Friday, November 29, 2013

Sikap yang paling saya menyampah dalam hidup

Assalamualaikum & salam Jumaat semua

Hari ini 29hb November, ramai yang sudah beratur didepan ATM untuk mengeluarkan duit gaji masing-masing, kalau orang yang kerja kerajaan lagi dah lama dapat :)

Hari ini juga maybank2u telah menukar wajah websitenya. Lebih besar dan cantik tapi hari ini ramai yang complaint susah nak loading. Alhamdulillah petang tadi sekitar jam 2 saya try login boleh dan dapatlah saya membayar segala keperluan yang memang saya bayar secara online. Tapi lepas tu saya cuba untuk masuk balik dah tak boleh. 

Seperti tajuk yang tertera, hari ini saya nak kongsi sikap yang saya paling menyampah dalam hidup. Kena faham ya, sikap bukan orang. Saya selalu berharap yang saya dijauhkan dari sikap sebegini sebab saya memang menyampahlah.

Sikap orang yang tidak tahu menepati masa - saya punya stail pulak, kalau sekali dua terlewat boleh maaflah, 3-4 kali terlewat pun boleh redha lagilah tapi kalau dah banyak kali saya nak je gegar rumah/pejabat tanya apasal lambat.Bukan apa, kerana dari kecuaian kita sendiri yang lambat, akan mendorong kita menjadi tidak amanah pada tgjwb. Bila dah tidak bertanggungjawab maka kita tidak akan dipercayai dan bila ia berlaku siapa nak kawan dengan kita? mereka dan keluarga merekalah yang nak kawan.

Ingin sekali saya mengaitkan soal menepati masa ini dengan solat 5 waktu. Cuba bayangkan kalau solat sehari semalam 50 waktu, agaknya orang yang  tak suka menepati masa ni dapat buat tak ? Untuk selingan cuba baca Kisah dibawah saya ambil dari blogger muntahpelangi.blogspot.com

Kisah Di Sebalik Asal-Usul Solat 5 Waktu

Sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan penghulu bagi segala anbia yang juga merupakan nabi dan rasul akhir zaman pada hakikatnya mempunyai nilai yang cukup tinggi kerana proses penerimaan perintah sembahyang oleh Rasulullah itu sendiri bukannya satu kerja mudah.

Berbanding dengan nabi-nabi lain yang mula melakukan sembahyang atas beberapa faktor, tetapi ibadat sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW diterima perintah oleh baginda secara terus dari Allah dengan baginda dibawa ke Sidratul Muntaha yang letaknya melepasi lapisan langit ketujuh. Sidratul Muntaha itu sendiri adalah tempat yang tidak boleh didatangi oleh manusia lain, kecuali Nabi Muhammad, malah para malaikat juga tidak boleh ke sana.

Pemergian baginda SAW pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan baginda (yakni dalam tahun 622 Masihi) dinamakan Israk Mikraj yang mana selain daripada menerima perintah kewajipan sembahyang, baginda juga berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul, malah berkesempatan beramah mesra. Rasulullah juga dipertontonkan dengan manusia yang menanggung seksa kerana memusuhi Allah dan Rasul-Nya serta mereka yang menikmati nikmat kerana bertakwa kepada Allah. Pada mulanya sembahyang yang diperintahkan adalah sebanyak 50 waktu.

Macam mana pun atas cadangan dan desakan Nabi Musa a.s. yang menyebabkan Rasulullah SAW berulang alik naik turun Sidratul Muntaha, maka jumlah waktu sembahyang hanya tinggal lima waktu sehari  sahaja. Nabi Musa yang merasakan jumlah sembahyang lima waktu sehari semalam itu akan malas dilakukan oleh umat Nabi Muhammad meminta baginda membuat rayuan pengurangan jumlah waktu sembahyang tetap baginda enggan kerana malu kepada Allah



saya bukanlah manusia yang terbaik dan tidak pernah melakukan kesilapan ini, tapi saya selalu rasa bersalah kalau menyebabkan orang lain menunggu saya lebih-lebih lagi dengan alasan "chokia" (bahasa ini saya guna merujuk kepada barang-barang yang tidak berkualiti)

kebaikan jika kita menepati masa ini memanglah banyak. Antaranya
1. Kita akan dipercayai
2. Urusan orang lain tidak tergendala
3. Pengurusan masa kita lebih terancang
4. Jika Allah jemput kita dalam keadaan kita belum bersolat sedangkan waktu solat telah lama masuk alangkah ruginya kita. 
5. Kita menjadi orang yang amanah dalam tanggungjawab

sebagai kesimpulan hendaklah kita menepati masa untuk kebaikan bersama :)

No comments: