Thursday, February 16, 2012

Hati saya ketika ini..

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Jiwang x tajuk entry saya kali ini??? hehehe macam orang sedang asyik masyuk dilamun cinta je... tekaan anda salah saya masih mencari cinta diluar sana..hahaha.

tenang betul hati saya bila dengar zikir dan doa selepas solat oleh Hazamin nie..(saya ada masukkan sekali dkt blog nie) saya memang suka dengar x kiralah waktu selepas solat atau x. Lagi satu Law Kaana Bainana.. - kecintaan kita kepada Rasululullah.

semakin usia kita meningkat adakah kita semakin sensitif? Ermm ada org kata ya ada yg mungkin kita semakin usia meningkat kita semakin matang. Mungkin itu lebih sesuai kot. Sejak 6 bulan lepas saya mula ditemani dengan rakan sekerja yang lebih tua dari saya. Boss saya memanglah lebih tua. Sebelum nie ada juga tapi dia tu lebih berpangkat dari saya dan lelaki jadi saya x kisah sangat. Kali nie kakak yang berusia sedikit dari saya. Saya nie kalau kalau dekat office boleh dikatakan agak garang dan suara saya memang sedikit kasar. suara yang kasar ya bukan kata2 saya kasar.Sampai bos saya pun dah faham suara saya...hehehe sebab saya ada teringat kawan boss saya kata ckp dgn orang jgn lembut2 sangat, jangan bahasakan diri dgn nama tapi dgn kata ganti diri saya. takut orang mudah terpikat dengan suara kita. Biar kita cakap dengan jelas dan ringkas.

apa perkaitan dengan hati saya ya? ermm tadi ada berhubung dgn seorang client yang merupakan seorang DR. Perbualannya memang berhemah sehingga saya tak tau nak balas apa yang dikatanya..kata-katanya membuatkan hati saya berfikir dan jadikan panduan dimasa akan datang. TQ Doc. saya pernah terbaca kita boleh mengetahui situasi orang yang menelefon kita dari riak suaranya. jika dia dalam situasi gembira maka pertuturannya kedengaran ceria ditelinga kita dan begitulah sebaliknya. Berhubung dgn ramai orang dengan telefon memang akan menjadikan saya dituntut untuk sentiasa berlapang dada dan sentiasa tersenyum sebab kita tak tau keadaan dan hati orang yang kita telefon tu.Macam tadi ada seorang ustazah call untuk conformkan tarikh training..kedengaran suaranya begitu bersungguh-sungguh dan benar2 berharap kami dapat berikan yang terbaik untuk program yang akan dibuat.Kita yang dengar nie pun sama2 exicited nak berikan yang terbaik.Insyaallah we will try our best.

end for today.. hatiku..hatimu..hatidia yang pasti hati itu hanya milikNYA :):):)

No comments: