Tuesday, January 4, 2011

Doaku buatmu sahabat

Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..


Ya Allah...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu..

Tuesday, December 21, 2010

Nahas di penghujung tahun

Assalamualaikum..

saat kita menghitung hari untuk menutup tirai 2010..kita dikejutkan lagi nahas ngeri yang mengorbankan 27 mangsa akibat kecuaian pemandu.Kalau tidak silap sepanjang 2010 ini banyak sungguh dicatatkan kemalangan yang melibatkan bas...rasa seram pulak nak naik bas..

Thursday, October 21, 2010

Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

catatan pertama selepas aidilfitri..:)..sudah agak lama menyepi diri

baru2 ini saya dan rakan sepejabat telah diberi tugasan untuk mengendalikan Program untuk adik2 yang akan mengambil SPM tahun ini..ini merupakan kunjungan ke2 saya disini bersama Jun..last year dengan Azrol kali nie dengan ejal pulak..

tahun ini masih sama seperti tahun lepas..seramai 15 orang pelajar telah dipilih oleh Pihak RISDA Pontian untuk mengikuti program tahunan mereka.

ucapan terima kasih kepada our sponsor (RISDA Pontian), guru2 yang terlibat dan pihak kem kaizen.

Monday, August 30, 2010

Kata-Kata Hikmah 4 Khulafa'

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Thursday, August 26, 2010

Himah Perkahwinan..




Catatan diambil dari Majalah Haluan,Edisi 3 (2010)

1. Mewujudkan perasaan tenang & tenteram
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan diantara kamu perasaan mesra dan kasih sayang" (Ar-rum 30:21)

2. Memelihara keimanan dan ketakwaan
Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh daripada agamanya.Maka bertakwalah kepada Allah SWT pada separuh yang belum disempurnakan lagi"

3. Penghalang maksiat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Apabila seseorang kamu terpaut dengan seorang perempuan lalu memberi kesan didalam hatinya, maka hendaklah dia mendapatkan isterinya dan "bersamanya" kerana dengan itu boleh menghilangkan apa yang ada didalam dirinya" (Riwayat muslim)

4. Keberkatan rezeki
"Kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba2 kamu lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan mengayakan mereka dengan limpah kurnia-NYA dan Allah Maha luas kemurahaNya dan Maha Mengetahui" (An-Nur 24:32)

5. Mengembangkan Keturunan
Rasulullah SAW amat berbangga dengan umatnya yang ramai diakhir zaman.Perkahwinan yang soleh akan melahirkan zuriat yang beriman dan bertakwa. Daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur,kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai" Riwayat al-Imam Abu Daud)

Friday, August 20, 2010

10 Ramadhan telah pun tiba...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

sedar tidak sedar hari ini kita sudah pun menjalani 10 hari ibadah Ramadan yang mulia..ketika saya kecil dahulu mak selalu cakap bulan puasa semua syaitan diikat, jadi takde hantu dibulan puasa..Jadi diwaktu itu pada pemikiran saya tentu tiada orang jahat sebab tiada syaitan kacau manusia untuk berbuat jahat.

Tapi sedihnya saya dibulan ramadhan kali ini, terlalu banyak dosa yang berlaku disekeliling saya..kejadian menikam isteri, simbah asid, tendang perut wanita hamil, kes cerai berai, tangkapan orang islam yang tidak berpuasa dan paling menyayat hati kes buang bayi dikalangan remaja..Agaknya mana perginya otak manusia nie! dah gila agaknya.

setiap hari kita membaca kisah2 begini didada akhbar dan boleh dikatakan yang terlibat dengan kes2 begini 99.9% sebangsa dan seagama dengan saya.Akibat dari pengaruh dadah, kurang didikan agama dan pengawasan ibu bapa serta faktor teknologi adalah antara kes2 sebegini seolah-olah sudah menjadi perkara biasa.

Betul juga kata2 kakak saya yang selalu berpesan "kita..biar muka tak berapa cantik, tapi tau jaga akhlak, jangan muka saja cantik tapi otak kosong"

Ya Allah semoga umat islam terus bersatu..Jauhkanlah kami dari segala bala baik yang yang nyata atau tidak nyata dan jauhkanlah kami dari azab api neraka, Kau kurniakanlah kami limpah dan RahmatMu Ya Allah..