Bissmillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua :)
hari ini 6 Julai 2012..kadang-kadang orang tulis 6/7/2012 ada juga yang tulis 6.7.2012. Esok 7/7/2012...tarikh yang mudah diingat jika kita ingin meraikan sesuatu. Julai pada pandangan anda? Ermm pada saya Julai menunjukkan sudah separuh perjalanan 2012 saya tempuhi...ada suka ada yang duka tapi rasanya banyak yang suka berbanding duka...
Julai menyapa dengan 2 bulan yang indah dalam Islam iaitu Sya'ban & Ramadhan.. bulan yang harus diisi dengan segala macam amal ibadah wajib & sunat (bulan2 lain pun perlu juga segala amalan) Bagi yang masih berhutang puasa segeralah menggantikannya kerana kita bakal bertemu Ramadhan InsyaAllah pada 21hb ini..masih berbaki 2 minggu..adakalanya kita selalu bertangguh pada yang wajib dan mendahulukan yang tidak wajib. Contohnya kita dah sibuk tempah baju raya sebelum masuk bulan Julai lagi atau mungkin lebih awal dari itu sebab takut orang yang buat baju raya kita dah tidak mahu menerima tempahan tetapi kita tidak sibuk untuk berlumba2 mencari pahala untuk saham akhirat. Saya bagi contoh baju raya sebab kawan saya tanya dah beli baju raya ke belum? dan saya cakap tahun ni x beli raya.. dia pelik mendengar jawapan saya.
kadang2 manusia memang macam tu kan... benda2 yang betul dikata pelik, benda2 yang x betul dikatakan biasa.Apa contoh yang saya nak bagi ya..ermm semasa majlis perkahwinan adik saya Jun lalu. Kami tidak menyediakan sebarang bunga tabur @ bunga renjis atau baling gula2 @syiling semasa majlis perkahwinan diadakan ada seorang makcik menegur saya, kenapa xde semua ini? saya kata wajib ke? Biasakan orang buat. Itulah mentaliti orang melayu, kaum sebangsa dengan saya, apa yang biasa dibuat sudah diangkat menjadi wajib.
Bulan Julai masih ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumahtangga sebelum menjelangnya Ramadhan. Saya agak 15/07/2012 adalah hari terakhir sebelum bersambung semula mungkin pada 3-4 Syawal.Bulan ini juga bulan boss saya dilahirkan iaitu pada 3 Julai 2012. Tahun ini genap usianya 52 tahun, sudah panjang usia perjalanan hidupnya dan sudah beratus ribu pengalaman yang ditempuhi, antara orang yang saya hormati dan percayai dalam hidup. (orang kata mungkin mengampu tapi seriously jika kita lebih lama mengenalinya semakin banyak ilmu yang peroleh darinya) kata2 dia yang selalu saya pegang, "saya tidak suka orang menipu dan saya tak suka orang menipu kawan-kawan saya." moral of the story berkatalah benar walaupun ianya pahit untuk ditelan :)
itu sajalah saya nak bercerita tentang Julai...nanti bila jumpa si Ogos saya kembali menulis ya..
No comments:
Post a Comment