Wednesday, November 25, 2009

Menjelang Aidil Adha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban bakal disambut umat Islam diseluruh dunia beberapa hari saja lagi..bagaimana persiapannya?Ermm mungkin tiada persiapan langsung jika hendak dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri.

Ramai diantara kita yang masih bekerja begitu juga dengan saya..:) apa pengertian hari raya aidil adha pada anda?

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam

Menghayati Raya Korban/Haji (petikan dibawah saya ambil dari blog tazkirah aidiladha.blogspot)

Aidil Adha disebut juga Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ketika itu, sejak malam 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, ummat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang mulia ini dengan takbir, tauhid dan tahmid.

Bagi mereka yang ada kemampuan disembelih korban dan dengannya di bahagi-bahagikan terutama sekali kepda fakir miskin, sebagai tanda pengabdian yang tulus dan ikhlas dengan niat mencari keredhaan Allah.

Ibadah haji salah satu rukun Islam yang wajib kepada mereka yang mampu sekali seumur hidup. Di dalamnya banyak terkandung pelajaran, pendidikan dan pengalaman yang sangat berguna bagi kita yang mengerjakannya, Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus (kerana jauh perjalanan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh . Supaya mereka menyaksi berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah anugerahkan kepada mereka, berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah makan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
(Surah Al-Hajj:27-28)

Berbagai-bagai manfaat dapat kita perolehi apabila kita menunaikan ibadah haji secara baik menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, antaranya ialah:

Dapat menanamkan rasa ukhuwwah Islamiyah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar dalam menghadapi segala kesukaran didalam mengerjakan sesuatu perkara, dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mempelajari adat istiadat dan keadaan bangsa-bangsa lainnya dari seluruh dunia.

Yang datang menunaikan ibadah haji itu terdiri dari ummat Islam dari berbagai-bagai bangsa dan suku dan dari berbagai-bagai tingkat. Walaupun demikian, dihadapan Allah, mereka sama-sama hamba Allah, sama-sama berpakaian ihram bagi lelaki, iaitu pakaian yang tidak berjahit serba putih yang sehelai disarungkan dan sehelai yang lainnya diselempangkan menutupi sebahagian tubuh.

Padang Arafah merupakan tempat mereka berkumpul, kaya dan miskin,pegawai tinggi ataupun rendah, semuanya bersaudara, merupakan satu ummat yang bersatu padu di bawah kalimah ‘Lailaahaillallah, Muhammadurrasulullah.”

Alangkah gembiranya hati jika memandang betapa banyaknya mereka yang datang ke tanah suci, semuanya memohon kepada Ilahi Rabbi semoga dilimpahi kurnia menurut apa yang mereka hajatkan. Dikala itu, berkumandanglah ucapan zikir, talbiah, tasbih, tahlil, tahmid, doa dan sebagainya.

Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya Aidilaldhamerupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.

Sewaktu Ismail telah dewasa dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,
“Ketika anak itu pandai berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”
(Surah As Sooffat:102-107)

Inilah sebahagian daripada pengorbanan yang telah diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mematuhi perintah Allah atau dengan kata lain pengorbanan seorang ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang sangat dikasihi dan Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia di atas perintah Allah dan dengan tidak ragu-ragu meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah itu dengan segera.

Akan tetapi Allah tidaklah seekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.

Semoga dalam menyambut Aidiladha dapatah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.

Semoga kita semua sedia untuk berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan Islam dan ummatnya.

http://members.tripod.com/~SinarOnline/Edisi6/Menghayati.htm

posted by anwarjauhari @ 7:53 AM

Friday, November 20, 2009

Goreng Ayam Tom Yam


Jom try macam sedap je..

INGREDIENTS:
300 gm isi ayam [potong nipis]
2 s/b pes tomyam [boleh beli atau buat sendiri]
1 batang serai [ketuk]
5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang putik jagung [potong kecil]
2 biji buah tomato [belah 6]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

BAHAN MAYANG / HIRIS:
2 labu bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili api
2 cm halia

METHODS:
1.Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, pes tomyam dan serai ketuk sehingga layu.
2.Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3.Masukkan carrot, tomato buah dan putik jagung. Kacau rata & biarkan sehingga lembut.
4.Tutup api dan masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau rata.
5.Hidangkan dengan nasi atau roti.

Thursday, November 19, 2009

Kata-Kata Hikmah Saidina Umar R.A




Kebajikan yang ringan adalah :-

menunjukkan muka berseri-seri
menunjukkan kata-kata lemah lembut

Barangsiapa menempatkan dirinya ditempatkan yang menimbulkan prasangka, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya..

Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin & tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

Aku tidak pedulikan keatas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara kedua-duanya yang lebih baik dariku.Kalau kita bermewah-mewah didunia akan kurang ganjarannya di akhirat.

Wednesday, November 18, 2009

ISO MANAGEMENT SYSTEM STANDARDS

The Plan-Do-Cheque-Act (PDCA) cycle is the operating principle of ISO's Management System Standards.

What is "PLAN"
*Establish objectives and make plans (analyze your organizations situation
*Establish your overall objectives and set your interim targets and develop plans to achieve them.

What is "DO"
Implement your plans (do what you planned to do)

What is "CHECK"
Measure your results (measure/monitor how far your actual achievements meet your planned objectives

What is "ACT"
Correct and improve your plans and how you put them into practice (correct and learn from your mistakes to improve your plans in order to achieve better result next time)

Tuesday, November 17, 2009

Makanan Para Genius

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.Formula ini terpendam didalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa arab.Tersembunyi dari pengetahuan orang dalam dan umat Islam sendiri.Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1) Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat” dapat menyembuhkan kebanyakan penyakit. MAdu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Minum 2 sudu the pada waktu pagi dan malam TETAPI AWAS jangan makan tembikai semasa menggunakan madu kerana ia mengundang bahaya!

2) Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk,pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.Cara makan :-
• Mengadap kiblat
• Baca “bismillah” dan selawat keatas Nabi (3 kali)
• Makan secara kemam seperti makan gula-gula
• Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari

3) Susu Segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal.Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju,lemak dan air yang mat diperlukan dalam pertumbuhan badan dan otak.Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.Cara minum:-
• Segelas sebelah pagi dan malam
• Baca “bismillah” dan doa

4) Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhanya.Sabda Nabi s.a.w “sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan.Maka Allah swt memerintahkan supaya makan telur”.Telur yang terbaik ialah telur ayam kemapung dan yang masih baru.

5) Halia
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan.Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.Cara makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi

6) Limau Oren
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.

7) Buah Delima
Untuk penerang hati.Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari”

8) Daging Burung Merpati
Ia mengandungi protein,lemak,kalsium, fosforus dan kalori.Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.

9) Otak Ayam
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia.Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar

10) Daging Ayam
Mengandungi kadar zat makanan tertinggi berbanding dengan semua jenis daging.Daging ayam betina dara terutamya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) Daging biri-biri
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) Kekacang
Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi

13) Buah Badam
Meningkatkan kecerdasan mental & fizikal

14) Kemenyam Putih (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus dan dimakan dengan gula.

15) Za’faran : Komkoma (Crocos Sativus)
Sejenis bahan berambu merah.Dimakan sedikit sahaja.Dijual di kedai-kedai runcit India & sesetengah kedai runcit melayu.

16) Bunga Kobis
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental

17) Bunga cengkih
Ditumbuk halus dan dimakan sedikit sahaja

18) Labu
Sabda Nabi s.a.w : “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”.Baginda juga berkata jika kita membuat
sup (atau kuah), digalakkan memasukkan labu kedalamnya kerana ia menambah kemampuan fikiran dan
akal.

Monday, November 16, 2009

Cinta



Rasa cinta adalah kurnian Allah
Ingin cinta dan dicintai
Adalah naluri manusia
Jiwa manusia memerlukan cinta
Seperti jasad memerlukan makanan
Oleh kerana cinta itu adalah fitrah
Maka tentulah tidak salah
Untuk merasai & menikmatinnya
Jika salah masakan Allah memberikan rasa cinta...

Sesungguhnya lubuk hati kita itu terbahagi rasa cinta..
Apabila hati telah terikat dengan cinta
Nescaya akan mudah untuk meninggalkan perbuatan dosa
Dan membebas hati dari perbuatan maksia..

Dimana ada cinta..disitu ada Iman..

Dipetik dari buku ...x ingat sebenarnya sebab pinjam buku kenalan..maybe Amnani dapat membantu :)

Wednesday, November 11, 2009

Sekilas..Dirimu Sahabat

 Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar….sahabat yang setia bagai pegawai yang memahami…sahabat sejati menjadi pendorong impian…sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah
 Sahabat adalah cerminan diri…sahabat menguji ketulusan hati…sahabat menilai keikhlasan budi..sahabat penyubur kasih yang bersemi..carilah sahabat sejati, terbina ukhwah murni dengan redha Ilahi
 Sahabat…jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Ilahi.Jikaku bersedih tanpa berkata,pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta.Jika ku lemah tidak berdaya, Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.Jika antara kita ada tembok pemisah ajaklah aku meleraikan sengketa.Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doa..Berjanjilah sahabat, ukhwah kita untuk selamanya
 Jika dikata embun pagi itu suci.Suci lagi pengorbanan dan keikhlasan.Jika dilihat pulau itu indah, Indah lagi sebuah pertemuan.Jika dirasa mutiara itu bernilai, bernilai lagi sebuah persahabatan.
 Sahabat yang sejati bukan yang selalu dekat dimata, dekat bicaranya, tapi dia yang setia dihati & diingati dalam setiap bisikan doanya.
 Sahabatku…Jadilah seperti Rabiatul Adawiyah yang imannya tidak mudah goyah walau dengan sejuta permata, tabahkanlah hatimu setabah Mashitah yang redha dengan ketentuan Ilahi
 Bina persahabatan bukan untuk kepentingan tapi bina persahabatan berlandaskan kejujuran.Sahabat yang baik tidak menikam dari belakang tapi sanggup berkongsi suka dan duka bersama..kerana dari persahabatan yang ikhlas itu akan lahir kemanisan untuk dikenang.
 Aku mengenalimu dengan 1 nama, aku mengingatimu melalui 1 kenangan,aku memahamimu melalui 1 renungan,aku menyayangimu melalui 1 perkataan SAHABAT
 Persahabatan adalah anugerah..membuat kita tertawa…menangis..memberi..menerima..yang paling penting ia membuat kita rasa dihargai.
 Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran..bertunjangkan kasih sayang, lalu membuahkan kemanisan ikatan..jika terpesong maka patahlah ranting,rosaklah akar, lalu rosaklah buah..
 Sahabat..tidak semestinya bersama hari-hari..tidak juga mesti berbual hari-hari..selagi ianya terpahat dihati…persahabatan akan kekal abadi
 Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu
 Secebis kasih membuatkan kita sayang.Seucap janji membuatkan kita percaya.Sekecil luka membuatkan kita kecewa, tetapi sebuah persahabatan selamanya bermakna..

Diambil dari koleksi sms yang diterima…terima kasih sahabat..

Monday, November 9, 2009

Indahnya Berbaik Sangka (Part 4)

Larangan Berburuk Sangka

Berburuk sangka merupakan perbuatan yang hina dan sangat tercela.Perbuatan ini sangat dilarang didalam Islam sebagaimana yang disebutkan didalam surah Al-Hujuraat ayat 12 diatas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apatah lagi dengan sesame muslim dan aktiviti berdakwah.

Apabila timbulnya benih buruk sangka didalam hati kita, maka seharusnya perkara ini segera dicegah dan dijauhi.Perbuatan berburuk sangka adalah perbuatan yang datang dari godaan syaitan yang bermaksud buruk terhadap kita.Namun apa yang lebih penting ialah memkukuhkan jalinan persaudaraan sesame muslim.Apa yang patut dan seharusnya kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukannya buruk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab pernah menyatakan :
“Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seseorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapatkan perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka)

“Ya Allah, bukakanlah dan limpahkanlah keatas kami nikmatMU dan limpahilah keatas kami khazanah rahmatMU, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku”

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika kamu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”

Petikan ini saya ambil dari Diari Islamiah 2006

Indahnya Berbaik Sangka (Part 3)

Ruginya berburuk sangka

Apabila kita melakukan atau memiliki sifat buruk sangka, aka nada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan didunia mahupun di akhirat kelak.

Pertama, mendapat dosa.Berburuk sangka merupakan perbuatan yang amat jelas rendah nilainya.Disamping kita menganggap orang lain tidak baik,tanpa dasar yang jelas, bahkan tidak berusaha untuk menyelidiki perkara tersebut, akibatnya perbuatan ini akan membawa kita untuk melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk terhadap mangsa kita tadi.Pastinya perbuatan ini amat buruk sekali dan menjadi tegahan didalam Islam.Allah berfirman yang ertinya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani”. (Q.S Al-Hujurat : 12)

Kedua, dusta yang besar.Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dosa yang amat besar, perkara ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah:
“Jauhilah prasangka, sebab prasangka itu adalah perbicaraan yang paling dosa”. (HR Muttafaqun Alaihi)

Ketiga, menimbulkan sifat atau tabiat buruk.Berburuk sangka terhadap orang lain tidak hanya membawa akibat kepada penilaian dosa dan dusta yang besar semata-mata. Tetapi ia juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk yang lain, yang sangat merbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungan sesama manusia.Sifat-sifat itu antara lainnya ialah ghibah, kebencian hasad, dengki, menjauhi hubungan dengan orang lain dan sebagainya.Terdapat hadis yang meriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:-

“Hendaklah kamu selalu benar, sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang itu benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat disisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhatilah-hatilah terhadap dusta, sesunguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka.Selama seseorang itu dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”. (HR. Bukhari)

Indahnya Berbaik Sangka (Part 2)

Manfaat berbaik sangka
Ada banyak nilai dan manfaatnya yang diperolehi seseorang itu apabila mengamalkan dan memiliki sifat “husnuzh zhan” ini.
Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik.Berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan dapat menghindarkan terjadinya keretakan didalam sebuah perhubungan.Bahkan keharmonian dalam hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada sebarang halangan psikologis yang akan menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam sesuatu hubungan.Berburuk sangka akan membuatkan seseorang itu cenderung untuk menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar.Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui firman Allah sebagaimana yang disebutkan diatas.

Ketiga,akan turut merasa kebahagiaan walaupun diatas kejayaan atau kemajuan yang dicapai oleh orang lain.Perasaan kebahagiaan ini dikongsi bersama meskipun kita sendiri belum mencapai kemajuan sepertinya.Perkara ini memiliki erti yang sangat penting.Ini kerana dengannya jiwa akan kita akan menjadi tenang dan terhinar dari iri hati, yang boleh menjurus kepada dosa besar. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita kepada kebaikan dan kejujuran akan membawa kita kepada kebaikan yang seterusnya.Manakala dosa atau keburukan yang kita lakukan akan membawa kepada kemusnahan dan dosa yang lebih besar lagi.

Indahnya Berbaik Sangka (Part 1)

Hubungan yang baik antara satu dengan yang lain dan khususnya antara muslim merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya.Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mikmin itu bersaudara.Segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh san memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara,sedangkan segala bentuk sifat dan sifat yang dapat merosak ukhwah harus ditinggalkan.Dengan itu, agar hubungan ukhwah islimiyah tetap terjalin dengan baik.Salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah “husnuzh zhan” (bersangka baik)

Oleh itu apabila kita didatangi oleh sesuatu informasi negative yang berkait rapat tentang hal peribadi seseorang, terutamanya mereka itu adalah saudara seislam, maka kita hendaklah melakukan “tabayyun” (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, jauh sekali member tindakbalas secara spontan, Allah berfirman yang ertinya:

”wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” (Q.S Al-Hujuraat :6)

Thursday, November 5, 2009

Apakah Ciri-Ciri Seorang Sahabat Yang Baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat