Thursday, April 29, 2010

Kena Kerja Lebih Sikit..


Assalamualaikum...Salam Sejahtera,

"Allah suruh kita kerja lebih sedikit" kata-kata dari boss aku itu sebenarnya sangat terkesan pada diriku...betapa Allah itu bila telah memberikan kemudahan pasti ia tidak akan selamanya berlaku jika kita leka dengan suruhanNYA..Ermm before this kerja2 tidak terlalu menekan tapi lately ini agak terasa tertekannya..:)mungkin itu petanda aku nie harus lebih mendekatkan diri kepadaNYA..

Ada beberapa kerja yang perlu dibereskan end of this month and early next month..laporan bulanan be4 5 mei,laporan audit yang harus disiapkan be4 10 Mei, meeting di trganu 11 mei..

Tuesday, April 20, 2010

KaYa


Kayanya jiwa seseorang bermaana kuatnya imannya kepada Allah SWT, suka bersedekah, tidak bakhil, sedia menolong dan membantu, adil dalam menentukan sesuatu, sedia memaafkan, susah mahu marah, amat bersabar, amanah serta tunaikan janji, tiada perasaan hasad dengki, tidak tamak, tidak mengikut nafsu, tidak sombong atau riak, bersyukur kepada Allah SWT akan apa yang diberikan kepadanya, muliakan jiran dan tetamu, sedia mengorbankan masa, harta dan tenaga ke jalan Allah SWT, kasihkan Allah SWT dan Rasululah s.a.w lebih dari kasihkan dirinya sendiri.

Kayanya jiwa seseorang seperti di atas adalah tanda-tanda bakalnya ia sebagai ahli syurga.

Wallahu'alam. ..

Monday, April 19, 2010

Jiwa Kacau


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

minggu lepas + minggu ini = minggu jiwa kacau

penyebab utama

kursus yang dirancang ditunda ke minggu berikutnya..
hasilnya adalah seperti berikut :-
a)ramai yang conform nak pergi dah tak boleh nak pergi sebab ada commitment lain.
b)terpaksa buat marketing balik...part yang paling aku lemah
c)penceramah yang belum conform..pihak hotel je yang dah conform
d)nak kena kejar dateline sebelum 30 april utk habiskan budget.
e)low spiritual and mental

Wednesday, April 14, 2010

Mohon Belas Kasihan






Saya terpanggil untuk berkongsi catatan ini dengan rakan-rakan blogger..

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Jannah Disebalik Musibah

PETIKAN : Genta-Rasa


Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua’lam.

Wednesday, April 7, 2010

Marah...Jangan Engkau Marah..




Nabi S.A.W dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa seorang laki-laki telah datang kepada Nabi S.A.W lalu berkata: "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah". Lalu beliau bersabda: " Jangan engkau marah". Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah. Binatang pun begitu. Seekor kucing yang jinak dan manja misalnya akan menjadi marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali misalnya. Sifat sabar sebenarnya adalah sebagai penghalang dari sifat marah. Walau bagaimanapun kesabaran ada had dan batasnya. Apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, Sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik kehati. Maka terpulang kepada seseorang samaada dia mempunyai sifat seorang yang cepat marah atau marah yang keterlaluan (marah tak bertempat) yang disebut sebagai ifrath atau marah yang I'tidal iaitu marah yang pertengahan (dia mampu mengawal marahnya atau marah yang bertempat) ataupun Tafrith iaitu orang yang tak tahu marah. Marah yang sederhana adalah marah yang terpuji manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah yang keterlaluaan adalah termasuk dalam marah yang terkeji yang dilarang oleh nabi sebagaimana hadis yang di atas.

Marah yang keterlaluan amat dilarang oleh Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi yang tidak baik. Samaada dari orang yang marah tetapi juga orang yang kena marah. Kerana marah ada rumah tangga yang runtuh, kerana marah anak-anak didera, kerana marah pembunuhan berlaku, kerana marah anak-anak lari dari rumah, kerana marah ada majikan yang ditetak oleh pembantu rumah atau sebaliknya,kerana marah ada orang yang berpiket atau tunjuk perasaan, kerana marah orang saman menyaman, kerana marah ada orang yang kena tukar tempat kerja dan banyak lagi.

Menurut Imam Al-Ghazali, sifat marah adalah disebabkan oleh 10 punca atau sebab:

1. Rasa bangga diri ( sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang berlebih-lebihan dan melampaui batas
4. Suka bercakap perkara yang sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati

Apabila sesaorang itu marah maka pergerakkan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata menjadi tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina dan merendah-rendahkan orang yang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya menjadi terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara yang betul, semua tindakannya benar-benar mengikut nafsu kemarahannya, yang penting, puas, menang dan berjaya mengalahkan orang yang dimarah. Bagi orang yang waras tentu kita tidak sanggup untuk melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah bukan berlaku pada orang yang awam sahaja, tetapi juga orang yang mempunyai kedudukan. Tapi yang paling menggelikan hati apabila orang ugama yang berstatus Ustaz, ustazah, tuan Guru, Ulamak, Dr marah dan melenting. Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian. Yang penting aku betul orang lain salah. Apatah lagi muka terpampang di dada akhbar dan dikaca tv, seluruh rakyat melihat dengan terang dan jelas. Kadangkala orang awam boleh menilai bahawa orang yang berkenaan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan. Iaitu marah yang bertempat. Sebagai contohnya seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi telah mengajar kepada kita dalam hadisnya: „ Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur". Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengistiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Perlu ada marah.

Contoh yang paling hebat yang berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali K.W berada dalam satu peperangan dimana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi untuk membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: " Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku". Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.
Wallaua'lam. Sama-sama kita renungkan.


Daripada:
Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Selangor