Monday, July 20, 2009

Bila Kehidupan Berbicara


Catatan ini diambil dari kiriman seorang kenalan..sama2 kita baca ye :)

Kehidupan ini umpama arus deras yang sentiasa mengalir tanpa henti. Sebagaimana jiwa kita yang kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah begitu jugalah kehidupan kita; kadang-kadang kita cukup kuat untuk menongkah arus kehidupan yang serba ganas atau sekurang-kurangnya mampu bertahan dengan apa yang ada namun kadang-kadang ketika jiwa kita lemah tak bermaya maka kitapun tewas lalu hanyut dibawa arus.


Ketika jiwa kita kuat dan masih mampu berpegang pada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang benar maka akan terserlahlah kewibawaan dan jati diri kita lalu kitapun melangkah gagah menuju kemuliaan atau ketinggian di sisi Allah SWT lalu manusia lainpun akan kagum dan hormat pada kita. Namun disaat-saat jiwa kita lemah, kita akan hanyut bersama arus deras yang menuju kekecewaan dan kehinaan.

Inilah hakikat kehidupan. Jika kita berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu maka kegagalan, kekecewaan, kehampaan dan segala kelemahan akan mewarnai kehidupan kita. Tetapi untuk kita berjaya dan bahagia, mulia dan berwibawa, kita perlukan usaha dan pengorbanan.
Inilah hakikat kehidupan...jika kita tidak exercise, tak jaga makan minum kita maka kita akan sakit tetapi kalau kita nak sihat maka kita perlu senaman secara berterusan disamping menjaga makan dan minum kita mengikut keperluan. Begitu juga dengan hati kita...jika kita tidak jagainya dengan menjauhi dosa, berikan makanan dengan tazkirah dan ibadah maka hati kitapun akan sakit lalu kita akan lebih cenderung pada dosa dan kehinaan.

Inilah realiti kehidupan kita. Segala yang baik, positif, segala ketinggian dan kemuliaan, kejayaan dan kebahagiaan tidak akan datang bergolek tetapi memerlukan usaha yang berterusan yang dibangunkan dengan tekad dan keazaman yang tercetus dari matlamat dan kefahaman yang benar tentang kehidupan serta dibajai dengan doa dan ibadah yang akan menjadikan jiwa kita subur dan lunak yang nantinya akan menjadi tempat tumbuhnya kepasrahan, ketenangan, kesabaran dan ketabahan.

Arus kehidupan inipun tidak pernah membezakan siapa kita, dari mana keturunan kita, muliakah atau hinakah bangsa kita; siapa yang lalai dan leka akan menjadi mangsa namun siapa yang sedar diri serta berusaha menongkah arus deras ini maka kejayaan dan kebahagiaan akan menjadi miliknya.

Bila Kehidupan Mula Berbicara

Disaat kita terasing dalam dunia kita sendiri, disaat tidak ada siapa yang menemani kita melainkan kesunyian, keresahan dan kekecewaan. Disaat kita memandang kedepan segala-galanya kabur dan penuh tanda tanya, disaat kita menoleh kebelakang yang terlihat hanyalah dosa dan ketelanjuran.

Disaat jiwa kita benar-benar lemah dan merasakan kebahagiaan bukan lagi milik kita, bahkan kita merasai kehidupan itu sendiri hampir-hampir tidak ada lagi. Ketika inilah, ketika lilin harapan kita hampir padam dan dunia terasa kelam, kehidupan sebenarnya sedang berbicara kepada kita.

Kehidupan sedang berbicara kepada kita tentang kehambaan; tentang kekerdilan kita dan keMaha Berkuasaan Sang Pencipta agar kita sedar diri dan merasakan perlunya untuk kita tunduk dan patuh kepadaNya. Untuk kita bermunajat dan meletakkan pengharapan padaNya
Kehidupan sedang berbicara tentang keinsanan dan kelalaian; betapa mudah untuk kita terlanjur dengan dosa dan betapa perlu untuk kita insaf dan bertaubat. Betapa seringnya kita lupa untuk bersyukur dan betapa mudah kita lupa diri apabila kesenangan dan kekayaan menyelimuti kehidupan.

Kehidupan sedang berbicara tentang sabar dan pasrah, agar jiwa kita semakin terbina dan semakin kuat hingga kita akan lebih sanggup melaksanakan tanggungjawab yang lebih besar dan banyak.

Kehidupan sedang berbicara kepada kita bahawa gagal dan berjaya, kecewa dan bahagia, jatuh dan bangun itu adalah warna-warna dirinya agar kita sedar dimana kita sedang berdiri dan kemana akan kita aturkan langkah kaki kita.

Hadapilah Harimu Dengan Senyuman

Ketika kegagalan mewarnai kehidupan kita, kitapun menangis dan kecewa namun kejayaan tidak akan sedikitpun tersenyum pada kita. Ketika kita dipandang hina dan dicerca kerana kesalahan kita sendiri, kemuliaanpun hanya memandang kita dengan senyuman sinisnya. Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita.

Jadi kenapa kita perlu menangis? Bukankah tangisan itu akan menjadikan kita semakin resah bahkan tidak akan mengubah apa-apa. Bukankah kesedihan dan rasa kecewa itu akan memadamkan sebahagiaan dari kewarasan kita hingga kita mula hilang arah tuju dan teraba-raba mencari siapa diri kita sebenarnya. Bahkan lebih dari itu, tangisan itu akan mengikis keimanan kita sedikit demi sedikit hingga akhirnya tiada lagi keyakinan kita kepada kesempurnaan dan kebijaksanaan Allah SWT.

Kenapa kita tidak tersenyum? Kerana senyuman itu akan mewarnai kekelaman dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru. Bukankah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang berjaya itu pun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu merekapun ada banyak masa untuk melakar harapan mereka semula. Bukankah sahabat-sahabat yang merasai kenikmatan dan kebahagiaan beriman itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah swt.

Lihatlah kehidupan ini dengan jiwa yang tersenyum. Kalaupun kita hidup merempat, ada pula manusia yang mati hina. kalau kita serba kekurangan ada pula manusia yang langsung tak memiliki apa-apa. Kalau kita miskin harta, ada manusia yang miskin jiwa hingga tidak menikmati keindahan hidup walaupun kaya raya. Kalaupun kita tidak memiliki kenderaan yang baik, ada manusia yang tidak memiliki kaki untuk berjalan.

Memang kita berhak menangis tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu. Bukankah jiwa ini ada Pemiliknya. Jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita satu kekuatan baru kerana kekuatan itu milikNya. Ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita. Cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kitapun kecewa dan hampa.

Saturday, July 11, 2009

Semoga Keceriaan Milik Kita Bersama...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Almost a month tidak menulis kerana sedikit sibuk menguruskan dokumentasi untuk graduan-graduan yang akan mengikuti program Train & Place, kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Academy Of Skill Training & ICT Dev (Diuruskan oleh Global Perfection Sdn Bhd)

Alhamdulillah bermula 01 Julai yang lalu kelas keusahawanan kami selamat bermula...setelah skim ini dihentikan seketika selepas yang terakhir pada penghujung 2006 (jika saya tidak silap)..Disebabkan sudah lama tidak dijalankan maka sedikit kelam kabut dan berserabut kerana perubahan format yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian..walau apapun terima kasih kepada pihak kerajaan yang memandang serius isu pengangguran dikalangan graduan mahupun mereka yang diberhentikan kerja.

Melayan karenah manusia sememangnya sangat meletihkan...Jika sebelum ini saya lebih banyak berkomunikasi dengan golongan usahawan (yang pada saya berfikiran matang) kini saya menambah satu lagi golongan iaitu golongan graduan (yang pada tafsiran saya berfikiran intelek). Situasi yang berbeza untuk ditanganinya... Tapi sekali lagi syukur alhamdulillah kerana pengalaman telah banyak mengajar saya..cuma yang mungkin kurang pada saya ialah saya kena lebih tegas dalam segala tindakan..or saya patut jadi garang? Rasanya itu memang bukan identiti saya walaupun ada kalanya wajar bagi saya untuk berperilaku sedemikian demi membentuk disiplin mereka..

