaran wajib setiap bulan contoh sewa rumah, ansuran kenderaan, minyak & tol, makan & minum tetapi kita selalu terlupa untuk mengasingkan wang kita untuk perbelanjaan yang datangnya sekali sekala dan ada yang diduga & ada yang tidak diduga contohnya insuran & cukai jalan kenderaan, perbelanjaan anak sakit, kereta rosak, gas habis. Adakah perbelanjaan ini dikira dalam bajet bulanan? Ini yang mengakibatkan kita berbelanja lebih sedangkan lebihan ini harus disimpan untuk kegunaan tersebut
6) KITA MELENGAH-LENGAHKAN MASA MENGUASAI WANG
Ramai yang ingin memperbaiki kewangan diri dengan melabur atau memulakan bisness sendiri juga mempelajari skil -skil baru untuk meningkatkan pendapatan. Namun kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai prioriti. Akibatnya kita berbelanja dan membazir sehingga tiba waktu terbaik untuk kita memulakan langkah untuk memperbaiki kewangan.
semoga tip-tips diatas dapat membantu kita menggunakan wang yang ada dengan sebaik mungkin :)
tiba-tiba macam best je layan lagu ni
No comments:
Post a Comment