Saya bukanlah seorang yang puitis yang mampu bercerita tentang bulan dan bintang dengan penuh kiasan. Saya juga bukan dari latar belakang akademik ilmu sastera yang boleh membuatkan sesiapa juga teruja mendengar cerita saya. Tapi, kisah yang saya ingin kongsikan ini benar-benar menyentuh hati lelaki saya. Saya rasakan semua lelaki patut membacanya. Cerita ini dilontarkan ke dalam kotak emel saya dan saya telah membacanya berkali-kali dengan penuh kekaguman. Begini kisahnya….Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya Tanya dia, “mengandung kot”dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari keadaanya macam tu saja, saya bawa dia jumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, berbaring sahaja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalamam tidak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur sahaja. Selepas solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung saya akan membaca al-Quran di atas katil disisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan.Bukan itu sahaja, saya juga sentasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dulu ialah kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang ALLAH, zat, sifat, asma, afa’, dan cerita itu kembali bercerita kepada saya.Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak, tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami.Bagaimana?1.Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktunya yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah yang paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.4. Angkat ibu jari, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaanya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan waktu solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-ALLAHsaya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man) seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan.” Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesardan dilindungi ALLAH sebagaimana ALLAH memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.
Saya bacakan kisah para Rasul, para Nabi, wali songo,tujuh wali Melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia akan menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu bapa saya. Tapi kini saya akan menjadi ayah.Saya bertekad di dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya.Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya.Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi.Oh!Janganlah tumpah lagi.Pesan guruku air mata lelaki janganlah ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayan perasaan.Segera saya kuncikan pintu dank e kamar tidur.Isteri saya telah pun nyeyak tidur dibuai mimpi.Inilah bintang timur dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insya-Allah tidak lama lagi akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya.Saya membaca cerita ini berkali-kali. Ia benar-benar menyentuh hati saya. Saya seorang lelaki yang beum berkahwin dan bahagia dengan hidup saya sekarang ini. Di kala semakin ramai kawan-kawan saya yang sudah mendapat pasangan hidup, saya masih lagi kuat berlari mengejar cita-cita dalam hidup saya .Tapi setelah membaca cerita ini, saya mula memikirkan alangkah indahnya hidup ini jika saya juga mempunyaibintang timur ini dalam hidup saya.Tentulah saya juga akan dikurniakan dengan bintang timur kecil suatu hari nanti. Tak mengapalah, mungkin itu mainan perasaan saya sahaj. Saya percaya masanya akan sampai juga. Saya akan tetap menunggu. Saya akan mendapat bintang timur saya sediri. Datanglah bintang timur ke dalam hidup saya, saya akan cuba memberikan seperti apa yang diberikan oleh suamu dalam cerita di atas kepada bintang timurnya.
No comments:
Post a Comment