Catatan dari seorang kenalan...
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kehidupan keluarga saling merlu memerlukan antara satu sama lain, kehilangan seorang sahaja tentu sahaja amat dirasai oleh ahli keluarga, jika seorang dari ahli keluarga di panggil oleh ilahi tentu sahaja pemergian yang tidak akan kembali itu amat-amat dirasai, sekiranya kita tahu bilakah mereka akan pergi tentu sekali kita akan cuba untuk memberikan yang terbaik buat kehidupan yang tinggal untuk kita membuktikan akan erti kasih sayang kita kepada mereka.
Tidakkah kita sedar walau bagaimana kita marah dan tidak sependapat, persaudaraan yang kita bina ini akan memberikan suatu ikatan kemesraan mereka akalah yang sepatutnya kita kasihi dan memberikan perhatian utama untuk kehidupan kita. Adakah kita memberikan masa kita buat mereka ini? Adakah kita menyayangi mereka sehinggakan kita tidak mahu mereka mendapat yang buruk didalam kehidupan mereka. Adakah kita benar-benar berusaha agar mereka akan mendapatkan keselamatan agar tidak terjerumus kedalam API NERAKA. Apakah kita benar-benar berusaha untuk memberikan ilmu pengetahuan agama agar mereka mengenali Allah swt dan mengenali Rasulullah saw. Atau kita lebih takut jika mereka tidak mengenali tokoh-tokoh sain, atau kurang pandai metametik atau tidak berapa baik didalam pelajaran mereka.
Kita perlu jelas apakah yang kita inginkan buat mereka-mereka yang kita kasihi, kita mahu menjadikan diri mereka seperti diri kita atau jika boleh lebih baik dari diri kita didalam memahami hubungan dan perhambaan kepada Allah swt. Adakah ini yang kita fikirkan? Apa yang kita fikirkan akan kita rasa didalam hati kita dan akan dilaksanakan didalam tindakan kita. Apa yang ada didalam hati kita dan apa yang kita lahirkan selalunya tidak dapat kita pisahkan.
Bayangkan sekiranya suatu hari anak kita yang berumur 7 tahun bertanya berapakah gaji kita sejam dan seminggu kemudian anak kita membawa sejumlah wang dari tabungnya untuk diberikan kepada diri kita dengan berkata ” Ayah abang kumpul duit ini untuk ayah, abang rasa abang nak duduk berbual dengan ayah satu jam dan duit ini adalah sama dengan gaji ayah untuk satu jam” Kita terlalu sibuk sehingga kita tiada masa untuk mereka. Sekiranya kita tiada masa untuk mereka yang kita sepatutnya kasihi hari ini, akan tiba suatu masa nanti apabila kita ada banyak masa untuk mereka tetapi mereka pula tiada masa untuk diri kita. Kita perlu berubah dan memulakan kehidupan yang benar-benar mengenali erti FAMILY untuk kehidupan di akhirat kelak. Allah hu alam
No comments:
Post a Comment