Salam
Tajuk macam tajuk karangan budak UPSR atau mungkin standard darjah 4 agaknya. Hehehe. Sebenarnya saya memang dah lama nak menulis tentang guru saya ni.
Semasa saya ditingkatan 4 iaitu selepas mendapat keputusan peperiksaan PMR (yang dapat 1A je tu) saya melangkah ke tingkatan 4 dengan niat tidak akan memasuki kelas aliran Sains sebab keputusan periksa pun bukannya cun sangat dan memang tak layak pun, jadi saya bercadang nak ambil kelas akaun, tapi dekat sekolah saya ni, kalau nak ambil subjek prinsip akaun kena ambil sekali subjek geografi. Saya pulak memang tak suka betul subjek geografi entah kenapa, sebab tu PMR Allah bagi saya C untuk subjek tu. Padan muka saya. Oleh yang demikian saya pun paksa rela ambil kelas perdagangan dan ekonomi. Untuk makluman itu adalah subjek elektif yang saya ambil selain dari Kesusateraan Melayu dan Pendidikan Seni atau dengan kata mudah saya adalah pelajar aliran sastera.
Saya dimasukkan kekelas 4C, sistem sekolah saya masa tu kalau huruf A adalah kelas tercorot, lagi banyak huruf kita maka kita lagi pandailah maksudnya, tapi kalau saya tak silap sekarang sekolah saya tu dah tukar sistem huruf tu ditukar nama pulak. Ok juga sebab nanti bila orang tanya awak tingkatan 2 apa? nanti bila jawab 2A mesti orang cakap, kelas nie paling corot sekali ni. Ok masa saya ditingkatan 4, huruf ABC adalah aliran sastera, D&G aliran akaun, E&F aliran sains, kenapa tiba-tiba G boleh aliran akaun, ini disebabkan pada mulanya kelas akaun tu ada 1 kelas je, tapi disebabkan permintaan melebihi penawaran maka 1 lagi kelas ditambah sedangkan proses pembelajaran sudah bermula sebab tu diwujudkan 1 lagi kelas iaitu G untuk kelas akaun.
Dari lari tajuk saya nie... mesti dah banyak markah kurang sebab isi dah kurang. :) ok sebenarnya ada kaitan sebabnya dengan izin Allah saya dimasukkan kekelas ini dan dengan izinNYA juga saya bertemu dengan cikgu kesayangan saya nie. Nama beliau ialah Puan Ruzita Anuar, beliau mengajar saya 2 subjek iaitu Perdagangan dan Bahasa Melayu, nampak macam agak kontra kan bidangnya sebab biasanya orang kalau ajar Bahasa Melayu, akan ajar sekali Subjek Sastera atau bidang bahasa yang lain, kalau perdagangan biasanya dengan ekonomi, tapi rupanya masa saya sambung belajar di UPM, dan roomate saya ambil bidang pendidikan dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, dia mengambil minor Kesusteraan Melayu, tapi coursematenya ada yang ambil perdagangan, bila diingat-ingat balik rupanya cikgu saya nie rupanya keluaran UPM.
Cikgu saya ni memang sangat komited, memang seorang guru yang tegas tapi saya memang suka cara dia mengajar mudah nak paham, Mungkin sebab berkat dia mengajar masa saya ambil SPM subjek BM dan Perdagangan keputusannya sama dan alhamdulillah membanggakan saya. Subjek lain pun ok juga :)
gambar ini diambil ketika hari-hari terakhir kami disekolah sebelum menduduki peperiksaan SPM, masa tu ada jamuan akhir tahun. Memang tradisi mungkin, setiap tahun mesti ada jamuan akhir tahun bagi setiap kelas. Saya ingat lagi, ia diadakan dibilik pendidikan seni dan menunya nasi goreng, kalau saya tak silaplah.
Penat pula nak menulis panjang-panjang, tapi apa yang harus anda pembaca blog tahu ialah saya amat mengingati cikgu saya ini dalam setiap doa saya, jasanya mungkin tidak mampu dibalas dan didikannya akan saya kenang hingga hujung nyawa.
No comments:
Post a Comment