SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati
Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wajah rebutan malaikat & syaitan.Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri,bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati,bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..DIDIKLAH HATI MENUJU KEBENARAN DEMI MENCARI REDHA ILAHI...
Monday, August 30, 2010
Thursday, August 26, 2010
Himah Perkahwinan..

Catatan diambil dari Majalah Haluan,Edisi 3 (2010)
1. Mewujudkan perasaan tenang & tenteram
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan diantara kamu perasaan mesra dan kasih sayang" (Ar-rum 30:21)
2. Memelihara keimanan dan ketakwaan
Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh daripada agamanya.Maka bertakwalah kepada Allah SWT pada separuh yang belum disempurnakan lagi"
3. Penghalang maksiat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Apabila seseorang kamu terpaut dengan seorang perempuan lalu memberi kesan didalam hatinya, maka hendaklah dia mendapatkan isterinya dan "bersamanya" kerana dengan itu boleh menghilangkan apa yang ada didalam dirinya" (Riwayat muslim)
4. Keberkatan rezeki
"Kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba2 kamu lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan mengayakan mereka dengan limpah kurnia-NYA dan Allah Maha luas kemurahaNya dan Maha Mengetahui" (An-Nur 24:32)
5. Mengembangkan Keturunan
Rasulullah SAW amat berbangga dengan umatnya yang ramai diakhir zaman.Perkahwinan yang soleh akan melahirkan zuriat yang beriman dan bertakwa. Daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur,kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai" Riwayat al-Imam Abu Daud)
Friday, August 20, 2010
10 Ramadhan telah pun tiba...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
sedar tidak sedar hari ini kita sudah pun menjalani 10 hari ibadah Ramadan yang mulia..ketika saya kecil dahulu mak selalu cakap bulan puasa semua syaitan diikat, jadi takde hantu dibulan puasa..Jadi diwaktu itu pada pemikiran saya tentu tiada orang jahat sebab tiada syaitan kacau manusia untuk berbuat jahat.
Tapi sedihnya saya dibulan ramadhan kali ini, terlalu banyak dosa yang berlaku disekeliling saya..kejadian menikam isteri, simbah asid, tendang perut wanita hamil, kes cerai berai, tangkapan orang islam yang tidak berpuasa dan paling menyayat hati kes buang bayi dikalangan remaja..Agaknya mana perginya otak manusia nie! dah gila agaknya.
setiap hari kita membaca kisah2 begini didada akhbar dan boleh dikatakan yang terlibat dengan kes2 begini 99.9% sebangsa dan seagama dengan saya.Akibat dari pengaruh dadah, kurang didikan agama dan pengawasan ibu bapa serta faktor teknologi adalah antara kes2 sebegini seolah-olah sudah menjadi perkara biasa.
Betul juga kata2 kakak saya yang selalu berpesan "kita..biar muka tak berapa cantik, tapi tau jaga akhlak, jangan muka saja cantik tapi otak kosong"
Ya Allah semoga umat islam terus bersatu..Jauhkanlah kami dari segala bala baik yang yang nyata atau tidak nyata dan jauhkanlah kami dari azab api neraka, Kau kurniakanlah kami limpah dan RahmatMu Ya Allah..

Tuesday, August 17, 2010
PERHATIAN!PERHATIAN!
Salam..mari kita sedeqah sedikit harta yang sementara kepada Tabung Dana Kompleks Pendidikan Haluan, Johor..moga menjadi amal jariah bertemu Allah kelak. Sumbangan boleh dibuat ke akaun Sekolah Rendah Agama Ghufran MBB 551191102792.Maklumat lanjut hubungi pihak sekolah ditalian 07-755 9717.Terima kasih diatas perhatian
Petua Mencuci Hati
Sumber : Dr Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Monday, August 16, 2010
Bingkisan Dari Hati

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera
Alhamdulillah sudah masuk hari ke6 seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa...hujung minggu yang lalu saya berkesempatan untuk membaca novel terbaru karya penulis yang saya minati iaitu Pn Norhayati Berahim.Kali ini beliau bergandingan dengan penulis baru barangkali tapi jika telahan saya benar maka dia telah membuatkan saya menangis kerana tulisannya.
Ingin saya kongsikan pengalaman menbaca tulisan saudara Anuar Kamaruddin dalam tajuk "terawih terakhir".Mungkin kebetulan bacaan saya dibulan Ramadhan jadi ia terasa amat dekat dekat jiwa.Untuk bahagian Pn. Norhayati Berahim mungkin saya akan ulas di lain entri..sebab belum sudah bacaannya.
1. membaca sirah dalam bentuk novel
2. pengajaran dalam diam
3. pengorbanan seorang sahabat yang mungkin sukar untuk ditemui tapi tapi tidak mustahil akan ada.
banyak yang ingin ditulis tapi seperti sukar untuk diungkapkan..moral of the story segeralah miliki novel ini dipasaran!
1.
Thursday, August 12, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)