Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wajah rebutan malaikat & syaitan.Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri,bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati,bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..DIDIKLAH HATI MENUJU KEBENARAN DEMI MENCARI REDHA ILAHI...
Monday, February 22, 2010
coret-coret Asma & Zaid Wedding
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Kelmarin bertarikh 20 Februari 2010, Sekolah Rendah Agama Ghufran, Simpang Renggam telah bertukar wajah…mungkin 2-3 hari sebelum itu pun dah bertukar wajah tapi finale nyer pada hari Sabtu lepas.. :) Hari tersebut merupakan hari bersejarah pada anak boss saya Tn Hj Shamjuddin Romani yang meraikan majlis perkahwinannya yang tidak diadakan dirumah tapi diadakan di sekolah. Saya dan staff Global yang lain telah mendapat undangan dari boss sejak sebulan yang lalu…untuk tidak menghampakan boss kami pun memenuhi undangan tersebut.hehehe..
Rombongan kami bergerak kira-kira jam 10.30 pagi (agak awal sebab dari Muar ke Simpang Renggam hampir 2 jam). Macam ramai je rombongan kami sebenarnya tak ramai mana pun Cuma 4 orang je..itupun yang seorang lagi bukan staff Global tapi pernah belajar di Global iaitu Liza. Walaupun dalam kereta yang dipandu Liza itu hanya 4 orang tapi kami punya riuh boleh tahan..maklumlah seorang je kumbang dalam kereta tu..
Kami sampai di perkarangan sekolah sekitar jam 12.30 selepas 2 kali terbabas…bukan terbabas melangar orang tapi tersalah jalan dan terlepas jalan..tapi Alhamdulillah akhirnya kami sampai dengan selamatnya. Sebelum sampai ke sekolah kami dah nampak papan tanda arah untuk ke rumah pengantin di Bandar Simpang Renggam sempat salah seorang dari kami membuat andaian.”Ini mesti En Din yang suruh Azrol tampal nie” (Azrol nie ex-staff Global yang duduk di Simpang Renggam). Kami hanya tergelak mendengar tekaan sahabat saya itu.
Kawasan padang sekolah sudah hampir dipenuhi dengan deretan kereta-kereta tetamu jemputan yang telah mula hadir mungkin seawal jam 11.00 pagi sebab kalau mengikut kad jemputan jamuan bermula jam 11.00 pagi. Memang ramai betul tetamu yang diundang dan hadir sewaktu kami sampai.. sesi pertama sebaik sahaja sampai apalagi kalau tidak bergambar! Hahaha
Orang pertama yang aku Nampak ialah En Johari (Pensyarah UTM) mungkin dah dapat Dr kot sekarang sebelah sebelum ini jumpa En Johari dia sedang buat PhD. Kami hanya berselisih sahaja sebab En Johari or Dr Johari to be dalam kereta untuk perjalanan balik. Kemudian nampaklah beberapa orang kawan-kawan boss yang aku pun kenal..antaranya En Badruzzaman (Mitsumi), En Issam (IKM), En Zul (Uitm Segamat), Dr Salbiah (UKM), Dr Abdullah Sudin (K.E KTD), En Hasrin (Assa), cikgu2 SRAG yang jadi team rewang dan ramai lagilah…tak cukup entry pulak kalau nak tulis semua.
Apa yang menariknya majlis perkahwinan ini yang ingin dikongsikan ialah kesepakatan dan sifat kerjasama yang penuh dengan konsep Islamik.. Disebabkan boss saya nie ahli persatuan HALUAN (boleh search HALUAN for more info) jadi semua ajk rewangnya adalah anggota HALUAN (ada yang muda dan ada dewasa). Menu yang disediakan macam biasalah nasi minyak, ayam goreng, rending daging, kambing pun ada, dan buah oren sebagai pencuci mulut. Tapi memang sedap ditambah lagi dengan kami yang memang lapar..: ) Air pulak memang class ada 4 jenis air! Hahaha macam ada gerai jual air nasib baik x terkeluar dialog “en nak air nie singgit”.. Kuih-kuih pun ada beserta acar buah yang diletakkan disetiap meja. Kuih pun banyak ada kuih basah dah kering kuih dari pantai timur tapi tak tau apa namanya.. bentuknya bulat berwarna putih macam apam leper lepas tu disira dengan air gula..orang pantai timur tau agaknya namanya..
Habis je makan sibuk cari pengantin untuk sesi bergambar..disebabkan tidak diadakan majlis persandingan jadi pengantin lebih bebas untuk bertemu dengan tetamu yang hadir.Sebenarnya konsep macam ini lebih mesra pengantin sebab tidak perlulah protokal sangat nak kena bertepung tawar..
Lepas sesi bergambar kami pun berangkat pulang sebab Liza kena balik awal so sekitar jam 1.30 petang kami dah mula beredar. Yang kelakarnya masa datang bos saya mungkin x perasan agaknya kewujudan kitaorang yelah time tu memang ramai betul kami pun terus jelah jumpa isterinya Cikgu Supini jadi bila balik baru betul2 dapat berbual. Ayat pertama dia..”awak dah sampai?” padahal kitaorang nak balik dah! Pertanyaan pertama mestilah “ dah makan?” Anyway thanks lah en din diatas undangan begitu juga layanan dari ahli keluarga am, izzat, dan yang lainnya..oh terlupa ibu dan ayah Azrol yang sibuk melayan kami.. rupanya betul en din suruh dia yang pasang papan tanda perkahwinan Asma’.
Biasanya kalau majlis kahwin x sah kalau xde bungkusan utk dibawa pulang..kali ada a little bit different sebab ia berkonsepkan 2 in 1 sebab dalam beg tersebut turut disertakan bersama borang derma untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran. Jadi bersama-samalah kita menderma untuk pembinaan sekolah agama tersebut. For more info boleh layari blog sekolah rendah ghufran.
End for now and for pengantin Asma’ and Zaid selamat melayari alam rumahtangga semoga sentiasa diberkati olehNYA..
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment