Bsyukurlah pd org yg menyakiti hatimu krn dia lah yg menabahkanmu,
Bsyukurlah pd org yg tidak mgendahkanmu krn dia lah yg mbuatmu lebih berdikari,
Bsyukurlah pd org yg mgkhianatimu krn dia lah yg mbuatmu lebih mgenal diri,
Bsyukurlah pd yg mperkecil- kecilkanmu krn dia lah yg mbuatmu mgenal abiliti diri,
Bsyukurlah pd yg mbantu krn dia lah yg mbuatmu tidak terkapai2 sendiri,
Bsyukurlah pd yg menasihati krn dia lah mbuatmu sntiasa berhati2,
Bsyukurlah pd yg sudi myayangi krn dia lah yg mbuatmu rs lebih dhargai,
Bsyukurlah pd yg sentiasa di sisi, krn dia lah yg akan mjadi 'temanmu' hingga akhir nnti ♥
BERSYUKURLAH DGN APA YG ADA
Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wajah rebutan malaikat & syaitan.Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri,bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati,bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..DIDIKLAH HATI MENUJU KEBENARAN DEMI MENCARI REDHA ILAHI...
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 6, 2011
Friday, August 12, 2011
Fasa kedua Ramadhan...
Assalamualaikum & Salam Jumaat,
Hari ini 12 Ogos 2011 bersamaan 12 Ramadhan 1423h..kita sudah pun memasuki 1/3 di bulan ramdhan yang mulia ini.Alhamdulillah masih diberi keizinan olehNya untuk sama2 mengimarahkan bulan yang penuh barakah.
Bila menyebut Ramadhan..banyak perkara yang terbayang, antaranya solat tarawikh, bersahur, bazar ramadhan, mercun, tadarus al-Quran, bersedekah dan buffet ramadhan.Saya tertarik untuk berkongsi dengan apa yang saya baca di Majalah Solusi Isu 34, Tajuknya "Andai ini ramadhan terakhir, layakkah kita berhari raya? Persoalan yang sering kita lupakan. Sangat menarik dan bermanfaat..sejak hampir setengah tahun ini saya telah jatuh cinta dengan majalah SOLUSI..
to be continue

Tuesday, July 26, 2011
Thursday, July 14, 2011
Kenangan lama mengusik jiwa...
As-salam..
tajuk entri terlalu jiwang? :) ia hanya sekadar pembuka bicara bagi penulisan yang telah lama terbengkalai. Entri yang patut disambung pun tak sempat nak sambung dan macam dah basi pulak untuk disambung.Jadi biarlah dimulakan dengan cerita yang baru.Kita sudah pun melepasi separuh masa pertama bagi tahun 2011..banyak yang telah terjadi ada yang diduga dan ada yang datang tidak diduga. Tetapi itulah kehidupan sebagai manusia, kita telah diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ini.Memasuki pertengahan Julai kita akan mula menghitung hari menunggu detik dan saat tibanya Ramadhan al-Mubarak.Terasa begitu pantas masa berlalu..sedangkan masa itu tidak pernah berubah kerana ia tetap berputar atas kehendakNYA..kita saja yang harus menghargai setiap masa yang mendatang.
bercerita tentang kehadiran bulan yang penuh barakah, harap-harap kawan2 sudah menyelesaikan puasa yang tertunggak jika masih berbaki.Selalulah ingat diri kita tanggungjawab kita.Jadi segeralah bertindak.

pagi yang basah..
Friday, June 3, 2011
Mei yang warna warni -episod 3
Assalamualaikum..
seperti yang dijanji-janjikan..akan ku teruskan pelayaran kisahku dibulan Mei.
Kali ini pemergian singkatku ke negeri dibawah bayu Sabah. Juga pertama kali kesana. Bertolak dari KLIA sekitar jam 7 dan selamat sampai di bumi borneo jam 09.45 malam. Kenapa saya disini ya..untuk mewakilkan syarikat untuk menghadiri mesyuarat di Novotel Hotel pada 19 Mei 2011. Sampai sahaja di airport, kami menaiki teksi untuk ke 1Borneo jaraknya dalam setengah jam. Sampai di Hotel sudah masuk jam 11.00 malam. Saya solat dulu sebelum keluar semula untuk mencari makanan.Lapar!
hotel tempat saya menginap berhampiran dengan 3 hotel.semuanya sebelah menyebelah, ada Novotel Hotel, Grand Borneo Hotel, Tune Hotel dan Courtyard Hotel (tempat saya menginap). Sebelah Grand Borneo ada 1borneo Hypermall so memang senanglah pengunjung2 nak membeli belah.Tapi disebabkan kami sampai hotel sudah jam 11 lebih, jadi pusat tu pun dah tutup. 2 kali kami berpusing disekitar hotel untuk mencari kedai makan semuanya jauh last2 kami pergi kedai yang macam 7 Eleven tapi bukan 7 E tapi kedai 24 jam untuk mencari maggie. Bersusun maggie bermacam2 jenis dan perisa..agaknya orang sabah suka makan maggie agaknya. Sementara tengah tunggu nak bayar tanyalah dengan adik cashier tu dekat mana ada kedai makan? dia cakap "ada kak..dekat saja di sebelah Novotel" dengan loghat sabahnya. Saya kata bukak lagi ke sekarang? tangan kanan dah keluar duit nak bayar duit maggie :) bukak kak kedainya 24 jam macam kami.Saya memandang kawan saya sambil menghulur duit maggie. nak pergi x? saya tanya . Dia pun angguk, so kami berpatah semula untuk mencari kedai makan yang dimaksudkan. patutlah x perasan sebab kami kena melalui lorong kecil di sebelah Novotel Hotel. Kami pun naik dan masuk. Memang buka lagi kedainya.
bila kami masuk..first impression not bad restaurantnya..ada citarasa. Memang ada citarasa sebab kami tersalah masuk pintu. Inilah akibatnya bila masing2 dah lapar pintu pun boleh tersalah masuk.Ketawalah jika anda sedang membaca entri ini kerana itulah hakikatnya.
Nak tau kami masuk restaurant apa? kami masuk restaurant makanan KOREA!!!hahaha.itupun kami sedar selepas melihat menu masakan yang lain macam,hahaha.bila waiter datang saya terus tanya ini restaurant apa? dia cakap ini restaurant masakan korea.saya pun teruslah jawab..eh saya dah salah masuk kedai nie..saya nak makan yang masak mamak.waiters tu pun balas balik. kedai tu dekat sebelah tapi kedai tu tutup hari ni sebab buat kerja2 pembersihan. Allahuakbar...time nielah dia nak buat pembersihan ek..terpaksalah jugak kami meneruskan duduk kami.
datang2 je sudah diberi segelah air masak yang berais..itu jelah yang kami minum sebab makanan yang kami order pun macam dah tak boleh nak masuk tekak.maklumlah tekak orang melayu. Saya pesan nasi goreng ala korean.itu je saya rasa macam boleh masuk tekak. untuk makluman dalam hidangan korea mesti ada kimci (sayuran jeruk) jadi inilah kali pertama saya makan walaupun dah banyak kali tengok org korea makan bila tgk drama series korean.Rasanya amat masam dan pedas. Kemudian ada juga macam telur pindang (yg biasa dapat kat kerjakawin org johor tu) dipotong macam potong bawang. tapi yang tu rasanya sedap.
kesian kawan saya yang tak boleh terima masakan korea...nampaknya ada fungsi juga kami beli maggie cup tadi :)

Mei yang warna warni -episod 2
i'm back!!
berehat sebentar untuk melihat cetusan kemeraku dan mengarang ayat...sebenarnya saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis dan ada juga menulis untuk simpanan sendiri.Bila membaca tulisan penulis favourite saya Norhayati Berahim saya terdorong untuk memulakanya di laman blog..dan inilah hasilnya.
nak sambung mengenai pemergian saya ke Mersing tapi tercorner ke tempat lain pulak ya..xpelah selingan ditengahari Jumaat.Alkisahnya saya sampai di Felda Residence hampir jam 7. Kami lalui banyak ladang kelapa sawit dah nama Felda..dah tentulah banyak ladang kelapa sawit.Tapi beruntung orang2 Felda nie sebab dapat mengerjakan kelapa sawit..anak2 dah merasa nikmat kerja kuat ibubapa mereka.Terima kasih Felda (walaupun I bukan anak Felda).
Walaupun nak sampai ke sini jauh tapi alangkah lega dan nyamannya rasa sebaik sahaja sampai ke sini (Felda Residence).Tempatnya begitu indah sekali. Nak masuk kawasan hotel macam nak masuk kawasan universiti sebab kena lalu pengawal keselamatan.tapi xpelah untuk memastikan keselamatan penghuni hotel, apa salahnya.Kami disambut dengan mesra oleh pelayan hotel walaupun xdelah "welcome drink". lepas check in saya terus mandi sebab saya belum solat zohor dan asar sebab ingatkan sampai sini awal dan buat jamak takhir di Mersing rupanya kami sampai ketika azan Maghrib hampir mengundang.