Bersabar...mungkin itu cara terbaik...kerana ia pasti akan berlalu.. (kawan saya yg cakap macam tu)..tapi sampai bila kita harus bersabar? kerana pada saya kesilapan itu harus diperbetulkan barulah timbul perubahan dan kesedaran..

Baru-baru nie..disebalik kesibukan saya mengejar dateline saya sempat menghabiskan 2 buah novel yang saya rasa sangat menyentuh perasaan.. Thanks to June kerana sudi menemankan kak zurin "kesayangan" dia nie membeli buku..hehe (kesayangan tu saya yang tambah sendiri).. ini kali pertama saya membaca buku tulisannya kerana sebelum ini saya adalah peminat setia novelis Norhayati Berahim.. Pernah menonton filem "Ayat-Ayat Cinta" ? saya membaca buku tulisan beliau yang bertajuk "Bila Cinta Bertasbih" . Novel ini ada 2 episod sebab tu saya boleh baca 2 novel dalam bulan yang sama. Sangat menyentuh perasaan dan penuh ilmiah...Kisah pengorbanan seorang abang yang bernama Khairul Azzam yang menyara keluarganya di Indonesia dan dia meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar sambil berniaga bakso & tempe..kalau nak tau bagaimana ceritanya bolehlah dapatkan novel ini dikedai buku berhampiran anda...(hehehe-serius takkan rugi)

Novel ini sebenarnya banyak mengajar saya tentang erti kehidupan,cinta dan paling utama tentang Islam itu sendiri..agama yang saya cintai sekarang..

End for now..saya tangguhkan penulisan saya dengan tasbih kifarah & surah al-asr

wassalam..

Monday, June 8, 2009

macam-macam zurin


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Ini adalah catatan pertama dibulan Jun 2009. Selamat cuti sekolah kepada semua pelajar2 dan mereka yang bergelar guru..(mungkin ada guru yang tidak bersetuju kerana mungkin mereka kena datang ke sekolah juga di musim cuti sekolah)..I always respect ur commitment teacher..:)
Bila masuknya cuti sekolah maka akan bertalu-talulah kehadiran kad undangan ke majlis perkahwinan. Semalam 07/06/09 saya sempat menghadiri satu majlis perkahwinan yang diadakan disekitar kawasan kediaman saya..selamat pengantin baru buat Zulaikha & Badrul..(pengantin perempuan adalah anak cikgu sekolah agama saya..cikgu Hamidah)..anaknya yang sebaya saya Huzaifah sudah pun mendirikan rumahtangga 4 tahun lalu dan sudah mempunyai 2 cahayamata.(saya bila lagi???..hehehe)
biasanya dkt kg saya, kalau majlis perkahwinan diadakan, tetamu akan diberikan bungkusan makanan nasi minyak & telur yang dimasukkan kedalam kotak telur sebagai bekalan dirumah (ini sebelum glamournya beg2 kertas atau door gift dkt kg) tapi sekarang nie dah susah nak tengok tradisi nie..semuanya sudah digantikan dengan makanan ringan+gula2+sumi+muffin+kerepek(biasalah org johor)..kalau yang extra akan disertakan bersama buah-buahan (biasanya buah limau,epal,lai) + kipas + mug + key chain + mini frame + mini tuala + bunga telur (bergantung kepada budget keluarga pengantin)
agaknya berapa byk diorang budget untk buat benda nie ye?..kalau jemputan 1000 orang x rm3 = rm3000.00 (itu kalau satu beg bungkusannya rm3 dan diberi kpd semua tetamu)..bygkn kalau lebih??? culculate lah sendiri ye..:)

Monday, May 25, 2009

Pembinaan Sekolah Ibn Khaldun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersama-sama kita membangunkan sebuah sekolah agama di Kajang, Selangor yang akan memulakan pembinaannya pada penghujung tahun ini dengan kos bernilai RM6juta..

