Friday, November 29, 2013

Sikap yang paling saya menyampah dalam hidup

Assalamualaikum & salam Jumaat semua

Hari ini 29hb November, ramai yang sudah beratur didepan ATM untuk mengeluarkan duit gaji masing-masing, kalau orang yang kerja kerajaan lagi dah lama dapat :)

Hari ini juga maybank2u telah menukar wajah websitenya. Lebih besar dan cantik tapi hari ini ramai yang complaint susah nak loading. Alhamdulillah petang tadi sekitar jam 2 saya try login boleh dan dapatlah saya membayar segala keperluan yang memang saya bayar secara online. Tapi lepas tu saya cuba untuk masuk balik dah tak boleh. 

Seperti tajuk yang tertera, hari ini saya nak kongsi sikap yang saya paling menyampah dalam hidup. Kena faham ya, sikap bukan orang. Saya selalu berharap yang saya dijauhkan dari sikap sebegini sebab saya memang menyampahlah.

Sikap orang yang tidak tahu menepati masa - saya punya stail pulak, kalau sekali dua terlewat boleh maaflah, 3-4 kali terlewat pun boleh redha lagilah tapi kalau dah banyak kali saya nak je gegar rumah/pejabat tanya apasal lambat.Bukan apa, kerana dari kecuaian kita sendiri yang lambat, akan mendorong kita menjadi tidak amanah pada tgjwb. Bila dah tidak bertanggungjawab maka kita tidak akan dipercayai dan bila ia berlaku siapa nak kawan dengan kita? mereka dan keluarga merekalah yang nak kawan.

Ingin sekali saya mengaitkan soal menepati masa ini dengan solat 5 waktu. Cuba bayangkan kalau solat sehari semalam 50 waktu, agaknya orang yang  tak suka menepati masa ni dapat buat tak ? Untuk selingan cuba baca Kisah dibawah saya ambil dari blogger muntahpelangi.blogspot.com

Kisah Di Sebalik Asal-Usul Solat 5 Waktu

Sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan penghulu bagi segala anbia yang juga merupakan nabi dan rasul akhir zaman pada hakikatnya mempunyai nilai yang cukup tinggi kerana proses penerimaan perintah sembahyang oleh Rasulullah itu sendiri bukannya satu kerja mudah.

Berbanding dengan nabi-nabi lain yang mula melakukan sembahyang atas beberapa faktor, tetapi ibadat sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW diterima perintah oleh baginda secara terus dari Allah dengan baginda dibawa ke Sidratul Muntaha yang letaknya melepasi lapisan langit ketujuh. Sidratul Muntaha itu sendiri adalah tempat yang tidak boleh didatangi oleh manusia lain, kecuali Nabi Muhammad, malah para malaikat juga tidak boleh ke sana.

Pemergian baginda SAW pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan baginda (yakni dalam tahun 622 Masihi) dinamakan Israk Mikraj yang mana selain daripada menerima perintah kewajipan sembahyang, baginda juga berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul, malah berkesempatan beramah mesra. Rasulullah juga dipertontonkan dengan manusia yang menanggung seksa kerana memusuhi Allah dan Rasul-Nya serta mereka yang menikmati nikmat kerana bertakwa kepada Allah. Pada mulanya sembahyang yang diperintahkan adalah sebanyak 50 waktu.

Macam mana pun atas cadangan dan desakan Nabi Musa a.s. yang menyebabkan Rasulullah SAW berulang alik naik turun Sidratul Muntaha, maka jumlah waktu sembahyang hanya tinggal lima waktu sehari  sahaja. Nabi Musa yang merasakan jumlah sembahyang lima waktu sehari semalam itu akan malas dilakukan oleh umat Nabi Muhammad meminta baginda membuat rayuan pengurangan jumlah waktu sembahyang tetap baginda enggan kerana malu kepada Allah



saya bukanlah manusia yang terbaik dan tidak pernah melakukan kesilapan ini, tapi saya selalu rasa bersalah kalau menyebabkan orang lain menunggu saya lebih-lebih lagi dengan alasan "chokia" (bahasa ini saya guna merujuk kepada barang-barang yang tidak berkualiti)

kebaikan jika kita menepati masa ini memanglah banyak. Antaranya
1. Kita akan dipercayai
2. Urusan orang lain tidak tergendala
3. Pengurusan masa kita lebih terancang
4. Jika Allah jemput kita dalam keadaan kita belum bersolat sedangkan waktu solat telah lama masuk alangkah ruginya kita. 
5. Kita menjadi orang yang amanah dalam tanggungjawab

sebagai kesimpulan hendaklah kita menepati masa untuk kebaikan bersama :)

Thursday, November 14, 2013

Throwback 10 years ago

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

hari ini 9 Muharram dan esok 10 Muharram, ramai antara kita yang berpuasa hari ini dan esok, hari ini dekat surau kg saya pun ada gotong royong untuk buat bubur Asyura, setiap keluarga akan menyumbang dan wang tersebut dikumpulkan untuk membeli bahan-bahan mentah untuk membuat bubur.

dah lari dari tajuk tak :) memang dah lari jauh sangat ibarat larian 100m Sukan Komenwel (tetiba nak masuk acara sukan ek) . Jomlah kita kembali ke pangkal jalan..kih..kih.. 10 years back i was 23 that time. Ya Allah boleh bayangkan umur saya tahun ini? kalau tak dapat kira tak dapatlah nak menolongnya. Waktu itu saya baru habis belajar di UPM, Serdang. Saya pun ingat-ingat lupa umur 23 tu saya dah habis belajar atau tahun akhir ya... (mode : remembering)

STPM : 1999 (19 tahun), dapat result mestilah tahun hadapannya tahun 2000 (20 tahun) masuk U dalam pertengahan tahun maksudnya umur 20 tahunlah kan. tahun 2 masa umur 21 tahun 3 masa umur 22.  saya belajar 3 tahun jadi masa umur 23 tu saya dah convolah. Tapi convo yang tak semegah sebab time tu x ada kerja. 

Dalam tempoh 10 tahun ini (2003-2013) saya dah melalui hanya 2 fasa alam pekerjaan +1 fasa penganggur terhormat. Karier saya selepas tamat belajar dimulakan dengan fasa menganggur dalam tempoh lebih kurang 6 months dan time tulah surat ptptn dah datang berkunjung menuntut hutang yang telah dibuat, ketika itu sadis juga rasa, kerja dahlah belum dah dapat surat dari 'along halal" yang menuntut hak. Sehinggalah disatu hari....

Sahabat sekelas saya semasa subjek Bahasa Arab di UPM menghubungi saya, sahabat saya ni namanya Marzita sekarang dah jadi Cikgu Marzita (lepas menamatkan KPLI beberapa tahun lepas). Dia menghubungi saya dan bertanyakan jika saya berminat untuk menjadi seorang guru di sebuah sekolah agama swasta, maka saya dengan tanpa berfikir panjang terus menyatakan persetujuan dan sedia berkhidmat bila-bila masa. Chewah sampai begitu sekali. Yelah orang baru nak start kerja of cozlah excited.

Dihari pertama saya diinterview oleh Guru besar sekolah merangkap seorang setiausaha syarikat juga accountant juga pemilik syarikat Khairul Norbil & Services, setelah beberapa ketika dan soalan-soalan yang dikemukakan telah dijawab dengan jayanya (perasan sendiri ya) saya telah diterima bekerja dan akan memulakan kerja selepas tamat interview tanpa berlengah-lengah lagi.Maka disinilah ia bermula karier saya sebagai Cikgu Zurin :)

inilah barisan guru-guru ketika ini ditahun 2004, tahun kedua saya menjadi guru. Dari kiri cikgu Aisyah (sekarang dah jadi polis), Ustzh Hasma (housewife), Ust Helmi (Anti dadah) En Khairul (Bos), Pn Norbil (Isteri bos) Cikgu Marzita, saya dan Cikgu Syarifah (x pasti ada dimana)

Semasa ditahun 2003 guru lelaki ada 3 orang, guru perempuan 3 orang. Masa tu ada saya, Marzita dan Ustazah Hazanah (Sekarang dah jadi cikgu sekolah agama Johor), Ada Ustaz Din (saya pun dah tak ingat nama penuhnya apa), Ustaz ??? yang nie pun saya tak ingat, dan Ust Alfian (dia saya ingat sebab ustaz ni sepupu dengan Ustazah Hasma)

nanti saya sambung lagi cerita nie ya.. ada ke orang nak baca? Insyaallah ada kita kenalah berfikiran positif ye x..

Wassalam




Wednesday, November 13, 2013

Semanis Gula Kapas

Assalamualaikum & Selamat Petang..

Sekejap sahaja masa berlalu, sedar tidak sedar kita sudah memasuki bulan November, ini bermakna kita akan bertemu dengan bulan yang baru iaitu 2014. November banyak mencatatkan sejarah  dalam diri saya . Sebenarnya nak bagitahu yang dia tu dilahirkan pada bulan ini atau lebih tepat lagi 25hb.  hehehe.

Saya sebenarnya nak berkongsi pengetahuan dengan buku yang saya baru habis baca tengahari tadi. Buku tulisan penulis kegemaran saya iaitu Pn Norhayati Berahim. Buku setebal 945ms ini sememangnya tidak mengecewakan saya, bahkan buku-buku beliau sebelum ini pun memang tidak pernah mengecewakan saya :)

Novel Semanis Gula Kapas adalah novel yang membawa saya mengenali lebih lanjut apa itu disleksia, erti perjuangan seorang doktor yang berkhidmat untuk masyarakat dan tingginya martabat seorang guru. Sebenarnya banyak sangat ilmu dalam buku ini jika mahu dikongsikan bersama, watak Nurin, Aiman, Syed Khaled, Amat, Mak Mah, Matt, Justin (Rambut jagung) sememangnya sarat dengan pelbagai emosi.

inilah cover novel yang saya cerita tu. saya beli secara online direct dengan penulis dan dapat diskaun rm4 dari harga asal RM33.00 dan penghantaran percuma. best kan! 

novel ini mengisahkan Aiman (anak orang kaya) yang hilang kasih sayang ibu dan  bapanya dan menumpang kasih dengan Nurin dan Mak Mah (pembantu rumah). Suku novel banyak berkisar tentang kehidupan ketika mereka masih kecil. Suatu hari bapa Aiman meninggal dunia, ibunya Pn Sri telah membawa Aiman ke London maka terpisahlah hubungan antara mereka.

Adakah mereka akan berjumpa semula bila dewasa dan apakah kesudahan novel ini, kenalah beli dan baca. Jika anda peminat novel cinta yang jiwang karat, buku ini memang bukan citarasa anda. Tapi ia memang sesuai dengan saya. :) :)

saya sangat suka dengan watak Nurin (kenapa bukan Zurin ya Kak Penulis) hehehe. Seorang guru sekolah swatsa yang mendidik anak-anak disleksia. Lulusan phD yang amat tinggi budi pekertinya dan semestinya saya juga suka watak Dr Syed Khaled.Watak Justin pada saya watak yang harus diambil perhatian kerana ada mesej tersirat pada watak tersebut.

Ending story yang menarik tetapi  ada thrill di penghujung ... 

Selamat membaca.






Tuesday, November 12, 2013

Nur Aziah Zaharah

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya nak paparkan koleksi gambar anugerah Allah yang comel ini. Saya sangat sayangkannya walaupun dia nie pun bukannya anak saudara saya mahupun anak saya, tapi dia adalah anak kecil yang mak saya pelihara sejak umurnya 2 bulan sehinggalah kini umurnya sudah mencecah 4 tahun. 








memang comel je....memang cantik je... :)  :)

Friday, November 8, 2013

Aisyah Ummul Mukminin

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Apa khabar semua? dah makan? patutnya tanya dah solat ke belum ye tak? Dah solat belum? Jam dekat laptop saya saat ini dah 4.02 petang, dah nak masuk Asar.  

Sebenarnya saya sedang membaca buku seperti tajuk diatas, tulisan Sulaiman An-Nadawi, disebabkan buku ini berkisahkan tentang seorang wanita maka kulit buku ini pun berwarna merah jambu terang. Buku ini sebenarnya dah lama ada dipejabat, kenapa buku ada dekat pejabat? siapa punya?  Sabar -sabar...

Syarikat saya kan syarikat training, jadi kalau kami ada program, boss kami akan beri cenderahati kepada trainer (Pengajar) jadi mereka selalu dihadiahkan dengan buku, jadi buku ini adalah salah satu darinya yang ditinggalkan untuk simpanan pejabat.

Saya baru sudah membaca 3/4 dari buku ini, semakin banyak saya baca semakin baca saya menginsafi diri, dan semakin saya terasa diri begitu jahil kerana tidak mengambil peluang untuk mengenalinya menerusi pembacaan. Buku ini mengisahkan sejarah hidup beliau dari kecil hingga disaat akhir hayat hidupnya. 

Buku ini mengandungi 5 bab utama
1. Sejarah Hidup Aisyah
2. Karakter dan Keistimewaan Aisyah
3. Biografi Intelektual Aisyah
4. Aisyah Mendidik, Memberi Fatwa & Membimbing Orang Islam
5. Jasa Aisyah Kepada Kaum Perempuan

Antara petikan saya suka untuk kongsikan  ialah pada muka surat 234 (ini bukan sebab nombornya cantik tapi mungkin sudah tertulis)

Hakim, Tabrani dan Ibnu Abi Syaibah mencatatkan, "Aisyah berkata : Saya mempunyai sembilan keistimewaan berbanding wanita-wanita lain. Saya menyebut perkara ini bukan bagi bermegah-megah.
Keistimewaan ini adalah seperti berikut :

1. Nabi Muhammad pernah didatangi malaikat yang menyerupai diriku
2. Nabi Muhammad berkahwin dengan saya semasa saya berusia 7 tahun
3. Nabi Muhammad mengajak saya tinggal serumah bersamanya semasa saya sembilan tahun
4. Nabu Muhammad berkahwin dengan saya semasa saya masih perawan
5. Wahyu pernah turun semasa Nabi Muhammad sedang bersama saya dalam satu selimut
6. Saya termasuk salah seorang yang paling beliau cintai
7. Ada beberapa ayat dalam Al-Quran diturunkan kerana diri saya
8. Saya pernah melihat Jibrail dengan mata kepala saya sendiri, sesuatu yang tidak pernah dialami oleh isterinya yang lain
9. Nabi Muhammad pernah didatangi malaikat dalam sebuah rumah yang pada masa itu hanya kami berdua ada dirumah

Dalam kisah lain Aisyah dilaporkan berkata "Pesuruh Allah meninggal dunia dipangkuan saya semasa beliau bermalam dirumah saya"

Jika ingin tahu kisah-kisah yang lain mengenai Ummul Mukminin ini kenalah baca, kita bagi sedikit royalti yang telah mengumpulkan bahan-bahan sehingga terlahirnya buku ini.


Buku ini mengandungi 410 muka surat dan harganya bagi Semenanjung Malaysia RM23.90 dan Sabah/Serawak RM26.90. Keluaran PTS