malam tu dah x keluar bilik dah sebab sebelum sampai kami sempat singgah untuk membungkus makanan.Jangan x percaya dekat Tanjung Leman nie ada KFC..ianya wujud saing dengan kewujudan hotel nie..tapi dah xde nafsu nak pergi KFC walaupun hanya perlu berjalan kaki :)
Esoknya kami breakfast di hotel..nice place and nice food cuma pihak hotel seperti tidak alert dengan penghuni hotel yang ramai..sebab makanan yang dah habis x ditambah dengan cepat and we have to wait for the next round.Next time jangan macam nie lagi ya :)
saya bersarapan dengan penceramah yang akan mengendalikan program pada hari itu iaitu Tn Hj Ibrahim yang datang bersama isteri dan 2 anaknya. Bila dia tanya nak tumpang x saya balik.Saya tanpa berfikir panjang terus bersetuju,hahaha tak sangguplah nak melalui perjalanan yang panjang macam sebelum ini. Tn Hj Ibrahim nie memang saya dah kenal agak lama, selain menjadi trainer (kontrak )syarikat dia juga merupakan besan pada boss saya jadi memang selalulah berjumpa.
kali ini program yang kami adakan melibatkan hampir 50 orang peserta dari Kolej Marsah. Sebuah kolej yang terletak di Johor. mereka mengadakan hari keluarga sekali jadi bertambah meriahlah Felda Residence dengan kehadiran diorang.
Bila sampainya waktu makan tengahari, kejadian yang serupa berlaku macam sarapan pagi.Kali nie lagi haru sebab orang semua dah lapar kot sebab cuaca yang mendamaikan dekat Tanjung Leman nie. Perlu beratur agak panjang untuk menunggu pekerja hotel menambah nasi. Saya bila dah nampak macam tu takdenya nak beratur lebih baik saya ambik buah-buahan atau benda2 yang ringan dulu.bila dah agak lengang barulah saya akan lihat lauk apa yang diorang offer.
Padahnya bila tunggu lengang..lauk pun xde.hahaha inilah nasibku. nasib baik dah kenyang sikit makan buah betik yang belum berapa nak masak. Saya ambil sedikit sayur dan daging. Bila saya tengok daging nie saya rasa macam x nak ambik tapi saya ambik juga sebab dah xde choice.takkan nak makan buah je kot. Saya tanya kawan saya nie daging lembu kan? kawan saya diam je. Yelah kot daging lembu sebab saya x makan daging kambing.
Bila saya makan daging tu saya dah rasa macam dagingnya rasa lain sikit dari yang saya biasa makan. Tapi makan jelah sebab sedap juga dia masak macam masak black paper.Kemudian meja kami dikunjungi peserta kursus yang menghantar sepiring daging yang sama ke meja kami. kawan saya dengan isteri Tn Hj Iberahim je yang makan sebab saya dah makan sup jadi dah kenyang.Sedap daging ni dimasakkan takde bau pun.Bila saya dengar macam tu saya dah rasa lain macam apasal xde bau plak..saya tanya kawan saya, kita makan daging apa? Isteri penceramah pun jawab daging kambinglah.Ya Allah rasa macam nak termuntah kat situ juga.Yang kawan saya dah tersenyum-senyum kambing.
Zurin x makan kambing ke? tanya Isteri Tn Hj. Saya cakap x, saya mesti termuntah balik.
Memang betul dari Mersing nak balik ke Muar 2 kali saya muntah, nasib baik lah naik kereta x naik bas...agaknya dah set dekat kepala otak kalau makan daging kambing akan muntah, agaknya kalau saya tak tau itu kambing mungkin x muntah agaknya.
nanti untuk next episod saya cerita pasal perjalanan singkat saya ke Sabah!
Mei yang warna warni -episod 1
Assalamualaikum dan Salam 1 Rejab..
sekejap je dah masuk pertengahan tahun dan hari ini kita telah memasuki bulan Rejab.Ini bermakna lagi 2 bulan kita akan bertemu dengan Ramadhan Al-Mubharak.Pasti di luar sana ramai yang mengambil kesempatan untuk berpuasa sunat, bahkan ada yang dah bermula dari semalam untuk mendapat lebih keberkatan berpuasa sunat hari Khamis. Tengahari tadi semasa hendak ke pejabat pos untuk menguruskan urusan ke pejabat saya lihat Restoran di tingkat bawah ofis saya tutup dan kedai-kedai makan disekitarnya agak lengang tidak berpengujung..ermm agaknya umat islam kat Muar nie hampir semuanya berpuasa ke? Harap2 angan2 saya benar.hehehe.