Depositkan sumbangan anda ke akaun berikut

Pembangunan Sekolah Ibn Khaldun
Bank Islam Malaysia Berhad 12010010029602

semoga kita sama2 menyumbang kepada pembangunan ummah..TQ

Thursday, May 21, 2009

Tidak akan selamanya kita berada diatas...

Assalamualaikum wbt.. dan salam sejahtera,

sudah agak lama saya tidak menulis dari catatan saya sendiri kerana kebelakangan ini saya banyak mengambil cerita,nasihat, tazkirah dari penulisan orang lain....sebabnya?saya memang perlu belajar untuk menulis dengan baik.

nampak klise tajuk yang saya kemukan pada hari ini kerana barangkali orang lain sudah jemu jelak dengan persoalan ini. Tapi sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi ini kita memang akan menemui manusia yang sebegini dan mungkin juga kita pernah mengalaminya sendiri..
manusia ciptaanNya memang tiada yang sempurna kecuali Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW..(boleh jenguk tulisan catatan seorang sahabat yang saya muatkan di tagged)

Kita mungkin boleh menipu,memperdaya,membelot,menghasut dan segala macam etika untuk mencapai apa yang ingin kita impikan..mungkin kita akan katakan, "tak dapat cara baik, kita guna cara kasar" tapi mampukah ia bertahan lama?? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..

kadang2 manusia nie lupa, tidak semestinya Allah akan membalas apa yang kita buat didunia akan dibalas diakhirat kerana mungkin hari nie kita buat, esok Allah sudah membalasnya..tidak kiralah baik atau sebaliknya yang kita lakukan..

ingin saya kongsikan perasaan anda jika mengalami situasi ini..(ini adalah sebahagian dari situasi yang sudah menjadi biasa dimata masyarakat kita)

apa perasaan anda sebagai seorang ibu dan ayah jika anak sendiri sanggup mengatakan yang kita sudah tiada untuk menutup kesalahan diri..

apa perasaan anda apabila suami yang kita cintai itu rupanya mempunyai isteri pertama yang masih sah dan anda hanya mengetahui status isteri kedua di hari pernikahan anda..

apa perasaan anda sebagai seorang majikan, tiba-tiba orang kepercayaan anda menyelewang dan menggunakan wang syarikat dan memburukkan anda dan syarikat anda...

apa perasaan anda bila menerima menantu yang berkerjaya bagus, memakai pakaian berjenama, menggunakan kereta besar, mendiami rumah mewah..tiba2 2 bulan selepas menjadi menantu ada "along" datang mencarinya di rumah ANDA...

apa perasaan anda bila dilabel penipu besar! kita yang berhak tentukan kerana siapa yang memakan cili pasti terasa pedasnya..

apa perasaan anda bila rakan baik sepejabat anda berkahwin dengan rakan sepejabat baik anda juga tapi anda sendiri tak tahu..

apa perasaan anda bila orang lain yang terpaksa menanggung kesalahan anda...

cuba fikirkan untuk kita renungkan bersama...

Friday, May 15, 2009

Pepatah Arab


Bukanlah kecantikan dan keindahan itu pakaian yang menghiasi diri manusia tetapi yang menjadi kecantikan dan keindahan itu ialah ilmu pengetahuan dan budi pekerti..

Saturday, May 2, 2009

Bagaimana Percutian 01 Mei anda??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Semalam satu dunia menyambut Hari Pekerja atau Hari Buruh..Hari yang jatuh pada hari Jumaat sememangnya ditunggu-tunggu oleh mereka yang bekerja sebab boleh meneruskan cuti panjang sehingga hujung minggu.

semalam saya menyambut cuti hari pekerja dengan bekerja dirumah :)
*basuh baju
*menyapu + mengemop
* cuci tandas

itu antaranya yang saya buat untuk sesi pagi sebelum menjelang sesi tengahari saya sempat menjenguk kebun untuk melihat tanaman cili & keladi yang mak tanam..adalah cabut rumput yang tumbuh menghijau dicelah-celah pokok2 cili yang baru tumbuh separas bawah lutut saya.

and then..tengahari ada kenalan yang mengajak untuk berjumpa.. Husna namanya, dok kat Pt. Jawa tapi kerja kat Simpang Renggam. Ingatkan nak ajak kak zurin jumpa kat muar rupanya dia nak ajak gi Simpang Renggam.. Ermm ok gak tu sebab belum pernah sampai sana and nak tengok juga rupa paras sekolah swasta yang dikendalikan oleh bos saya tu..

perjalanan kami agak awal sebab nak balik hari jadi lebih kurang pukul 1.45 husna dah sampai rumah untuk ke Simpang Renggam..Sebenarnya saya dan husna nie bukannya dah lama kenal pun sebab saya terlebih dahulu mengenali abangnya si muaz yang pernah membantu boss untuk kendalikan training dan masa proses perpindahan office sebelum nie..Husna nie saya kenal masa bulan 3 hari tu bila dia ikuti kursus kami di Jb.. muda lagi 22 tahun..hari Rabu nie dia convo..(wah siap bagi info lagi) congrats lah Husna..

kami sampai di Simpang Renggam lebih kurang jam 3.30..kami singgah dahulu ke office husna sebelum tujuan asal kami ke Simpang Renggam untuk mengambil pakaiannya di rumahnya yang tak jauh dari office..Biasalah perjalanan yang agak panjang dan pertemuan dengan rakan yang jarang kita berjumpa banyaklah yang kami bualkan dan memang stail saya nada volume hp saya hanya berada di volume 1 sebab tidak mahu mengganggu orang lain dengan bunyi hp kita yang yang x berapa nak canggih tu. :)

lepas ambil barang2 Husna kami singgah dkt bangunan mara dkt Smpg Renggam utk makan sebelum perjalanan balik.. Husna makan nasi gorang ayam madu dgn air laici manakala sy makan mee szilling (sy pun x ingatlah nama menunya tapi yang makan dkt bekas claypot tu dgn air mix fruit) ermm not bad.. sedap..

dalam perjalanan balik sempat lagi menyinggah..kali nie kami singgah di ayer hitam..apalagi kalau bukan tempat orang mencari pasu..dah lama sebenarnya tak pergi sini..kali terakhir rasanya 3 tahun lepas kot.. dah banyak barang2 jual dekat sini..ada koleksi patung2 aksesori rumah.tikar, kerepek2 tradisional, bunga2 dan pasulah..

alang2 dah singgah sini sempatlah saya menghadiahkan 2 biji bantal 'convo' untuk husna dan kawannya si mai. sebab kedua2nya saya kenal ketika di Jb dan kebetulan kedua-dua mereka akan menerima diploma jadi belikanlah untuk kedua-duanya sebagai tanda kenangan dari kak zurin yang comel ini..hehehe..dan sempat jugalah memborong beberapa bungkus kerepek untuk santapan orang kat rumah..

saya singgah di Masjid Batu Pahat untuk solat maghrib, dan selamat sampai rumah lebih kurang jam 8.30 malam..Sampai je rumah, terus mandi and solat isyak sebab masa solat maghrib tak planning nak buat jammak.. panie(adik saya) sibuk mempromote gelang manik yang kawannya jual..cantik2 juga.. rupanya tinggal saya seorang je yang belum membeli sebab yang lain-lain dah puas membelek dan memilih yang berkenan di hati sejak petang lagi..

akhirnya saya pun beli sepasang yang harganya RM15..yang mahal ada juga tapi saya x berapa berkenan dan takut tak pakai sebab sebelum nie ada beli gelang mutiara RM85 tapi x pakai pun sebab leceh nak kena bukak setiap kali nak solat..

itu jelah aktiviti saya sepanjang 01 mei 2009 ..mlm tu lepak2 kat rumah sambil tgk tv final One in Million (tapi x tumpu perhatian pun) rupanya si Tomok tu menang!

wassalam