Catatan Dari Seorang Kenalan
Wanita seorang yang amat bermakna bagi seorang lelaki kerana setiap orang anak lelaki perlu untuk mentaati ibunya, sebaliknya seorang wanita pula amat perlu mentaati suaminya. Suatu yang perlu dan saling memerlukan untuk mendapat keredaan Allah swt. Kebahagiaan adalah suatu yang ingin diperolehi oleh setiap manusia, Rasulullah bersabda yang bermaksud beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai seorang isteri yang soleh. Rosak sesebuah Negara apabila wanita-wanitanya rosak, dan ini bermakna keperluan untuk kita melihat kembali apakah peranan yang boleh dilakukan untuk memperbaiki diri kita dan anak-anak perempuan kita agar akan lahir suatu generasai yang memuliakan Allah swt didalam kehidupanya.
Sejauhmana kita menggunakan akal untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perasaan seorang yang bernama wanita dapat merasai akan keperluan mereka untuk bersyukur untuk menjadi seorang wanita. Suatu hadiah pemberian Allah swt untuk wanita kerana perasaan yang ada pada diri mereka mampu untuk menjadikan seorang lelaki akan berkerja bersungguh untuk menjadi pejuang agama dan wanita juga mampu menjadikan seorang lelaki menjadi hamba kepada dunia. Apakah yang perlu dilakukan oleh para wanita agar segala yang anda lakukan anan memberikan kebaikan di kehidupan diakhirat kelak.
Banyak cerita-cerita indah yang diukirkan oleh sejarah tentang para wanita yang begitu agung sekali didalam kehidupan diri rasululah saw. Para isterinya yang mampu membantu dan memberikan kasih sayang sehingga menenangkan dan mengembirakan diri rasulullah saw. Perjuangan yang jika dilihat tidak begitu besar tetapi jika diteliti ianya adalah suatu pengorbanan yang telah berjaya mengubah dunia sebenarnya.
Taanggung jawab kita begitu besar dan kita hanya akan berjaya melakukan sekiranya kita merasakan kita mahu melaksanakannya didalam kehidupan kita. Kita akan terus gagal sekiranya kita meletakkan halangan didalam perjalanan kita dan kita terus tidak akan mampu kerana halangan itu sebenarnya berada didalam pemikiran kita dan kita menolak segalanya untuk terlaksana didalam kehidupan kita. Mari kita merenung dan berusaha untuk terus mendidik hati kita untuk mengenal Allah swt dan dengan pengenalan yang sebenarnya akan mendorong untuk kita berjuang dan berkorban bagi mendapatkan apa-apa yang kita cita-citakan. Allah hu alam
No comments:
Post a Comment