Oh ya sebenarnya saya nak tulis mengenai tajuk entri saya tapi disebabkan hari ini kebetulan 1 Rejab jadi saya ingin berkongsi sesuatu mengenainya dahulu.
Tarikh 03 Jun 2011 tapi nak cerita peristiwa dibulan Mei.. akmaklumlah saya bukan rajin sangat menulis di blog walaupun perasaan nak menulis tu sentiasa berkobar-kobar :) Bulan lepas saya banyak melihat karenah orang sebab bulan lepas saya diizinkan olehNya untuk berkunjung ke 2 tempat iaitu di Mersing & Sabah.
We start with Mersing sebab saya pergi sana dulu. Perjalanan yang agak jauh dari Muar dan xkan memungkinkan saya untuk membawa kereta.Jadi saya naik bas dan jadi bos..hehehe. Dari Muar saya bertolak jam 1.30 petang, hari tu hari Jumaat sebab saya telibat untuk menguruskan training hari Sabtu.Kalau dah hari Jumaat sepatutnya bus stand tu taklah ramai sangat orang sebab kaum adam sudah bersiap untuk menunaikan solat Jumaat tapi senarionya berbeza..kalau yang dalam musafir memanglah dimaafkan, bagaimana pula yang memang duduk meniaga menjual tiket bas.Ermm faham2 jelah mungkin rezeki bukan datang dari Allah agaknya untuk diorang.
perjalanan dari muar ke mersing memakan masa almost 4 jam sebab bas yang saya naiki akan berhenti di Kluang kemudian barulah meneruskan perjalanan ke Mersing. Daerah yang kali pertama saya sampai dengan menaiki bas. Sebelum nie saya pernah sampai Endau dengan menumpang kereta kawan.Perjalanan agak perlahan kerana keadaan hujan tapi alhamdulillah kami selamat sampai sekitar jam 5 petang.
Sampai je di bas stand Mersing mataku dihidangkan dengan lautan biru yang indah sekali. Macam dekat muar, walaupun bas stand dekat dengan laut Sg Muar tapi kita x berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat.Tapi kalau di Mersing memang boleh nampak didepan mata sebaik sahaja sampai di perhentian bas Mersing.ini belum sampai destinasi yang kami tuju, dari sini aku perlu menaiki teksi untuk sampai ke Felda Residence yang terletak di Tanjung Leman. Nak tau berapa jauh dari dari bas stand tadi? hampir 2 jam...perghh sure letih. dari sini ke tempat penginapan kami kena bayar RM75.00 sebab dah petang kalau x petang dalam RM60.00. Bas ada lalu tapi tak masuk ke kawasan tempat kami nak pergi. Jadi naiklah teksi bersama pakcik yang mula2 senyap lepas tu peramah :). Dia bercerita tentang orang2 kat Mersing dan bagaimana dia boleh duduk dekat Mersing.
to be continued

Thursday, March 17, 2011
Bekalan dunia..
Assalamualaikum wbt
Jika sebelum ini kita dok sebuk menghabiskan duit untuk mengundi calon kegemaran kita dalam program realiti atau apa2 saja yang tidak menguntungkan kita, jomlah kita menderma kepada yang lebih memerlukan.Ada beberapa sekolah agama swasta yang sedang giat melahirkan anak-anak yang diasuh dengan ilmu dunia dan akhirat. Ini antaranya iaitu Sekolah Rendah Agama Ghufran dekat Simpang Renggam, pihak pengurusan mereka sedang mengumpul dana untuk pembinaan sekolah menengah.
Ada perumpamaan mengatakan " Orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji.Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lg Maha Mengetahui"
Jomlah kita lakukan sesuatu untuk bekalan diakhirat :)
Wednesday, March 16, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Friday, February 25, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Wednesday, February 16, 2011
Bercerita Tentang Jodoh
Catatan dari sahabat maya
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook danTwitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”
Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”
Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.
Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
P/S
Nota hati: Pulang dari Kelantan hujung minggu lalu dengan badan yang sarat dengan keletihan. Namun hati dan fikiran sarat dengan iktibar dan pengajaran.
Berlegar di sekitar kuliah Hari Jumaat di bandar KB, mendengar. merasa dan melihat. Yang indah, bukan tanahnya, tetapi manusia yang menegakkan hukum Allah di atasnya.
Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.
Berfikir tentang jodoh anak-anak, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, pesan saya cuma satu… untuk anak sendiri dan anak-anak di luar sana, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.
Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.
Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali

Monday, February 14, 2011
Monday, January 31, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Doaku buatmu sahabat
Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..
Ya Allah...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu..

Subscribe to:
Posts (Atom)