Monday, August 13, 2012

keranamu tempeyek :)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

alhamdulillah hari ini 13 Ogos 2012 bersamaan 24 Ramadhan... sedang meniti hari sebelum menjelangnya Syawal. Tahun ini saya rasa lebih kurang sama dengan tahun lepas... kami sekeluarga tidak terlalu sakan untuk menyambut raya kerana lebih mengimarahkan Ramadhan yang mulia.

Cuma apa yang pasti 2 jenis kerepek ini wajib ada setiap kali menjelangnya raya iaitu kerepek pisang dan tempeyek.

Ermm nak story sikit pasal buat tempeyek tahun ini..rasanya ia paling mencabar dan menduga akal & fikiran. Hehehehe. Kami sekeluarga telah mula menyediakan segala bahan2 seawal jam 4.30 pagi lagi..emak parut kelapa, saya panaskan lauk2 utk sahur, akak saya lagi seorang menyediakan peralatan untuk menggoreng. Tidak seperti tahun2 sebelum ini kami akan menggunakan kuali leper yang boleh memuatkan lebih kurang 20 atau lebih setiap kali gorengan, tapi disebabkan kuali tu dah bocor terpaksalah kami menukarnya kepada "frying pan"yang taklah sebesar mana permukaannya.



lepas semua bahan2 dah siap dan saya pun dah siap mencuci pakaian, kerja2 mengoreng pun bermula sekitar jam 7.30 pagi. Mula2 energy oklah sebab baru start..tapi nak menghabiskan 4 kampit tepung memang betul2 menghabiskan energy. Kerja-kerja menggoreng hanya selesai jam 3.30 petang. saya dan kakak akan hanya berhenti untuk mandi dan solat zohor saja... cuaca hari sabtu lepas..memang boleh tahan panasnya. Alhamdulillah goreng guna gas kalau guna kayu..dah pengsan agaknya sebab kepanasan.hehehe

itu belum habis lagi step nak goreng tempeyek..sebab itu baru pusingan pertama, sebab tempeyek kena goreng 2 kali. Petang tu semua dah melepak..memang conform berbuka kena beli memang dah x larat nak masak lagi.. so petang tu we all pergi bazar ramadhan kat Pt Jawa...beli air 4 bungkus + 1 bungkus mak sedara bagi.. jadi 5 bungkus air ada untuk berbuka.

Masukkan je waktu berbuka, benda lain memang dah x nampak selain dari air. Ada air teh bunga (main water), air asam boi dan air tebu. lepas minum 3 gelas air, makan murtabak 1 potong dengan laksa sikit terus ambil air sembahyang utk solat maghrib. Lepas magrib kena continue goreng kali ke-2 tempeyek.


walaupun kali nie goreng time dah x haus..cabaran pulak sebab bila dah goreng kali kedua, kacang tanah dia macam x berapa masak. dia punya "base" dah nak hitam warnanya. Komen dari pengkritik2 tetap kat umah semua bernada negatif.. mak dah x habis2 dengan mencari punca kenapa kacang x masak.. ada 3 dulang tempeyek yang tengah tunggu untuk digoreng semula. Lepas tu kitaorang setting semula, biar api x berapa panas supaya kacang dapat masak dengan sempurna. Selepas beberapa kali percubaan, kami dah dapat tekniknya.. proses menggoreng hanya berakhir sekitar jam 11.15 malam. sambil menggoreng kitaorang bertukar syif makan..time tulah baru nak makan nasi hujan panas (ada orang bagi), laksa, buah2an, buat air kopi (kononnya nak tahan mengantuk) tapi mengantuk juga sebab keletihan siang tadi.

Habis je goreng, kerja2 memasukkan dalam tin dan mengemas pulak..hampir pukul 12 baru clear everything..baru boleh fikir nak mandi & solat isyak. Saya nie bukan manusia yang suka tidur lewat jadi bila nak dekat pukul 12 , dah nampak katil je..tapi alhamdulillah lepas je mandi dan solat isyak, saya rasa masih segar jadi sempatlah buat solat terawikh 8 rakaat dan ditutup dengan witir 3 rakaat sambil meniatkkan jika malam itu malam lailatulqadar. Esoknya dah ada kerja lain pulak iaitu sesi mengemas rumah.

Inilah hasilnya..tara...


1 comment:

Kerabu Jantung said...


masa beli rempeyek yang dah siap berpaket, tak pernah terfikir orang yang mengadap kuali, pegitu panas dan keletihan!