Wednesday, February 8, 2012

bila orang datang audit

Assalamualaikum wbt...

berdebar hatiku saat ini setelah hampir 2 jam orang SME CORP datang membuat lawatan audit.. saat entry ini ditulis mereka masih membuat semakan, tekun betul menyemak..kita yang duduk kat luar nie berdebar+takut+ dan segala bagai perasaan macam dah 2 tahun diorang duduk dalam bilik tu..

apa khabar pembaca blog saya? mungkin yang membaca blog saya nie salah seorangnya adalah my future brother in law yang katanya follower saya..dia kata bukan saya kata..

berbalik kepada orang yang datang audit.. ermm ini adalah kehadiran mereka kali ke4 setiap tahun mereka akan datang membuat semakan laporan kursus2 yang telah kami tawarkan sepanjang 2011. This time mereka datang awal bulan 2 biasanya akhir bulan 3 atau 4.. mungkin kali nie Global bernasib baik sebab tu dia datang awal. Aminnn Ya Allah Kau permudahkanlah urusan mereka dan permudahkanlah urusan kami YA ALLAH. My bapa angkat kata selawat banyak2 insyaallah kesilapan2 kecil dapat dimaafkan.

dan setiap kali orang datang audit boss saya takkan datang pejabat.. He always said "saya ada urusan' or "zurin ... awak boleh uruskan, awak dah biasa kan jumpa diorang"
eeeee kadang2 tension juga tapi bos saya macam tau2 je kegusaran saya nanti dia akan sms kat saya "doa banyak2 insyaallah dipermudahkan" and hati saya terus cair..dan saya menjadi sedikit kuat supaya x nampak too nervous dimata asistant saya.sebab sya juga yakin boss saya juga berdoa dari tempatnya.

tapi jika nak dibandingkan dengan semakan audit dari SME Corp saya lebih seram sejuk jika yang datang audit ialah dari LHDN... Mak!! rasa macam nak berhenti kerja je sebab dioarng dtg 3 hari .. pengalaman kali pertama semasa saya sudah bekerja disini sememangnya memberi pengajaran yang amat besar buat saya dan juga Global.Harap2 nama Global x naik untuk diaudit lagi sekali oleh LHDN. rasanya macam separuh jiwaku pergi..wah macam tajuk lagu saper ek..penyanyi Indon rasanya.

saya berhenti dulu sementara menunggu orang sme tu habis audit..nanti kalau diorang dah sudah audit saya update mana2 yang patut ya..

doakan saya dan syarikat yang menjadi tempat saya mencari rezeki ini semoga hasil audit ini memuaskan dan mencapai piawaian yang ditetapkan.Amin Ya Rabb..

Wassalam

2 comments:

kerabujantung said...

jangan risau kat auditors tu, they're merely doing their job..

zurin a.k.a cengkih said...

encik/cik kerabujantung.. thanks for the comment..yup you are true. Alhamdulillah after auditing i felt released and thankful. Auditor comment yang baik2 and kesilapan2 kecil akan saya perbaiki dimasa akan datang.. jika orang x datang audit for sure kita ingat apa yang kita buat semuanya betul.