Assalamualaikum wbt
hari raya tinggal beberapa hari lagi saja ... apa perasaan anda? teruja? gembira? biasa2 je or xde mood nak raya? Dekat fb orang dah start wish selamat hari raya.. when the technologies became popular sy rasa semakin tipis nilai sentimental value... jiwang karat pulak puasa2 nie.
dah pasang pelita? kalau tanya saya rasanya dah lama bebenar rumah saya x pasang pelita tu..more than 15 years kot. This upcoming raya saya rasa kalau boleh lambat lagilah datang. (if I can..tapi manalah boleh saya nak melawan KuasaNYA utk buat macam tukan) Ramadhan ini saya rasa masih banyak yang ingin saya lakukan tapi belum sepenuhnya dapat dilakukan. Solat terawih banyak hari juga yang saya "tuang". Mengaji pun x dapat habiskan 30 juzuk (saya planning nak habiskan ramadhan ini jadi mulalah start mengaji sebelum ramadhan bermula lagi tapi x taulah dpt habiskan ke tidak sebelum 1 Syawal)
As usual kuih raya memang tak pernah masuk dalam senarai yang saya wajib buat. Memandangkan kami baru saja "berhabis duit" masa majlis perkahwinan adik saya pada Jun yang lalu, jadi kami sepakat untuk meminimumkan segala pembelian. Jika tahun lepas beli kuih raya 4-5 jenia, tahun ini saya beli 2 sahaja, nak harap simpati kakak dengan pengantin baru bagi kuih.hehehe..
Baju raya pun saya x beli, tapi adik saya nak jual jubah yang dia baru beli kat saya..jadi tahun nie raya pertama sy akan menjadi muslimah sejati ( sy juga sentiasa berusaha kearah itu ya :) ) mak pun saya belikan jubah macam saya..
duit raya untuk budak2 pun saya ingat nak cut sikit..almaklumlah kita nie kerja swasta, orang gomen dapat bonus, nasib kami belum tau lagi (tapi biasanya boss akan bagi duit raya). raya tahun ini pula jatuh pada 19hb, jadi gaji bulan Julai yang saya guna untuk saya budgetkan perbelanjaan raya. Harap2 bos x masukkan gaji awal macam orang gomen takut nanti sepanjang bulan september puasa 6 dan puasa sunat.hehehehe sebab duit gaji sudah habis dibelanjakan.Kalau bos nak bagi duit raya, saya sangat mengalu-alukan...
Saya ada terbaca satu status dari fb kenalan saya mengenai hadiah duit raya dan saya amat tertarik dengan statementnya itu. Ayatnya lebih kurang gini
"jika nak memberikan hadiah/sedekah duit raya
yang kebiasaan masyarakat kita beri pada 1 syawal, pada pandangan saya
rasa better beri pada bulan ramadhan kerana keberkatan ramadhan itu
sendiri membuahkan pahala berganda2 dari syawal.. :)"
so for the conclusionnya saya akan lebih banyak menderma kepada sekolah2 agama dan badan kebajikan yang lebih memerlukan di bulan Ramadhan yang masih berbaki ini.
Itu jelah nak cerita sebelum tibanya syawal yang dijangka jatuh pada hari Ahad ini waktu Malaysia :) Dikesempatan ini saya dan seluruh ahli keluarga saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf jika saya ada menulis sesuatu yang mengguris hati dan perasaan rakan pembaca blog. Saya insan yang lemah, yang masih cetek ilmu dan amalnya sentiasa mengharapkan pencerahan dari sahabat blogger yang lain. Selamat Hari Raya Aidilfitri...Semoga Ukhwah Kita Terus Terjalin.
No comments:
Post a Comment