Assalamualaikum & Selamat Petang..
Sekejap sahaja masa berlalu, sedar tidak sedar kita sudah memasuki bulan November, ini bermakna kita akan bertemu dengan bulan yang baru iaitu 2014. November banyak mencatatkan sejarah dalam diri saya . Sebenarnya nak bagitahu yang dia tu dilahirkan pada bulan ini atau lebih tepat lagi 25hb. hehehe.
Saya sebenarnya nak berkongsi pengetahuan dengan buku yang saya baru habis baca tengahari tadi. Buku tulisan penulis kegemaran saya iaitu Pn Norhayati Berahim. Buku setebal 945ms ini sememangnya tidak mengecewakan saya, bahkan buku-buku beliau sebelum ini pun memang tidak pernah mengecewakan saya :)
Novel Semanis Gula Kapas adalah novel yang membawa saya mengenali lebih lanjut apa itu disleksia, erti perjuangan seorang doktor yang berkhidmat untuk masyarakat dan tingginya martabat seorang guru. Sebenarnya banyak sangat ilmu dalam buku ini jika mahu dikongsikan bersama, watak Nurin, Aiman, Syed Khaled, Amat, Mak Mah, Matt, Justin (Rambut jagung) sememangnya sarat dengan pelbagai emosi.
inilah cover novel yang saya cerita tu. saya beli secara online direct dengan penulis dan dapat diskaun rm4 dari harga asal RM33.00 dan penghantaran percuma. best kan!
novel ini mengisahkan Aiman (anak orang kaya) yang hilang kasih sayang ibu dan bapanya dan menumpang kasih dengan Nurin dan Mak Mah (pembantu rumah). Suku novel banyak berkisar tentang kehidupan ketika mereka masih kecil. Suatu hari bapa Aiman meninggal dunia, ibunya Pn Sri telah membawa Aiman ke London maka terpisahlah hubungan antara mereka.
Adakah mereka akan berjumpa semula bila dewasa dan apakah kesudahan novel ini, kenalah beli dan baca. Jika anda peminat novel cinta yang jiwang karat, buku ini memang bukan citarasa anda. Tapi ia memang sesuai dengan saya. :) :)
saya sangat suka dengan watak Nurin (kenapa bukan Zurin ya Kak Penulis) hehehe. Seorang guru sekolah swatsa yang mendidik anak-anak disleksia. Lulusan phD yang amat tinggi budi pekertinya dan semestinya saya juga suka watak Dr Syed Khaled.Watak Justin pada saya watak yang harus diambil perhatian kerana ada mesej tersirat pada watak tersebut.
Ending story yang menarik tetapi ada thrill di penghujung ...
Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment