Catatan Dari Seorang Kenalan
Wanita seorang yang amat bermakna bagi seorang lelaki kerana setiap orang anak lelaki perlu untuk mentaati ibunya, sebaliknya seorang wanita pula amat perlu mentaati suaminya. Suatu yang perlu dan saling memerlukan untuk mendapat keredaan Allah swt. Kebahagiaan adalah suatu yang ingin diperolehi oleh setiap manusia, Rasulullah bersabda yang bermaksud beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai seorang isteri yang soleh. Rosak sesebuah Negara apabila wanita-wanitanya rosak, dan ini bermakna keperluan untuk kita melihat kembali apakah peranan yang boleh dilakukan untuk memperbaiki diri kita dan anak-anak perempuan kita agar akan lahir suatu generasai yang memuliakan Allah swt didalam kehidupanya.
Sejauhmana kita menggunakan akal untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perasaan seorang yang bernama wanita dapat merasai akan keperluan mereka untuk bersyukur untuk menjadi seorang wanita. Suatu hadiah pemberian Allah swt untuk wanita kerana perasaan yang ada pada diri mereka mampu untuk menjadikan seorang lelaki akan berkerja bersungguh untuk menjadi pejuang agama dan wanita juga mampu menjadikan seorang lelaki menjadi hamba kepada dunia. Apakah yang perlu dilakukan oleh para wanita agar segala yang anda lakukan anan memberikan kebaikan di kehidupan diakhirat kelak.
Banyak cerita-cerita indah yang diukirkan oleh sejarah tentang para wanita yang begitu agung sekali didalam kehidupan diri rasululah saw. Para isterinya yang mampu membantu dan memberikan kasih sayang sehingga menenangkan dan mengembirakan diri rasulullah saw. Perjuangan yang jika dilihat tidak begitu besar tetapi jika diteliti ianya adalah suatu pengorbanan yang telah berjaya mengubah dunia sebenarnya.
Taanggung jawab kita begitu besar dan kita hanya akan berjaya melakukan sekiranya kita merasakan kita mahu melaksanakannya didalam kehidupan kita. Kita akan terus gagal sekiranya kita meletakkan halangan didalam perjalanan kita dan kita terus tidak akan mampu kerana halangan itu sebenarnya berada didalam pemikiran kita dan kita menolak segalanya untuk terlaksana didalam kehidupan kita. Mari kita merenung dan berusaha untuk terus mendidik hati kita untuk mengenal Allah swt dan dengan pengenalan yang sebenarnya akan mendorong untuk kita berjuang dan berkorban bagi mendapatkan apa-apa yang kita cita-citakan. Allah hu alam
Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wajah rebutan malaikat & syaitan.Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri,bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati,bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..DIDIKLAH HATI MENUJU KEBENARAN DEMI MENCARI REDHA ILAHI...
Thursday, February 26, 2009
Rahsia Memimpin Wanita
Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah SWT, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.
Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.
Bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.
Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.
Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt

Thursday, February 19, 2009
februari...
assalamualaikum...
Agak lama juga menyepi dari arena menulis blog nie..(belum sampai sebulan pun) urusan duniawi banyak membataskan ruang untuk kembali menulis..petang nie quite free coz training yang dijadualkan bermula esok (20 feb) sudah 80% settle just waiting for the respons hari isnin nanti..this time x kena jadi urusetia(yeyeye..) my officemate yang terlibat merangkap trainer yang kena pergi (Good luck Hj!!..
bulan march dah planning lagi 3 kursus
kemahiran dalam perniagaan (07-08 march 09)
penggunaan internet & web dalam perniagaan (14-15 march 09)
pembungkusan & perlabelan (28-29 march 09)
** nak kena follow up caller2 yang be4 this bersungguh-sungguh nak joint kursus.. sometimes diorang nie mula2 confirm nak pergi and then bila the day just around the corner x conform pula..siapa yg susah? I lah jugak nak kena cari saper2 utk replace..dahlah manusia yang bernama zurin zurina atan nie cepat panik..tapi alhamdulillah juga sebab bergandingan dgn boss yang very the tenang person..(tq en din)
so friends..sesaper yang nak ikuti kursus2 yg syarikat zurin offer nie bolehlah hantar borang..eh borang apa pulak yg korang nak hantar..hehehe.. hantarlah email kepadaku nanti akan zurin hubungi untuk maklumat lanjut.. emailku global.perfection@yahoo.com
wassalam..

Thursday, February 5, 2009
Tips Menghadapi Tekanan Kerja
Pendahuluan...
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa.Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.ermm sejam dua lepas solat maybe masih berwudhu' lepas tu xdenyer..
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.ermm x berapa rajin diamalkan setiap lepas solat.. dgr bacaan al-quran through internet selalulah buat..
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.Ermm selalu sgt raja malas menguasai diri, bila ada org mengingatkan barulah terhegeh-hegeh nak buat..
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yangbenar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.Ermm yang nie selalulah buat..
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.Ermm memang wajib bersangka baik sebab setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya...
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.Ermm nie memang tiap2 hari buat 6 kali seminggu sebab office di tingkat 2..huahuahua..
7) Amal diet dengan disiplin yang kuatPengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.Ermm setakat nie alhamdulillah belum ada lagi walaupun gen sebelumnya ada mengalaminya..should boikot restorant hud2 (restoran dkt dgn ofis) sebab makanannya berminyak + mahal pulak tu..
8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.Ermm sakitnya jiwa bila memendam perasaan marah or x puas hati..
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.Of coz sometimes kita x perasan kita ada kebolehan itu jadi terus be confident!
10) Cintai diri sendiri"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.. Betul...betul...betul... (bak kata Upin & Ipin)
Oleh : Ustazah Norihan Mohd. Noor

Jika menanam...
Jika menanam kejujuran, kamu akan mendapat kepercayaan
Jika menanam kebaikan, kamu akan mendapat persahabatan
Jika menanam kemanusiaan, kamu akan mendapat penghormatan
Jika menanam ketekunan, kamu akan mendapat kemenangan
Jika menanam pertimbangan, kamu akan mendapat keharmonian
Jika menanam kuat bekerja, kamu akan mendapat kejayaan
Jika menanam kemaafan, kamu akan mendapat keakraban
Jika menanam kesabaran, kamu akan mendapat kekuatan dalaman
Jika menanam keimanan, kamu akan mendapat syurga
Jika menanam penghinaan, kamu akan mendapat pembelotan
Jika menanam kepentingan diri, kamu akan mendapat kesepian
Jika menanam bangga diri, kamu akan mendapat kekecewaan
Jika menanam kemalasan, kamu akan mendapat kebuntuan
Jika menanam permusuhan, kamu akan mendapat pemencilan
Jika menanam ketamakan, kamu akan mendapat kerugian
Jika menanam kebimbangan, kamu akan mendapat kekedutan diwajah
Jika menanam fitnah, kamu akan mendapat musuh
Jika menanam dosa, kamu akan mendapat neraka……..
* Majalah HALUAN keluaran Nov/Dec 2007
cengkih_kayu manis@yahoo.com

Subscribe to:
Posts (Atom)