Dipetik dari Doa Zikir Harian ... Tulisan Ust Zahazan Mohamed
Anda sudah memilikinya?? saya sudah..harganya x mahal cuma RM6 je dan senang dibawa kerana bersaiz tapak tangan orang dewasa..:)
1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah
2. Memulakan dengan pujian kepada Allah,diikuti dengan selawat keatas Nabi S.A.W.Sekurang-kurangnya kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah "alhamdulillah" dan "wassalatu wassalam ala Rasulillah"
3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi S.A.W juga.
4. Bersunguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah SWT
5. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri
6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan
7. berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Allah
8. Sentiasa berdoa pada setiap masa ada ketika senang atau susah
9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan,seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.
10. Tidak berdoa pada tempat maksiat
11. merendahkan suara
12. Berdoa dengan mengulangkan "Ya Rabb" sebanyak 3 kali
13. Mengadap ke arah kiblat
14. Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa
15. berdoa dalam keadaan berwudhuk
16. Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat
17. Tidak bersajak dalam berdoa
18. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna (al-jami)
19. Menyeru Allah SWT dengan nama-namaNya yang mulia
20. Makanan & minuman mestilah daripada sumber yang halal
21 Hendaklah melakukan Al-amru bil ma'ruf nahyi anil munkar
22. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain
23. menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari
24. Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa
25. Mengaminkan doa yang dibacakan.
No comments:
Post a Comment