Friday, February 24, 2012

Susah ke nak minta maaf & memaafkan



Assalamualaikum..& Salam Jumaat semua..

sekejap je hari nie dah 24hb Februari, meniti hari menghabiskan februari yang pendek berbanding bulan-bulan yang lain. Pagi tadi saya bersarapan ala barat :) saya goreng french frice cecah sos kimball. Alhamdulillah pagi nie air xde problem..semalam kat umah xde air pukul 7 ptg baru ada..nasib baik sempat solat asar di pejabat. Oh ya tadi cerita pasal french frice lepas tu cerita air pulak ya..hehehe. Sempat bawak sikit ke pejabat untuk orang office makan sama.. x sangka pulak org office ada bawak pizza..wah memang sarapan barat betul nie..hehehe

ok stop tentang makan2 nie. saya nak story situation yang berlaku pagi tadi. Adik saya suruh beli kuih dekat gerai dkt office saya tu. Saya pun belilah..kebetulan ada 2-3 orang pelanggan lain jadi saya pun tunggulah giliran saya. Adalah seorang hamba Allah nie yang datang lebih dahulu dari saya yang membeli nasi lemak. Saya tunggulah abang tu siapkan pesanan yang diminta. hamba Allah nie naik motor dan pesan dari atas motor.Sebaik sahaja pesanan siap dan bayaran dibuat, dia pun undurkanlah motornya untuk meneruskan perjalanannya yg saya tak tahu destinasinya. Hamba Allah nie x perasan ada satu lagi motor betul2 belakang motor dia (kes semua malas nak turun dari motor dan order dari atas motor) x macam saya yang rajin berdiri dan berjalan menuju ke tepi gerai :) so berlanggarlah sesama motor..motor yang belakang tu sama jantina dengan yang depan. kebetulan saya dekat dgn motor yang depan dan belakang saya pun cakaplah dengan hamba Allah yang kat depan tu. xxxxx ada motor kat belakang. hamba Allah tu menoleh dkt hamba Allah yang kat belakang tu dengan wajah masam mencuka..saya pulak yang seram macam saya yang langgar motor dia..

orang yang kat belakang tu pulak boleh selamba mengorder nasi lemak dgn muka masam juga kat gerai tu. pelik saya macam xde apa2 pulak. siapa yang salah ya? saya ke yang salah sebab cakap ada motor kat belakang.. manusia hari ini makin susah untuk mengucapkan maaf. sekurang-kurangnya orang yang depan atau belakang saylah something like "maaf ya" ini dua2 muka macam kedua-duanya betul.Adik saya yang tunggu x jauh dari situ pun nampak situasi tu pun pelik and sempat cakap orang tu x minta maaf ke? saya cakap tak..muka dia masam je..marahlah tu tambah adik saya lagi.

akibat dari situasi tu saya dah tersilap dengar pesanan..hahaha.adik saya suruh beli kuih donut (rm5) dengan pau sambal (rm5) saya bantai beli pau sambal rm5 buat 2 bungkus. adik saya kata xpelah hari nie aku berniaga pau sambal dkt office :)

No comments: