Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Perkahwinan suatu permulaan perkongsian untuk mengenal erti kebahagiaan. Ramai orang yang apabila ikat nikah dilafaskan merasakan erti kebahagian didalam kehidupan, namun kebahagian itu semakin kurang dari masa ke masa. Dari hari ke hari perasaan kebahagian semakin kurang kerana merasakan sudah tiada kesepahaman di dalam kehidupan. Bukankah si Dia itu idaman hati, kerinduan yang dahulunya bertahta di hati kian luput dengan masa berlalu, Dia yang selalu di puja dan di ingati didalam pemikiran mula luput sedikit demi sedikit. Mengapa ini perlu berlaku?
Apakah sebenarnya tujuan perkahwinan dilakukan? Adakah hanya untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata? Atau apakah disebalik ikatan tersebut ada sebab yang kukuh yang akan menyebabkan semarak cinta akan tetap utuh walau apa sekali badai yang mengamuk. Bila dikata suami ingin kawin seorang lagi, maka si isteri mula sangsi kerana tidak dapat memastikan dimanakah hati suami selepas ini, adakah aku tetap dihatinya atau segalanya akan pergi seperti angin yang berlalu, tiada kegembiraan dan yang ada hanya kenangan yang mengusik jiwa menjadi lara.
Hari ini sudah tiada contoh keluarga bahagia yang dapat mewarnai kehidupan kekeluargaan, tiada cerita-cerita indah yang boleh di amalkan untuk mencari suatu keredaan Allah swt, ramai isteri-isteri yang bergitu takut kepada suatu ketentuan Allah swt yang membenarkan untuk suami berkahwin lagi. Tetapi adakah kita sedar bahawa semua itu ujian untuk melihat sejauh mana kita percaya Allah swt mampu menguji hambanya mengikut yang dikehendakinya. Kita lebih mudah menyatakan seorang lelaki itu mencari pasal dan berlakulah seperti yang telah berlaku, mengapa kita tidak melihat disebaliknya kerana mungkin ujian itu diberikan kepada seorang isteri yang telah di takdirkan akan bermadu.
Namun hakikatnya apabila berlaku ianya adalah ujian untuk si suami dan juga si isteri untuk melihat sejauh mana kita merasakan Allah swt yang maha adil, bijaksana, sempurna telah menyusun semuanya untuk menguji kita agar dapatkah berhubung dengan Allah swt. Berbahagialah sesiapa yang mampu menghadapi semua ujian di muka bumi sebelum kematian ini dengan kejayaan, yang pasti samada kita bersedia atau tidak, ujian yang datang dari Allah swt untuk kita perlu kita lalui dengan mencari yang terbaik kerana apa yang berlaku adalah khas untuk kita menghadapinya, kita tentu sekali tidak boleh untuk mempersoalkan Allah swt kerana memberikan kita sebarang persoalan kerana apabila kita mendapat ujian tentu sekali kita adalah yang terpilih untuk mendudukinya dan perlu lulus dengan sempurna.
Ujian berlaku setiap saat kehidupan, kita perlu melakukan yang terbaik setiap saat yang tiba, hanya satu saat dan ianya tidak lama. Yang penting setiap saat pasti akan datang dan pergi, pergi tanpa boleh dikejar kembali. Meninggalkan kita dengan suatu sejarah untuk saat tersebut bagi bertemu kembali di akhirat kelak untuk dipertanggungjawabkan atas tindakan dan keputusan yang telah kita lakukan. Ianya hanya satu saat yang membina suatu kehidupan untuk berhadapan dengan Allah swt. Semuga kita melalui saat demi saat dengan penuh kejayaan dan keredaan Allah swt. Amin
catatan dari seorang kenalan..
No comments:
Post a Comment