Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wajah rebutan malaikat & syaitan.Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri,bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati,bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..DIDIKLAH HATI MENUJU KEBENARAN DEMI MENCARI REDHA ILAHI...
Wednesday, October 29, 2014
Monday, October 27, 2014
catatan 1 Muharram
Assalamualaikum wbt,
Catatan ini dihasilkan pada 1
Muharram atau bulan Masihinya 25 November 2014. Eh ter’excited’ tulis
November sebenarnya Oktober. Al-maklumlah tarikh itu adalah tarikh saya
dilahirkan J tapi saya tidak pasti tarikhnya akan
dipublish, jadi saat pembaca membaca catatan ini maka tarikh itulah saya baru
sempat untuk mem”publish”kan catatan saya.
Sekejap saja kita sudah
menghampiri hujung tahun kan, bila diimbas kembali sepanjang 12 bulan yang
lepas, sudah berapa banyak amalan yang kita lakukan, adakah ia ikhlas atau
tidak, adakah ia untuk mendapatkan redha Allah atau tidak. Jumaat
lepas,(petangnya kita baca doa akhir tahun) saya diberikan keizinan untuk
menghadiri halaqah dikawasan kediaman saya. Ini kali pertama saya kesini, sebab
sebelum ini saya mengikuti halaqah untuk geng-geng pemudi, yang ini untuk
golongan makcik-makcik , sedih pulak dengar makcik-makcik kan, kita
tukar sikit, ini untuk golongan ibu-ibu.
Majlis ‘taman-taman Syurga’ kami
dimulakan dengan bacaan ayat alquran oleh setiap ahli yang hadir. Kami membaca
surah Dhuha. Usai membaca al-Quran kami mendengar tazkirah yang disampaikan
oleh Madam Aida, kadang-kadang saya memanggilnya Mama Aida. Seorang ustazah
yang berkelana bersama suami dan 3 orang anaknya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan
penghuni As-Syddiq.
Beliau menceritakan tentang berlakunya
kiamat. Mungkin kita biasa membaca tentang tanda-tanda akhir zaman dan
bagaimana berlakunya kiamat, kali ini Ustazah telah menjentik hati-hati kami
dengan pengisian yang begitu menyentuh jiwa, beliau menyentuh soal “hati”. Bagaimana manusia pada
hari ini yang terlalu “taksir” yang mengikut pemahaman saya maksudnya adalah
“menolak”. Untuk makluman, ustazah Aida memberi penyampaian dalam Bahasa Arab
dan Inggeris, adakalanya bunyi “P” akan “B” jadi kadang-kadang kami yang
mendengar ini akan mendengar 2-3 kali atau mungkin lebih lagi untuk memahami
maksud yang ingin disampaikan.
Bagaimana manusia zaman ini yang
telah jauh tersasar, mereka memahami tentang kewajipan menunaikan solat,
berpuasa di bulan Ramadhan, berzakat dan rukun Islam yang lima itu, tetapi
mereka tidak merasakan ia wajib dilakukan, dan jika mereka telah pun melakukan
rukun tersebut, ia masih belum sempurna kerana ia bukan dilakukan untuk mendapat
redha Allah tapi mungkin untuk orang lain. Ya Allah, kadang kala diri ini juga
begitu Ya Allah.
Ustazah turut menambah, berapa
ramai orang yang tidak mengenakan hijab sedangkan Wajib seorang wanita Islam
menutup mahkotanya itu dari kalangan ajnabi. Kalau dekat negara saya yang
terchenta ini, jawapan skeptikal bagi orang yang belum menutup rambutnya adalah
‘belum sampai seru’. Agaknya orang-orang ini tahu agaknya bila tarikh mautnya
memanggil. Maaf bicara saya sedikit pedas dan bercili.
Saya suka memetik kata-kata
Ustazah, katanya saya tidak mahu menjadi sebatang lilin, yang membakar diri
menerangi orang lain kerana katanya saya berkongsi tazkirah kerana saya ingin
mengingatkan diri saya, dan berkongsi ilmu yang saya ada, dengan berkongsi ilmu
sebegini, saya akan selalu mengingatkan diri saya dengan amalan-amalan yang
telah saya lakukan. Adakah cukup timbangan saya untuk masuk ke Syurga Allah.
Berbalik tentang soal hati,
bagaimana hati kita yang terlindung didalam badan kita ini mempunyai kuasa
untuk merubah hidup kita. Tenangkah hati kita saat ini.. semoga Allah tidak
membolak-balikkan hati kita untuk terus berada di jalan Allah.
Ok, akak dah mengantuk, jam sudah
menginjak jam 11.35, esok nak kerja, esok ada program kena handle jadi time to
dot my writing. Semoga catatan saya dapat memberi manfaat pada yang membaca dan
menjadi bekalan saya di akhirat.
Just want to share
something…after halaqah, Madam Aida invite me and my friends to her house.
Rezeki kami that day, that evening kami makan citarasa Arab. Alhamdulillah .
Nanti kita publish gambar-gambar bagi korang terliur.Kih..kih..
Saya tangguhkan bicara dengan
tasbih kifarah dan surah al-asr.
Wednesday, October 1, 2014
Bulan baru dan tulisan pertama di tahun 2014
Assalamualaikum wbt
Lama sungguh tidak menulis..rasanya paling lama dalam sejarah penulisan saya dialam maya. Kali terakhir pada bulan Disember 2013 dan hari ini saya menulis lagi dibulan ke 10 di tahun 2014.
Banyak yang berlaku dan banyak juga yang berubah. kehidupan yang boleh dikatakan 70% change! Tapi boleh dirumuskan kepada perubahan hidup yang lebih baik. Alhamdulillah. Sebelum ini hampir sedekad bekerja didalam bidang pengurusan kini hampir 4 bulan menggalas tugas didalam bidang pendidikan.
Kalau sebelum ni, pantang jumpa cuti atau hujung minggu, "port" paling suka disinggah ialah pergi kebun, tapi sejak duduk jauh cuti yang sedikit panjang barulah boleh balik ke rumah dan menjengah kebun yang semakin manjalar rumputnya. Seperti mengimbau kenangan semasa belajar, saat-saat cuti semesta, cuti perayaan sememangnya dinantikan.
Didunia baruku ini, aku mula didekati dengan program-program usrah & halaqah. Sebelum ini biasaku dengar khususnya ketika zaman belajar, tapi terhenti setelah habis belajar, kemudian aku lebih selesa memperoleh ilmu dari pembacaan dan tontonan tazkirah di youtube dan TV.
Alhamdulillah pengalaman yang indah dan bermanfaat. Disini ku diberi kesempatan untuk berkenalan sebuah keluarga Arab yang mengajar satu sekolah denganku, walaupun memang selalu aku tidak memahami apa yang ingin disampaikan tetapi hubungan kami rapat kerana kami sama-sama Islam, dan dia banyak mendekatkan diriku dan sahabat-sahabat guru yang lain dengan tarbiyah. Rasanya cukup disini dahulu catatanku untuk kali ini. Saya teringat takzirah yang telah diberikan oleh seorang pelajar Tingkatan 3 Muhammad Al-Fateh ketika sesi perhimpunan. Katanya "Sahabat adalah cermin diri". Saya setuju dengannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)