Friday, November 8, 2013

Aisyah Ummul Mukminin

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Apa khabar semua? dah makan? patutnya tanya dah solat ke belum ye tak? Dah solat belum? Jam dekat laptop saya saat ini dah 4.02 petang, dah nak masuk Asar.  

Sebenarnya saya sedang membaca buku seperti tajuk diatas, tulisan Sulaiman An-Nadawi, disebabkan buku ini berkisahkan tentang seorang wanita maka kulit buku ini pun berwarna merah jambu terang. Buku ini sebenarnya dah lama ada dipejabat, kenapa buku ada dekat pejabat? siapa punya?  Sabar -sabar...

Syarikat saya kan syarikat training, jadi kalau kami ada program, boss kami akan beri cenderahati kepada trainer (Pengajar) jadi mereka selalu dihadiahkan dengan buku, jadi buku ini adalah salah satu darinya yang ditinggalkan untuk simpanan pejabat.

Saya baru sudah membaca 3/4 dari buku ini, semakin banyak saya baca semakin baca saya menginsafi diri, dan semakin saya terasa diri begitu jahil kerana tidak mengambil peluang untuk mengenalinya menerusi pembacaan. Buku ini mengisahkan sejarah hidup beliau dari kecil hingga disaat akhir hayat hidupnya. 

Buku ini mengandungi 5 bab utama
1. Sejarah Hidup Aisyah
2. Karakter dan Keistimewaan Aisyah
3. Biografi Intelektual Aisyah
4. Aisyah Mendidik, Memberi Fatwa & Membimbing Orang Islam
5. Jasa Aisyah Kepada Kaum Perempuan

Antara petikan saya suka untuk kongsikan  ialah pada muka surat 234 (ini bukan sebab nombornya cantik tapi mungkin sudah tertulis)

Hakim, Tabrani dan Ibnu Abi Syaibah mencatatkan, "Aisyah berkata : Saya mempunyai sembilan keistimewaan berbanding wanita-wanita lain. Saya menyebut perkara ini bukan bagi bermegah-megah.
Keistimewaan ini adalah seperti berikut :

1. Nabi Muhammad pernah didatangi malaikat yang menyerupai diriku
2. Nabi Muhammad berkahwin dengan saya semasa saya berusia 7 tahun
3. Nabi Muhammad mengajak saya tinggal serumah bersamanya semasa saya sembilan tahun
4. Nabu Muhammad berkahwin dengan saya semasa saya masih perawan
5. Wahyu pernah turun semasa Nabi Muhammad sedang bersama saya dalam satu selimut
6. Saya termasuk salah seorang yang paling beliau cintai
7. Ada beberapa ayat dalam Al-Quran diturunkan kerana diri saya
8. Saya pernah melihat Jibrail dengan mata kepala saya sendiri, sesuatu yang tidak pernah dialami oleh isterinya yang lain
9. Nabi Muhammad pernah didatangi malaikat dalam sebuah rumah yang pada masa itu hanya kami berdua ada dirumah

Dalam kisah lain Aisyah dilaporkan berkata "Pesuruh Allah meninggal dunia dipangkuan saya semasa beliau bermalam dirumah saya"

Jika ingin tahu kisah-kisah yang lain mengenai Ummul Mukminin ini kenalah baca, kita bagi sedikit royalti yang telah mengumpulkan bahan-bahan sehingga terlahirnya buku ini.


Buku ini mengandungi 410 muka surat dan harganya bagi Semenanjung Malaysia RM23.90 dan Sabah/Serawak RM26.90. Keluaran PTS

No comments: