Friday, March 27, 2009

Tips Berkesan...

Assalamualaikum.. Dan Salam Sejahtera..

Ingin ku kongsikan dapatan yang kuterima dari seorang rakan...x kisahlah apa jua status anda cik/en/tuan/puan/datuk/datin/dr/dsb

Tips berkesan supaya suami ringan tulang

Pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga pastinya mengambil masa untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Meskipun bercinta dalam tempoh yang lama, 5 hingga 10 tahun sekalipun, namun bukan mudah bila masing-masing mula bersatu di bawah satu bumbung.Dua individu yang berbeza sikap, pandangan, latar belakang dan sebagainya harus belajar menyesuaikan diri hidup bersama. Ketika ini, akan terserlahlah sikap dan sifat sebenar pasangan masing-masing. Apa yang tidak pernah ditonjolkan oleh pasangan ketika bercinta akan anda hadapi ketika ini.

Proses mengenali pasangan ini pastinya ada suka dan dukanya dan itulah rona yang mewarnai kehidupan sebuah perkahwinan.Dalam pada itu, di awal perkahwinan ini bukan soal menyesuaikan diri saja akan menjadi masalah tapi juga akan timbul kesulitan tentang pembahagian urusan rumahtangga ataupun kerja-kerja rumah. Walaupun hanya tinggal berdua namun rumah pastinya takkan sunyi dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Urusan memasak, mengemas, membasuh, pembayaran bil dan sebagainya perlu diagih-agihkan Apatah lagi jika isteri berkerjaya. Sekiranya hanya seorang yang melakukannya, sudah pasti tidak menang tangan.

Oleh itu, sebaik-baiknya di awal perkahwinan ini, suami perlu dibawa berbincang tentang hal ini. Terangkan bahawa urusan rumahtangga bukanlah terletak di bahu isteri semata-mata dan jangan 'manja'kan suami anda dalam kerja-kerja rumah. Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan, jika sejak mula anda telah biasakan suami membantu anda, insya Allah, takkan ada masalah lagi di belakang hari.

INGAT! Isteri yang dikahwini bukanlah pembantu rumah (orang gaji) anda. Bagi isteri pula, tak perlulah anda tunjuk 'terror' kononnya mahu menjadi seorang superwoman yang mampu melakukan pelbagai perkara dalam satu masa. Anda akan menerima natijahnya di kemudian hari. Kerja rumahtangga harus dibahagi-bahagikan agar berjalan dengan lancar dan rumahtangga terurus. Tapi bukan mudah untuk melakukannya. Akan timbul masalah jika si suami tidak mahu memahami, ataupun pemikirannya ditanamkan dengan fikiran bahawa kerja rumahtangga adalah kerja wanita, jadi mahu tak mahu ia harus dilakukan oleh isteri. Ada juga lelaki yang ego, mereka menolak melakukan kerja rumahtangga.Pelbagai alasan diberikan, dari malas, tidak biasa hinggalah bukan tanggungjawap suami, katanya. Benarkah begitu?

Jika beginilah keadaannya, yang harus berkorban adalah isteri. Jangan tak tahu, biasanya hal ini boleh saja menyebabkan pertengkaran suami-isteri. Sudahnya baru saja berumahtangga, ada pasangan yang bergaduh sakan.Sebahagian daripada umat Islam mempunyai salah tanggap bahawa adalah tugas isteri untuk menguruskan rumahtangga. Dan tugas suami adalah mencari nafkah sahaja, tanpa perlu menghiraukan urusan rumahtangga. Tanggapan sedemikian tidak bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Sila rujuk entry Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu untuk permasalahan ini.Tidak dinafikan memanglah tugas utama isteri adalah menguruskan rumahnya, suaminya dan anaknya. Tetapi ini tidak bermakna si suami tidak perlu membantunya isteri langsung! Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita, bahawa walaupun baginda begitu sibuk dengan urusan di luar rumah, walaupun baginda mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan paling tinggi di kalangan manusia, baginda tetap meringankan tangan membantu isterinya.Ini dibuktikan dengan hadis-hadis yang menunjukkan Rasulullah SAW juga membantu meringankan tugas dan urusan isteri-isterinya di rumah.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bermaksudnya, “Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”Dalam sebuah hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah r.a. berkata yang maksudnya, “Rasulullah SAW itu adalah seorang manusia, baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.”Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Aisyah r.a. yang maksudnya, “Rasulullah SAW menjahit sendiri bajunya, memperbaiki sendiri sepatunya, dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.”

Hadis-hadis ini cukup jelas menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW ketika bersama dengan ahli keluarganya. Jadi, apakah yang menghalang suami zaman ini daripada meringankan tulang membantu isteri? Bagi memastikan anda dan pasangan tidak terjebak dalam sindrom 'suami tak mahu kerja berat takut nanti reput tulang', maka eloklah dari awal lagi anda ‘mendidik’ suami untuk membantu urusan rumahtangga.Bagaimana untuk melakukannya? Di bawah disenaraikan cara yang paling halus tetapi berkesan untuk membuatkan suami turun padang membantu anda menangani kerja-kerja di rumah.

Tip # 1 - Pastikan suami tidak terlalu penat
Suami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawap yang besar untuk menyara keluarga, terutama sekali jika isteri tidak bekerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan sampai lewat malam suami mungkin menghabiskan harinya dengan bekerja. Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah, anda harus pastikan dia tidak dalam keadaan terlalu penat. Janganlah meminta suami menyidai kain, sebaik saja dia baru pulang dari kerja. Kalau itu yang anda lakukan, bererti anda seorang isteri yang tidak peka dan kurang menghargai peranan suami sebagai pencari nafkah.

Tips # 2 – Berikan alasan yang logik
Lelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu, ketepikan emosi anda seperti marah, merajuk, menarik muka, sedih dan sebagainya ketika meminta bantuan daripada suami. Beritahu suami alasan-alasan logik kenapa anda perlu bantuannya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Contoh alasan logik yang boleh dikemukakan adalan anda terlampau penat, kerja terlalu berat untuk wanita atau ada beberapa tugas di rumah yang menurut anda lebih elok hasilnya jika dilakukan oleh suami.

Tips # 3 – Tawarkan suami melakukan tugas ‘berat’
Tugas itu meliputi mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang/saluran air, membaiki barang rosak (seperti sinki dll) dan pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’.Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka, seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin, menukar mentol, dan sebagainya. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham tentang elektrik dan barang elektronik.

Tips # 4 – Sentuh perasaannya
Suami anda pasti menyintai anda dan ingin anda bahagia. Cubalah ‘merayu’ suami dengan menyentuh perasaannya. Tapi caranya bukan dengan menyatakan, “Kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja di dapur” atau menyindir, “Abang sebelum saya bising, baik abang tolong saya”.Seharusnya anda perlu mempastikan suami faham kenapa anda memerlukan bantuan daripadanya. Misalnya, setelah seharian anda membersihkan seluruh rumah dan memasak di hujung minggu, katakan bahawa anda sedikit penat untuk membereskan meja makan dan pinggan mangkuk setelah makan malam. Kalau caranya tepat dan menyentuh hatinya yang peka, anda akan dapat membuatkan suami terus saja menawarkan diri membantu anda kerana dia menyintai anda.

Tips # 5 – Rayu dengan hadiah
Cara ini kadang-kadang berjaya. Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaannya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan oleh suami, melakukan hobi bersama-sama, hinggalah ‘servis’ ekstra di ranjang malam nanti.

Tips # 6 – Jangan mendesak atau mengarah
Suami memang pantang memerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan ndalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda.

Tips # 7 – Masa yang sesuaiMeminta suami membantu urusan rumahtangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.

Tips # 8 – Ucapkan terima kasih.
Ucapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. Biasanya motivasi ini akan membuatkan suami anda cukup bahagia kerana dapat meringankan beban isteri tercinta. Selain ucapan terima kasih, berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimat ini wajib diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.

Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga daripada mengomel, membebel, membentak, menyindir dan sebagainya kerana ini akan membuatkan suami semakin keras kepala dan langsung enggan membantu.Tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggugnjawap isteri sahaja. Sebaik-baiknya, lakukanlah bersama-sama, insya Allah akan bertambah semarak cinta anda.

Friday, March 20, 2009

Betul Ke???

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH...
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS..
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS..
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1 Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3.Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon... Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Tuesday, March 17, 2009

Kematian itu pasti..

salam

Al-fatihah buat salah seorang kenalan Abu Bakar Bin Yusuf yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat sekitar jam 10.45pm yang lalu.. walaupun sy bukannlah antara kenalan rapat arwah tetapi dia antara kenalan yang banyak memberi nasihat dan mematangkan sy.Semoga rohnya terus dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin

Friday, March 6, 2009

2 hari Di Golden Horses..

Assalamualaikum...

Macam best je letak title "2 hari di golden horses" well this is my first time experienced stay dkt hotel banyak bintang nie...hehe. sebenarnya x planning pun nak stay tapi disebabkan i nie slow sikit jalan2 KL nie so the best way stay je dkt tempat conference..lupa plak nak explain sebenarnya sy ada conference branding kat golden horses, anjuran smidec dgn Brand Asociation Malaysia.
Back to our title, dah nama pun golden horses...everything berkonsepkan kuda..sampai suis lampu tepi katil dia pun replika kuda..
sambung lagi nantilah dah rasa ngantuk pulak..sekarang nie kat hotel sri malaysia jb..boleh tahan service receptionist dia '''quite slow'''nasib baik ada wireless.. terubatlah jugakkk..cuma channel malaysia byk x dapat macam berada kat singapore plak!ok see u when i see u..
wassalam

Thursday, February 26, 2009

Wanita...Wanita...Wanita...

Catatan Dari Seorang Kenalan


Wanita seorang yang amat bermakna bagi seorang lelaki kerana setiap orang anak lelaki perlu untuk mentaati ibunya, sebaliknya seorang wanita pula amat perlu mentaati suaminya. Suatu yang perlu dan saling memerlukan untuk mendapat keredaan Allah swt. Kebahagiaan adalah suatu yang ingin diperolehi oleh setiap manusia, Rasulullah bersabda yang bermaksud beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai seorang isteri yang soleh. Rosak sesebuah Negara apabila wanita-wanitanya rosak, dan ini bermakna keperluan untuk kita melihat kembali apakah peranan yang boleh dilakukan untuk memperbaiki diri kita dan anak-anak perempuan kita agar akan lahir suatu generasai yang memuliakan Allah swt didalam kehidupanya.

Sejauhmana kita menggunakan akal untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perasaan seorang yang bernama wanita dapat merasai akan keperluan mereka untuk bersyukur untuk menjadi seorang wanita. Suatu hadiah pemberian Allah swt untuk wanita kerana perasaan yang ada pada diri mereka mampu untuk menjadikan seorang lelaki akan berkerja bersungguh untuk menjadi pejuang agama dan wanita juga mampu menjadikan seorang lelaki menjadi hamba kepada dunia. Apakah yang perlu dilakukan oleh para wanita agar segala yang anda lakukan anan memberikan kebaikan di kehidupan diakhirat kelak.

Banyak cerita-cerita indah yang diukirkan oleh sejarah tentang para wanita yang begitu agung sekali didalam kehidupan diri rasululah saw. Para isterinya yang mampu membantu dan memberikan kasih sayang sehingga menenangkan dan mengembirakan diri rasulullah saw. Perjuangan yang jika dilihat tidak begitu besar tetapi jika diteliti ianya adalah suatu pengorbanan yang telah berjaya mengubah dunia sebenarnya.

Taanggung jawab kita begitu besar dan kita hanya akan berjaya melakukan sekiranya kita merasakan kita mahu melaksanakannya didalam kehidupan kita. Kita akan terus gagal sekiranya kita meletakkan halangan didalam perjalanan kita dan kita terus tidak akan mampu kerana halangan itu sebenarnya berada didalam pemikiran kita dan kita menolak segalanya untuk terlaksana didalam kehidupan kita. Mari kita merenung dan berusaha untuk terus mendidik hati kita untuk mengenal Allah swt dan dengan pengenalan yang sebenarnya akan mendorong untuk kita berjuang dan berkorban bagi mendapatkan apa-apa yang kita cita-citakan. Allah hu alam

Rahsia Memimpin Wanita

Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah SWT, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.
Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.
Bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.
Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.
Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt

Thursday, February 19, 2009

februari...

assalamualaikum...

Agak lama juga menyepi dari arena menulis blog nie..(belum sampai sebulan pun) urusan duniawi banyak membataskan ruang untuk kembali menulis..petang nie quite free coz training yang dijadualkan bermula esok (20 feb) sudah 80% settle just waiting for the respons hari isnin nanti..this time x kena jadi urusetia(yeyeye..) my officemate yang terlibat merangkap trainer yang kena pergi (Good luck Hj!!..

bulan march dah planning lagi 3 kursus

kemahiran dalam perniagaan (07-08 march 09)
penggunaan internet & web dalam perniagaan (14-15 march 09)
pembungkusan & perlabelan (28-29 march 09)

** nak kena follow up caller2 yang be4 this bersungguh-sungguh nak joint kursus.. sometimes diorang nie mula2 confirm nak pergi and then bila the day just around the corner x conform pula..siapa yg susah? I lah jugak nak kena cari saper2 utk replace..dahlah manusia yang bernama zurin zurina atan nie cepat panik..tapi alhamdulillah juga sebab bergandingan dgn boss yang very the tenang person..(tq en din)

so friends..sesaper yang nak ikuti kursus2 yg syarikat zurin offer nie bolehlah hantar borang..eh borang apa pulak yg korang nak hantar..hehehe.. hantarlah email kepadaku nanti akan zurin hubungi untuk maklumat lanjut.. emailku global.perfection@yahoo.com

wassalam..