Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah.. itulah the best word that I can said after auditing finish semalam. selepas beberapa jam mereka meneliti..menyemak... dan merungkai segala laporan hasilnya syarikat kami berjaya melepasi peratusan audit dengan baik. Alhamdulillah sekali lagi kepadaMu Ya Allah yang telah memudahkan urusan kami.
bila dah achieve highest mark nie ada lagi tanggungjawab yang perlu kami lakukan iaitu mengekalkan dan meningkatkan ke tahap 100% untuk sesi 2012... Insyaallah kami akan cuba kekalkan momentum yang ada dan perbaiki apa yang kurang.
semalam juga usai saja pembentangan laporan audit dibuat saya terus mengajak diorang makan nasi briyani kat tingkat bawah office.. ini x dikira rasuah ya sebab saya dah tau resultnya baru saya nak belanja diorang :) kalau result semalam x berapa ok pun saya belanja juga sebab mereka kan tetamu..mereka harus dilayan dengan baik.
saya makan nasi beriyani ayam diorang memilih ayam dengan kambing. Walaupun restoran briyani nie beberapa langkah je dari office tapi rasanya x sampai 10 kali pun jejakkan kaki kat sana. nak kata x sedap..sedap juga tapi mungkin sebab nasi briyani bukan macam nasi putih boleh pilih lauk macam2. tapi bila ada guess datang office inilah tempat saya akan bawak diorang makan... majority kata nasi dan dagingnya sedap.so jika pembaca blog nie yang teringin nak makan nasi briyani bolehlah datang ke Muara Briyani House dekat pesta, bakri atau satu lagi cawangannya di tanjung agas kat Muar jugak. Ada beberapa pilihan ayam, daging dan kambing.
itu jelah yang saya nak kongsi.. lagi satu cuaca sejak 2-3 hari nie panas kan.. tak taulah kalau kat tempat u all redup dan berangin..saya dah 2-3 hari batuk..
oklah..jumpa lagi di entry akan datang. kalau dah habis baca bolehlah pergi solat jika belum bersolat, kalau bergaduh atau berselisih faham dgn saper2 lepas nie bolehlah bermaaf-maafan. kalau belum senyum lagi hari ni..senyumlah kerana senyum akan meningkatkan lagi kemanisan wajah anda..wassalam
1 comment:
tahniah utk audit :)
ending entry comel sungguh. hehe
Post a Comment