Wednesday, February 17, 2010

facebook...oh facebook

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Sudah hampir sebulan tidak menjengah blogku ini sebab aku sibuk dengan tugasan harian dan ditambah dgn aplikasi baru facebook yang mula menarik aku untuk meneroka kelebihannya berbanding aplikasi lain.

ketika membaca akbar kosmo beberapa hari lalu wartawan mereka memaparkan "kerasukan" masyarakat malaysia dengan aplikasi facebook. boleh ke guna perkataan "kerasukan"? atau kita mungkin boleh guna ketaksuban.

bila anda mula memiliki akaun facebook? saya..baru lagi belum lebih dari 6 bulan kalau tidak silap.itu pun sebab rakan sekerja saya yg memperkenalkannya dan ditambah pula dengan email yang sy terima dari invitation kawan2 yang mengajak untuk menyertai facebook.

apa bagusnya facebook nie? well pada saya facebook nie menghubungkan saya dengan rakan2 lama masa sekolah rendah, menengah, universiti,dan tempat kerja saya sekarang..macam ramai je kawan2 dia ek..boleh ler tahan..tapi betullah apa yang saya baca dkt paper kosmo bila kita melayan facebook ini kita akan mudah terleka dgn tugasan harian kita berbanding aplikasi2 yang lain seperti friendster or tagged dsb.

bila dah terleka..alamatnya tumpuan mesti hilang dan kita terus leka dengan kawan2 kita yang sudah lama tidak berhubungan, dari sudut merapatkan silaturrahim mungkin ini adalah medannya tapi kalau dah meleret2..kita kena kaji balik betul ke facebook ini banyak faedahnya.

so start from today onwards saya mula berikrar pada diri saya hanya membuka facebook pada permulaan hari untuk membaca email2 yang diterima kemudian saya akan logout..nie sy baru nak try..hopefully menjadilah usaha saya untuk mengurangkan diri melayari facebook.

ok..end for now..minggu depan 12 Rabiul Awal..hari ulangtahun kelahiran Nabi Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW..teruskan berselawat keatasnya..

wassalam

No comments: