Wednesday, November 28, 2012

FAQ berkaitan pemberian diskaun 10% PTPTN



** Bahan ini saya peroleh dari Pegawai Pemantau Akaun PTPTN saya 

FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT ANSURAN BAYARAN BALIK PINJAMAN/ PEMBIAYAAN PTPTN SELAMA
12 BULAN BERTURUT-TURUT ATAU 12 BULAN KE HADAPAN MENGIKUT JADUAL BAYARAN BALIK MULAI 1 OKTOBER 2012


SOALAN 1
Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Oktober 2012.


SOALAN 2
Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran            1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini.  Pengiraan dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Oktober 2012.


SOALAN 3
Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi daripada ansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.

Contoh pengiraan :

Jumlah bayaran balik mengikut                                 :         RM2,100
Jadual bayaran balik (12 bulan)   

Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan)                 :         RM3,000

Pemberian diskaun yang diberikan                                     :         RM   300
(10% x RM3,000)


SOALAN 4
Saya membuat bayaran balik setiap bulan tetapi tidak mengikut jadual bayaran balik iaitu kurang daripada ansuran yang ditetapkan, tetapi berturutan selama dua belas (12) bulan. Adakah saya layak mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Tidak layak.Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang ditetapkan.


SOALAN 5
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula 1 Oktober 2012.


SOALAN 6
Dalam bentuk apakah pemberian diskaun 10% ini diberikan?

Jawapan :
Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.

SOALAN 7
Bilakah pemberian diskaun 10% akan diberikan kepada peminjam?

Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 8
Saya telah dikenakan tindakan saman/ penghakiman, tetapi membuat bayaran balik secara ansuran berturutan selama dua belas (12) bulan (selepas Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balik selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah.


SOALAN 9
Berapa kalikah diskaun 10% diberikan kepada peminjam?

Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan tanpa had (masih dalam jadual bayaran balik sebenar), tertakluk kepada peminjam membuat bayaran balik untuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 10
Saya telah membuat bayaran balik (sebelum Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1 Oktober 2012 dan ke hadapan.


SOALAN 11
Adakah saya perlu memohon bagi mendapatkan pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 12
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji tetapi terdapat kesilapan potongan gaji/ lewat diremitkan oleh majikan kepada PTPTN.  Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak setelah pengesahan semula dilakukan oleh pihak majikan kepada PTPTN.


SOALAN 13
Saya telah menunaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) tetapi bukan merupakan peminjam PTPTN. Adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak sekiranya bayaran balik Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) dibuat selama dua belas (12) bulan berturut-turut bermula      1 Oktober 2012.

SOALAN 14
Adakah pemberian diskaun 10% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN?

Jawapan :
Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.



SOALAN 15
Bagaimanakah pemberian diskaun 10% dikira?

Jawapan :
Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulanan mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.

SOALAN 16
Sekiranya saya mempunyai lebih daripada dua (2) pinjaman, adakah saya layak untuk menerima pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.


SOALAN 17
Saya membuat bayaran tetapi tidak konsisten (kadang-kadang mengikut jadual bayaran balik, kadang-kadang kurang), dan telah membuat bayaran balik dua belas (12) bulan berturutan sebelum ini, adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan:
Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10% hanya diberikan untuk ansuran berturut-turut selama dua belas (12) bulan atau dua belas (12) bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.


SOALAN 18
Saya membuat bayaran balik sekali (melalui KWSP), adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan:
Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau melebihi ansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan.



SOALAN 19
Saya telah membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji dan dijangka akan tamat pada Disember 2012. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada Oktober 2012 dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut-turut.


SOALAN 20
Saya telah membuat bayaran balik melalui Arahan Tetap (Standing Instruction – SI) tetapi mengikut rekod PTPTN terdapat bayaran balik yang tidak diterima dalam tempoh 12 bulan ?

Jawapan :
Semakan akan dilakukan dan kelayakan akan ditentukan berdasarkan kepada semakan PTPTN dan pihak bank.

Tuesday, October 9, 2012

perempuan oh perempuan

Assalamualaikum wbt

Apa khabar kawan2 sihat hari ni? Saya harap semua sihat2 belaka, mungkin ada yang tidak sihat sebab cuaca di Malaysia yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Tajuk entri saya menarik x ? macam diri sendiri bukan perempuan je kan..:)

Saya dapat info ini dari rakan fb dan saya bersetuju dengan statement yang diberikan. Saya rasa jika anda seorang perempuan anda mungkin juga bersetuju.


Ye Ke ???????????

  • Orang perempuan suka simpan rahsia tapi sebenarnya perempuan susah nak simpan rahsia lama-lama. Lebih-lebih lagi bila dah jumpa geng sekutu. Kadang2 bertambah-tambah pulak dari rahsia asal
  • Orang perempuan tak pernah nak mengaku kalau orang kata dia cantik. Nanti mereka pasti akan balas balik, "mana ada cantik, biasa-biasa je"
  • Orang perempuan memang pantang bila ditegur gemuk atau berisi :) sedangkan memang mungkin sudah terang lagi bersuluh berat mereka meningkat 2-3 kilo dari sebelumnya
  • Orang perempuan susah nak terima nasihat dari kaum sejenisnya tapi mudah benar tertusuk hatinya bila mendengar nasihat dari yang berlainan jantinanya.


Rindu - Nur One feat. Hafiz Hamidun




Thursday, September 27, 2012

Inilah kami dahulu :)

Entri ini memaparkan saya dan sahabat-sahabat saya semasa di sekolah menengah, time universiti next entry ya kiranya ini macam album gambarlah..hehehehe.. mungkin kualiti gambar tidak berapa cantik kerana gambar dah lama sangat terlekat pada album, jadi bila dikeluarkan ada berlaku sedikit kerosakan. Enjoy..
ini gambar paling klasik.. gambar masa tadika. long2 time ago. Bersama Cikgu Maskiah dan pembantunya Kak Hasnah (akak pada Asmawi Ahmad) yang duduk dua dari kanan. Saya yang mana? tuuuuuuuu tepi sekali kiri (kenapa muka saya kelihatan sangat besar ya) :)


ini pula gambar masa di tingkatan 1 bersama guru kelas En Ashari.. untuk makluman, u all masa nie mak saya jaga anak sedara cikgu nie, tapi rasanya dia pun tak tau sebab saya sedara dengan adik ipar cikgu nie, Cikgu Habsah. Gambar ini diambil pada tahun 1993. Al-Fatihah pada salah seorang sahabat saya yang telah kembali ke rahmatullah iaitu Nor Efendy Ahmad (duduk ke2 dari kiri)

ini pula diambil pada tahun 1995, setiap 2 tahun sekali kami akan ambil gambar sebab majalah sekolah hanya keluar 2 tahun sekali, jadi gambar masa di tingkatan 2 xde. Sudah menjadi kebetulan atau suratan, sepanjang saya bersekolah saya tak pernah satu kelas dengan bangsa lain.



ini gambar masa jiwa sedang memberontak..hehehe semasa diusia sweet 17.. sweetlah sangat.. jika anda perasan, kawan2 saya semasa ditingkatan 3 banyak yang sama ditingkatan 5. jodoh kami kuat agaknya sebab tu masih bersama sampai tingkatan 5.Sebenarnya ramai yang takde terutama budak lelaki sebab kalau x silap sehari sebelum ambil gambar mereka terlibat dalam perlawanan bola sepak peringkat sekolah. Jadi diorang ambik cuti sendiri keesokkan harinya.Al-Fatihah juga buat salah seorang sahabat saya Arwah Amran Daud yang berdiri dibaris 3 kanan (hujung sekali) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

 

kenapa kain kami berwarna biru tua? sebab time nie saya di tingkatan 6, time nie ada 2 kelas sahaja, kelas saya memang semua melayu, kelas lagi 1 yang ada pelajar cina. Ini gambar gabungan 2 kelas.
ini gambar hero2 masa di tingkatan 6, sekarang dah jadi hero untuk anak-anak diorang. Nampak x lelaki yang duduk berkaca mata tu... kalau nak tengok isterinya, cuba skroll mouse dkt atas gambar nie dan perhatikan pelajar perempuan yang duduk 3 dari kanan, itulah orang umahnya sekarang Wan & Yanti. Jangan salah pandang ya, kalau no 3 dari kiri yang berdiri tu saya.



Thursday, September 6, 2012

jom kita buat korban

Assalamulaikum & selamat petang semua..

apa khabar semua? saya harap semua kawan2 blogger sihat. Hari nie hari ke-3 saya berpuasa, harap2 dapat dilangsaikan sebelum syawal berakhir pada tarikh ulangtahun pembentukkan Malaysia iaitu 16 September.  Sebelum pihak kerajaan mengumumkan tarikh cuti umum kepada kita rakyat Malaysia, tarikh tersebut memang saya dah hafal dekat kepala otak sejak di tingkatan 6 atas lagi (sekitar tahun 1999) . Nak tau kenapa? sebab masa tu saya ambik subjek Sejarah, ada 2 orang guru yang mengajar iaitu Pn Hjh Khamidah Zainal (Sejarah Malaysia) dan Pn Nor Hashimah Marwan (Sejarah Dunia). Al-kisahnya bermula begini secara jujurnya, sejak diperkenalkan dgn subjek Sejarah di tingkatan 1 saya memang x minat subjek nie, sebab daya mengingat saya agak lemah lemah tu kena hafal nama sultan panjang2, nak ingat tarikh...huhuhu memang membosankan sebab tu masa PMR saya dapat C hehehe jujur ya, masa SPM saya dapat 7 hahahaha nasib baik x failed kan..Masuk tingkatan 6 pilihan subjek x banyak, saya ada 2 pilihan antara P.Seni & Matematik S. takkan saya nak ambil P.Seni, lukis orang pun kadang2 x macam muka orang.. Matematik lagilah subjek yang saya lemah, lagi 1 kalau nak ambik subjek mate kena belajar sendiri kat luar, jadi saya teruskan juga ambik Sejarah. Disinilah segala-galanya bermula, saya nak bagi 1 perumpamaan, belakang parang kalau diasah boleh jadi tajam juga.. betul ke ayat saya tu ya..Maaflah jika salah. tapi itulah perumpamaan yang paling sesuai ditujukan untuk saya. Berkat kesabaran, kegarangan :), ketegasan dan keyakinan 2 orang cikgu tu, saya memperoleh prinsipal yang boleh dibanggakan ketika di STPM. Terima kasih cikgu.. 

saya nak cerita pasal korbanlah sebenarnya. Saya terima satu post yang menarik di FB saya dari HALUAN (nama penuhnya agak panjang) tapi u all kalau nak tau tentangnya boleh search dkt pakcik google. Kalau dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan saya ingat saya nak buat ibadah korban tahun nie. Kalau kita buat under HALUAN nie, daging kita yang kita korbankan akan diberikan kepada umat Islam yang jarang merasa nikmat makan daging seperti Somalia, Sri Lanka, India, Bangladesh, Thailand, Vietnam dan Loas serta Kemboja.. kalau nak tau lebih lanjut boleh layari web site ini http://korban.haluan.org.my/

Jom kita buat korban, kalau mampu beribu-riban beli gajet baru, tukar eksesori kereta or etc. apa kata kita peruntukkan duit kita untuk buat korban. 


Wassalam

Wednesday, September 5, 2012

Baju VS Telekung

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

hari ini saya nak bangkitkan satu isu yang saya dah lama terfikirkan tapi baru tergerak hati nak tulis dkt blog. Kalau dalam entry terdahulu saya ada menyebut yang tahun ini saya x beli sehelai pun baju raya dan officemate saya berulang kali tanya soalan sama "ko x beli baju raya tahun nie?" sampai saya dah naik bosan nak menjawabnya. ( tiba2 teringat iklan ketupat segera Faiza lakonan Adibah Nor & Nur Khiriah tu :) ) rasa macam nak record kat dalam tape je...hehehe

hari ini saya nak tanya u all yang membaca nie.. dalam gerobok korang ada berapa banyak baju kurung, kebaya, blouse, tshirt dan apa sajalah material yang dipanggil untuk membaluti tubuh anda setiap hari. Mesti banyak kan? kalau kat umah saya, carta pemilik baju terbanyak dimenangi oleh emak saya... kemudian disusuli oleh saya kemudian adik lelaki saya dan akhir sekali kakak saya.

pembelian pakaian rasanya tidak memerlukan jangkamasa, maksud saya disini orang akan sentiasa membeli baju bila mereka merasakan mereka memerlukan baju tersebut atau ada duit lebih dan berkenan dihati maka pakaian akan dibeli tanpa menunggu hari raya atau upacara tertentu.

soalan saya pula bila kali terakhir anda membeli telekung? x ingat? kalau x ingat mungkin sebab telekung dia x beli, dia dapat hadiah hantaran telekung, time kahwin pun dapat telekung jugak jadi x ingat yang dibeli sendiri.. (kita kena bersangka baik ya kawan2) saya beli telekung pada bulan 3 tahun 2012 kalau x silap, sebelum tu saya ada beli juga telekung ketika mengikut rombongan ke Medan, Indonesia bulan 6  tahun 2010. Saya baru menyedari bahawa saya selalu mengutamakan pakaian mengadap manusia dari pakaian mengadap Pencipta.. itu yang membuatkan kadang2 saya sedih bila melihat orang mampu membeli baju berpuluh-puluh dan beratus-ratus ringgit tapi kedekut nak keluarkan duit untuk beli telekung yang baik kualitinya.

Pada tahun lepas saya ada berjinak-jinak untuk meniaga telekung sebab ingin membantu kawan saya yang mengusahakan perniagaan jualan telekung buatan sendiri. Tapi disebabkan kegagalan promosi yang saya lakukan hanya sehelai sahaja yang terjual. Alasan yang diberi kainnya memang bagus tapi mahal sangat.. untuk makluman, telekung yang saya jual ada yang mencecah hampir RM200 kerana kualiti kain dan sulaman yang dihasilkan sememangnya superb dengan harga. Tapi nak buat macam mana orang lebih sanggup beli kain lace, shifon, batu sana, batu sini yang lebih mahal dari beli telekung saya. Lagi satu yang kadang2 saya perasan guna hp canggih beratus2 + i pad + tablet + sewaktu dengannya tapi telekung pun kadang2 pinjam orang. 

Suasana sedih juga dapat dilihat jika berhenti di Masjid untuk solat, kadang2 telekung yang ada dah bertukar warna dan bertahi lalat.. saya memang selalu bawa bekal telekung jika perjalanan yang agak jauh, kalau jauh apatah lagi. Saya ada menonton Nona baru2 nie dan saya amat kagum bila melihat seorang wanita dan anak2nya yang membuat kerja2 amal membasuh dan menukar telekung2 yang diletakkan di Masjid atau surau..(normally saya rasa Masjid) mesti besar pahalanya kan.. dan saya pun rasa macam nak buat macam tu.. dulu masa zaman sekolah, saya ada gak bawak balik telekung2 yang digunakan oleh kawan2 saya di surau sekolah untuk dicuci, saya rendam semalaman pastu esoknya saya cuci tangan (time tu umah saya belum ada mesin basuh) memang warna rendaman jadi keroh mungkin sebab x pernah dibasuh sejak diletakkan di surau.

saya ingat saya nak buat kerja amal tu baliklah tapi bukanlah ambik telekung yang dekat sekolah takut nanti saya kena tangkap dengan jaga pulak. saya ingat nak buat dkt telekung dekat masjid macam kakak dkt Nona tu. Wish me luck ok

and pada kawan2 kalau nampak telekung kita dah semakin tipis dan boleh nampak baju apa yang kita pakai disebalik telekung, bertukarlah pada yang baru, kita kan nak mengadapNYA. janganlah kita "sayang" pada tempat yang salah dan antara dunia dan akhirat dahulukanlah yang utama.

Salam penuh keikhlasan dari saya :)

p/s dkt fb saya baru2 nie, saya ada post luahan hati & perasaan pasal perempuan pakai baju kurung tapi x pakai kain dalam. mula2 takut juga nak post takut dilabel ustazah x bertauliah tapi alhamduliah, post tersebut telah di"like" paling banyak dalam sejarah post entry di FB..semoga kita mengambil manfaat darinya.

Wassalam

 

Friday, August 24, 2012

I'm back to work :)

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri  :)

Alhamdulillah..Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan lagi di hari Jumaat yang mulia. Jumaat pertama di bulan Syawal. Selamat hari raya u alls.. today my first day working...i'm happy (ini bukan plastik ok!) my office is like my 2nd home. Saya memang x betah duduk kat rumah more than 5 days without doing nothing selain dari entertain sedara-mara yang datang, tukang buat air, tukang isi kuih and tukang basuh gelas. Lagipun hari ini dah Syawal ke-6, i guess almost 80% sedara mara sudah pun datang menziarah cuma tinggal kunjungan balas dari kitorang je yang biasa akan dilakukan weekend this week and the following week.

kalau dalam entry saya yang terdahulu saya ada mention pasal gaji janganlah dapat cepat sangat, nampaknya doa saya tidak dimakbulkan tapi doa saya untuk dapat duit raya dimakbulkan..hehehe..alhamdulillah,Insyallah saya telah pun mengasingkan perkara2 wajib yang harus dibuat bayaran awal kemudian perbelanjaan untuk hari raya. Saya tidak jangka pun nak dapat duit raya walaupun tiap2 tahun Insyaallah akan diberi cuma this time saya tidak mengharapkan sangat sebab awal tahun hari tu dah dapat bonus... tapi boss saya nie memang suka buat kejutan kalau bab2 bagi duit nie..hari Ahad (a day before raya) dapat sms maybank2u transfer dari boss..hehehe rasa macam hilang segala penat-lelah memasak untuk mengedarkan hidangan "ngunjung"untuk jiran2 dan saudara-mara terdekat

Tau ke maksud "ngunjung"? ia adalah  bahasa orang jawa yang bermaksud tradisi bertukar juadah ketika hari raya, tidak kisahlah raya aidilfitri @ aidiladha. kalau umah saya kami akan bertukar juadah dengan lebih kurang 20 rumah. Kalau ikut teori, bila bagi 20 akan dapat balik pulangan 20 hidangan tapi kami tak akan dapat balasan  20 sebab ada antara 20 tu kami dah dapat awal sejak minggu terakhir ramadhan lagi...jadi xlah penuh 1 umah dengan 20 jenis hidangan berlainan. Jadi kena masak banyaklah kan? kalau itu soalan yang anda tanya..ya jawapannya adalah banyak tapi disebabkan saya dari  lahir hingga ke usia ini sudah dibiasakan dengan tradisi begini jadi kami dan terbiasa dengannya. jadi sometimes saya tak heran pun kalau orang cakap raya diorang masak banyak bila raya sebab semua ahli keluarga semua balik, sebab kitaorang kalau adik-beradik balik ke x kami tetap masak banyak, setakat ayam 6-7 ekor tu dah terlalu biasa untuk hidangan hari raya bagi we all. Normally a day before syawal, kami masak untuk bagi orang je, and then kami berbuka dengan hidangan2 yang dibalas balik. Pagi syawal baru kitaorang masak lagi sekali untuk dimakan di pagi syawal.

Stoplah cerita pasal makan2.. saya nak share one thing and i really find the truth.. apa dia tu zurin a.k.a cengkih ? saya nak share 1 quote "Rezeki itu harus dikongsi kerana ia bukannya sepenuhnya milik kita dan percayalah rezeki itu akan berterusan selagi kita yakin kepadaNYA" ini adalah mutiara kata yang saya cipta setelah saya membuat beberapa penilitian dan  pengalaman hidup walaupun xlah banyak mana. Kalau anda tak percaya, cubalah buat. Macam mana?   meh saya bagi contoh..kalau kita dapat gaji contohnya rm1000.00 dah tolak perkara2 wajib tinggallah RM500.00 contohnya untuk kegunaan sepanjang bulan tersebut, cuba niatkan dalam hati aku nak sedekah sikit untuk anak yatim@sekolah agama@pelarian@palestin@ yang sewaktu dengannya. Tapi jangan niat je tapi kenalah lakukan. Niat memanglah dapat pahala tapi jika diaplikasikan lagi bertambahlah pahalanya. Jadikan amalan kita tabiat setiap bulan..Insyaallah jika dilakukan dengan ikhlas kita akan menerima rezeki dari mana2 yang mungkin kita duga. Rezeki itu pulak janganlah setkan dkt kepala otak dengan rezeki duit je tapi rezeki yang "out of the box" contohnya, dapat kerja yang lebih baik ke, naik pangkat ke, dipermudahkan segala urusan. Sebenarnya rezeki diberikan peluang bernafas juga adalah rezeki Allah yang tidak ternilai tau..kita je yang selalu x selalu bersyukur. Reminder to me sebenarnya. If u say, duit saya cukup2 je kadang2 berhutang lagi ada..kalau anda selalu mengalami masalah ini, ada lagi 1 cara untuk kita dimurahkan rezeki, sentiasalah berdoa untuk mereka supaya diberikan kemudahan untuk mendapatkan bantuan dari bangsa seagama kita. Mudahkan..kalau kata x boleh juga memanglah x patut...and then bila dah ada rezeki lebih sikit, memberilah kerana memberi itu lebih baik dari yang menerima.

Sempena syawal yang masih berbaki, jika kita mempunyai saudara-mara yang memerlukan bantuan kewangan bantulah mereka walaupun sedikit, doakanlah supaya mereka diberikan rezeki oleh Allah dari pelbagai cara dan sebarkan tabiat ini kepada ahli keluarga kita supaya ia menjadi suatu amalan yang boleh membantu kita diakhirat kelak. Tapi ingat sentiasa niatkan dihati perbuatan kita untuk mendapat Redha Allah bukan untuk mendapat nama dan sewaktu dengannya..

Jom kita amalkan..kalau nak cari mana2 badan yang memerlukan bantuan boleh je tgk dkt blog saya atau cari je sekolah2 agama yang dalam pembinaan, rumah anak2 yatim, rumah orang tua, saudara-mara seagama kita yang mengalami sakit kronik dan sesiapa sajalah yang memerlukan bantuan.

Wassalam