Thursday, December 17, 2009

Doa Menghadapi Hari Baru

Ya Allah, Ya Tuhanku, Sesungguhnya hari ini adalah kejadian yang baru, maka bukakanlah kepadaku pintu ketaatan kepadaMu,sudahkanlah ia dengan keampunan dan keredhaan daripadaMu,kurniakanlah aku padanya kebaikan yang Engkau makbulkan dan gandakanlah ia untukku.Seandainya daku melakukan kejahatan padanya maka ampunkanlah daku.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Mengasihani, juga Maha Penyayang dan Maha Mulia.
(Doa Nabi Ibrahim, Ihya' Ulum al-Din, Tabaqat al-Syafi'i al-Kubra)

Selamat Melangkah Ke Tahun Baru 1431Hijriah


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Disaat saya menulis catatan ini, tinggal beberapa jam saja lagi kita akan menyambut tahun baru bagi kalendar Islam.. Adakah kita merasakan keterujaannya atau debaran menunggu perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Vietnam yang lebih menggugat jiwa?

Pelbagai azam telah dirangka sejak awal tahun yang lalu...bagaimana perkembangannya? Adakah terlaksana atau tidak? Ermm bagi saya ada yang terlaksana dan ada yang masih dalam progress.. Yang gagal ermm mungkin tidak 100% gagal.. Alhamdulillah, syukur masih diberikan ruang & peluang olehNYA.

Salam Maal Hijrah !

Sebelum saya berundur ingin saya kongsikan sms yang saya terima dari kenalan yang sudah saya anggap seperti bapa angkat saya sendiri:-

Dengan ilmu hidup menjadi mudah..Dengan iman hidup menjadi terarah....Dengan Ihsan hidup menjadi indah...Selamilah hakikat ilmu,iman dan ihsan, InsyaAllah hati akan menjadi ringan...

Wednesday, December 16, 2009

Think Out Of The Box (26-27 Dis 2009)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jemputan untuk mengikuti program motivasi :-

Tajuk : Think Out Of The Box
Tarikh : 26-27 Dis 2009
Tempat : Suria City Johor Bahru
Yuran : RM 50.00 (tidak termasuk penginapan)
RM 100.00 (termasuk penginapan)
Sasaran : Usahawan-usahawan EKS yang meningkatkan kemahiran diri & juga majikan yang ingin menghantar pekerja bawahan mereka supaya lebih bermotivasi dalam menjalankan tugas.

keterangan lanjut.Boleh hubungi kami ditalian 06-953 3608 / 017-299 3164 / 012-367 7425

Friday, December 11, 2009

coret-coret program keusahawanan anjuran RISDA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

saya baru saja pulang dari JB semalam untuk sama2 mengendalikan program keusahawan anjuran RISDA & Global Perfection selama 3 hari..

menariknya kalau mengendalikan program keusahawan dan pesertanya adalah tokey2 iks :) sepanjang program memang sentiasa ada makanan yang diperkenalkan oleh setiap2 EKS..dan minta kita merasai keistimewaan produk masing2..

produk mereka memang berpotensi untuk dikembangkan jika terus mendapat bimbingan dan pengawasan dari pihak2 berwajib..

nak solat jap..mungkin lepas nie kita boleh sambung lagi.

Wednesday, December 2, 2009

Musim Ijab & Kabul



Assalamualaikum

terima kasih diatas undangan yang telah diterima...akan cuba dipenuhi jika diizinkan Allah..Semoga kekal hingga ke akhir hayat

05 Disember 2009
** Salina & pasangan (2 pupu saya)
** Liyana & pasangan (Muar Computer Sdn Bhd - bekerja sama bangunan dgn tempat kerja)

06 Disember 2009
** Asmahani & Pasangan (my best schoolmate)
** Hairul & Pasangan (SLG Student)

13 Disember 2009
** Arbaeiyah & pasangan (rakan seuniversiti saya-dulu dok sebelah bilik)

19 Disember 2009
** Nurul Huda & pasangan (my best schoolmate yang dah lama x contact :) )

Tuesday, December 1, 2009

friends




some people are good in the things they do...
some are good in the thing they say...
but very few are like you nice everything..

Wednesday, November 25, 2009

Menjelang Aidil Adha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban bakal disambut umat Islam diseluruh dunia beberapa hari saja lagi..bagaimana persiapannya?Ermm mungkin tiada persiapan langsung jika hendak dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri.

Ramai diantara kita yang masih bekerja begitu juga dengan saya..:) apa pengertian hari raya aidil adha pada anda?

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam

Menghayati Raya Korban/Haji (petikan dibawah saya ambil dari blog tazkirah aidiladha.blogspot)

Aidil Adha disebut juga Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ketika itu, sejak malam 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, ummat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang mulia ini dengan takbir, tauhid dan tahmid.

Bagi mereka yang ada kemampuan disembelih korban dan dengannya di bahagi-bahagikan terutama sekali kepda fakir miskin, sebagai tanda pengabdian yang tulus dan ikhlas dengan niat mencari keredhaan Allah.

Ibadah haji salah satu rukun Islam yang wajib kepada mereka yang mampu sekali seumur hidup. Di dalamnya banyak terkandung pelajaran, pendidikan dan pengalaman yang sangat berguna bagi kita yang mengerjakannya, Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus (kerana jauh perjalanan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh . Supaya mereka menyaksi berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah anugerahkan kepada mereka, berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah makan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
(Surah Al-Hajj:27-28)

Berbagai-bagai manfaat dapat kita perolehi apabila kita menunaikan ibadah haji secara baik menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, antaranya ialah:

Dapat menanamkan rasa ukhuwwah Islamiyah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar dalam menghadapi segala kesukaran didalam mengerjakan sesuatu perkara, dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mempelajari adat istiadat dan keadaan bangsa-bangsa lainnya dari seluruh dunia.

Yang datang menunaikan ibadah haji itu terdiri dari ummat Islam dari berbagai-bagai bangsa dan suku dan dari berbagai-bagai tingkat. Walaupun demikian, dihadapan Allah, mereka sama-sama hamba Allah, sama-sama berpakaian ihram bagi lelaki, iaitu pakaian yang tidak berjahit serba putih yang sehelai disarungkan dan sehelai yang lainnya diselempangkan menutupi sebahagian tubuh.

Padang Arafah merupakan tempat mereka berkumpul, kaya dan miskin,pegawai tinggi ataupun rendah, semuanya bersaudara, merupakan satu ummat yang bersatu padu di bawah kalimah ‘Lailaahaillallah, Muhammadurrasulullah.”

Alangkah gembiranya hati jika memandang betapa banyaknya mereka yang datang ke tanah suci, semuanya memohon kepada Ilahi Rabbi semoga dilimpahi kurnia menurut apa yang mereka hajatkan. Dikala itu, berkumandanglah ucapan zikir, talbiah, tasbih, tahlil, tahmid, doa dan sebagainya.

Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya Aidilaldhamerupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.

Sewaktu Ismail telah dewasa dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,
“Ketika anak itu pandai berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”
(Surah As Sooffat:102-107)

Inilah sebahagian daripada pengorbanan yang telah diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mematuhi perintah Allah atau dengan kata lain pengorbanan seorang ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang sangat dikasihi dan Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia di atas perintah Allah dan dengan tidak ragu-ragu meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah itu dengan segera.

Akan tetapi Allah tidaklah seekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.

Semoga dalam menyambut Aidiladha dapatah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.

Semoga kita semua sedia untuk berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan Islam dan ummatnya.

http://members.tripod.com/~SinarOnline/Edisi6/Menghayati.htm

posted by anwarjauhari @ 7:53 AM