Thursday, March 22, 2012

kata-kata indah hari ini



berfikirlah positif dalam kehidupan.. tingkatkan produktiviti kurangkan mencipta "kontroversi" dalam hidup..:)

Monday, March 12, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Air Mataku..




Cetusan rasa seorang kenalan :)


Wahai air mata ku ...
Juraian mu biarlah berkala
Hanya untuk insaf atau bahagia
Sebelum tiba tiupan sangkakala.

Wahai air mata ku ...
Kaulah teman ku sewaktu suka dan duka
Alangkah bahagia jika kau ada diwaktu senja
menemani ku dalam munajatku pada yang Esa

Wahai air mata ku ...
Sucikanlah hati ku agar terurus cinta
Berserah hanya pada yang Maha Berkuasa
Mengejar bahagia akhirat dan bukan dunia

Abu Mursyid alAnsari
06 March 2012

Monday, March 5, 2012

Galeri Gambar Nasi Beriani Gam Power










Sebenarnya saya ambil gambar sekeping je(gambar sambal dalam bekas sos McD) tapi lepas tu saya mintak tolong Uncle Google ambikkan.. Jom layan..For ur info gambar resit tu yang terkini sebab saya sempat scan tadi ...

Penangan Nasi Beriani Gam Power

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar? Saya doakan agar anda semua sihat2 selalu. Macam mana hujung minggu yang baru saja berlalu? Saya harap ia dapat dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Jumaat lepas saya berkesempatan ke Kulaijaya untuk menghantar dokumen syarikat untuk diaudit. Perjalananan yang mengambil masa hampir 2 jam setengah itu dilalui dengan keadaan jalan raya yang kadang2 kering dan yang basah. Almaklumlah tidak semua tempat menerima keadaan cuaca yang sama. Saya tiba di tempat yang ingin saya tujui sekitar jam 11.15 pagi. Tidak sampai 15 minit pun saya berada disana sebab sekadar nak hantar dokumen sahaja.
Ok..ceritanya bermula dari sini, usai menghantar dokumen saya dan rakan sekerja saya pun menujulah pulang. Rakan saya yang bersama-sama dengan saya telah merancang untuk singgah makan tengahari di Batu Pahat. Kata dia, kalau makan dekat sini, mesti pinggan kita licin macam pinggan yang belum guna. Wah!! Sedap sangat ke? Saya ni bukanlah peminat tegar nasi minyak or nasi beriani yang memang pantang jumpa kat mana2. Rakan saya nie sempat berpesan, kalau kita lambat silap2 tak dapat nak rasa nasi beriani gam power yang dimaksudkan, sampaikan dia boleh kata nak suruh orang kedai simpankan 2 pinggan untuk kitaorang.
Dari Kulaijaya (Dahulu dikenali sebagai Kulai) kami keluar di tol Ayer Hitam. Tol yang perlu dibayar RM7.50, kalau dari Muar ke Kulaijaya kami perlu bayar tol RM15.90. Lokasi yang kami harus tuju ialah di Taman Soga, Batu Pahat (landmarknya dekat dengan Hospital Batu Pahat, Pejabat Pelajaran Batu Pahat dan ada kuarter Polis yang baru dibina). Kawan saya nie dah lama juga tidak merasa makan dikedai nasi beriani nie jadi berpusing-pusing jugalah mencari. Alhamdulillah akhirnya kami sampai sekitar jam 1.15 petang, kawan saya tu dah sempat berpesan, kalau tak dapat makan beriani gam kita makan nasi beriani biasa jelah ya. Saya pun setuju ajelah sebab saya tidak kisah sangat yang penting makan sebab dah lapar nie, pagi tu cuma sempat sarapan makan mee siput cecah sambal tumis.
Kedainya tidaklah besar mana tapi sebab ia dikawasan rumah kedai jadi taukenya banyak renotave to make it bigger. Apabila dah nak sampai restaurant saya baru perasan ada banyak papan tanda menuju ke sini. Agaknya lapar punya pasal dah tak perasan kewujudannya.Akhirnya kami selamat sampai dan memakir kereta di Restoran BP Bariani Power Sdn Bhd (nama penuh lagi … seperti yang tertera di resit)
Orang memang agak ramai tapi masih ada meja-meja kosong. Jam dah melepasi pukul 1 tapi masih ramai kaum adam yang tak Nampak tergesa-gesa pun untuk menghabiskan makanan sebab nak ke solat Jumaat. Mungkin masjid tidak jauh dari sini agaknya. Pekerja ramai perempuan, mungkin yang lelaki sudah keluar untuk solat Jumaat.
Seperti yang diniat didalam hati saya untuk mencuba kelazatan nasi beriani gam saya dan sahabat saya pun memesanlah menu tersebut.Alhamdulillah rezeki kami sebab ada lagi nasi beriani gam powernya. Hidangan pun tersedia..melihat pada potion, saya terdetik dalam hati boleh ke habis nie..sebab penuh 1 pinggan, ayam dimasukkan dalam timbunan nasi, turut disertakan bersama pencuk (potongan timun dan nenas) beserta kuah dal. Selepas membaca doa, saya pun memulakan suapan pertama. Ermmm memamg sedap! Nasinya sebiji-sebiji, tidak terlalu berminyak dan rasanya sangat seimbang. Lupa pula, ada lagi satu keistimewaan nasi beriani dekat sini dia letak sambal. Ayamnya digoreng dulu lepas tu dicurah dengan kuah masak apa tah berianilah agaknya memang superb, tapi sedikit kecewa sebab dapat ayam bahagian daging, lupa nak pesan bahagian yang ada tulang.
Kawan saya kata sebelum nie ramai orang kata nasi beriani Shah pun sedap tapi sekarang dia dah beralih arah ke Nasi Beriani Gam Power. Walaupun harganya mahal sedikit tapi ternyata berbaloi. Saya tidak boleh memuji sangat kedai nie sebab belum pernah rasa dekat kedai yang lagi satu tu. Tapi yang pasti rasanya lebih sedap berbanding Muara Briyani House yang terletak dibawah office saya...:).