Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
tengahari tadi saya dan rakan sepejabat makan tengahari di kedai makan yang terletak di deretan bangunan pejabat kami..biasanya kalau datang sini kami akan menonton movie sebab kedai nie ada pasang Astro jadi taukey akan bukak siaran movie untuk tetamu2 yang datang..
hari nie dia buka movie juga..tapi disebabkan kami sampai dah jam 1.30 petang jadi x dapat nak tangkap cerita tu mengenai apa...saya pun bangun ke rak yang ada menyediakan majalah2 jika pelanggan2 ingin membaca.
Saya pun ambilklah 2 majalah APO (majalah komik) dah hampir separuh hari di pejabat tgk benda serius, takkan tengahari pun nak cari majalah serius plak kan..:). saya bagi 1 kat rakan sekerja saya, manakala saya ambil yang lagi 1 majalah APO edisi Raya! saya memang suka baca majalah yang edisi raya sebab edisinya biasa tebal compare to yang biasa..
saya baca saya gelak sendiri...memang kelakar..terfikir juga macammana kartunis ini mendapat idea untuk membuat lawak versi tulisan dan gambar.
sedang asyik kitaorang nie membaca rakan saya menunjukkan kepada saya helaian bergambar untuk saya tengok..
Cuba akak tengok..akak nampak gambar apa? kata dia
saya pun membeleklah gambar yang diberi sampai berpinar mata..hehehe.jadi saya pun mengambil keputusan untuk meminjam majalah tersebut untuk saya kongsikan kepada pembaca2 lihat apa yang saya lihat..
No comments:
Post a Comment