Tuesday, August 27, 2013

Ikatan tudung tahun 90an

Assalamualaikum wbt

Dikala tiada kerja ini, jemariku menemui gambar yang pernah aku scan dulu. Gambar ini diambil pada tahun 1997 (time ni saya di tingkatan 5) Wah what a classic photo!

Bila diperhatikan ikatan tudung saya dan kawan-kawan memang ia merupakan ikatan yang sangan fofular waktu itu selepas berakhirnya ikatan tudung dibelakang masa saya ditingkatan 3 dulu. Masa tu tudung segitiga bermanik memang menjadi pilihan. Zaman tu kalau dapat beli sehelai pun dah berbangga sangat. Masa saya ditingkatan 5 tudung yang sedang naik time tu tudung empat segi tapi ada kotak-kotak kecil atau jalur halus dari warna yang sama. tudung tu takde manik.

Sedang mencari gambar masa tingkatan 3 entah dah simpan dekat mana jadi dapat publish yang masa ditingkatan 5 saja, dan tengah mencari-cari gambar tu terjumpa pulak gambar masa baru meninggalkan sekolah. Masa tu masing-masing baru semester 1 dekat IPT/IPTS. kitaorang lepasan STPM jadi semuanya mengambil ijazah pertama dalam bidang masing-masing. Time nie dah mula tudung bawal, tapi bukan tudung bawal yang nombor 1 yang nipis tu, tapi macam tudung bawal nak ke cotton, boleh paham ke macam mana gayanya tu. Tapi kalau nak lebih lanjut boleh tengok pada gambar yang saya sertakan bersama.

Gambar ini terpaksa diedit sebab time nie memang jahil lagi bab-bab agama, jadi saya telah menghitamkan mana-mana yang telah membuka aurat, (dosa saya yang dah banyak jadi tidak mahulah saya menambah dosa saya lagi)



Friday, February 1, 2013

2013

Assalamualaikum wbt

sekadar ingin memaklumkan diri ini adalah entri pertama ditahun 2013... wah sudah lamanya tidak bersua muka di laman blog. Masih mencari masa untuk menulis sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Buat masa ini tiada yang memarik sangat untuk dikongsi.
jom kita sentiasa berfikiran positif untuk kelangsungan hidup yang lebih baik..janga cepat marah, selalulah bersabar dan paling penting sekali sentiasalah bersyukur diatas nikmat Allah.

Tuesday, December 11, 2012

Cabaran guru Bahasa Melayu masa kini

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? saya doakan semua sihat-sihat belaka, kesihatan adalah antara anugerah Tuhan yang tiada nilainya dan kita bertanggungjawab untuk memeliharanya. Betul ke tidak ? :) :)

Berbalik semula kepada tajuk yang saya paparkan diatas, saya ingin mengulas sedikit mengenainya. (Disebabkan ia berkaitan dengan bahasa melayu, seharusnya saya juga menggunakan bahasa yang betul, barulah tidak dikatakan sebagai "ketam yang mengajar anaknya berjalan")

Apabila kita membaca status-status di Facebook (Muka buku) kita akan melihat ejaan dan perkataan yang digunakan oleh generasi Y khususnya sudah banyak terpesong dengan penggunaan bahasa dan ejaan yang betul dalam bahasa melayu, itu belum lagi menyentuh soal tatabahasa. Sebahagian berpendapat mereka hanya menggunakan bahasa tersebut di FB tetapi tidak digunakan ketika sesi pembelajaran, jadi saya berperasangka baik sahaja dengan adik-adik kita ini.

Adakalanya saya sendiri tidak faham apa yang ingin cuba disampaikan dan kadang-kadang tersalah faham dengan apa yang hendak disampaikan.

Berikut saya berikan petikan "status" yang saya salin dari rakan FB, bukan bertujuan untuk mengaibkan tetapi untuk melihat sejauh mana kefahaman pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan.

xda sape y pnh wt aq gmbira melainkn dri aq sndri. . .y ada hnye tngisan y slalu menemani aq d'kale aq sdh. . . .htie aq slalu t'gris dgn kte2 y wt aq t'rase. . . .pnh x skali k0 mengerti p'rasaan aq d'kale aq perlukn k0??pnh k0 rase ape aq rase??pnh k0 slami htie aq d'kale aq t'rase ngan kte2 k0. . hnye smgt y wt aq bngkt t0k aq meneruskn smue nie. . . iktkn htie aq ingn pg jauh dr smue nie biar smue owg xpt cr aq. . .mak anakmu btl2 rndu n perluknmu skang. . . .;-(. .hnye air mate y wt aq gmbra. . .;-(. .

 setelah diterjemah

tiada siapa yang pernah buat aku gembira melainkan diri aku sendiri....yang ada hanya tangisan yang selalu menemani aku dikala aku sedih...hati aku selalu terguris dengan kata-kata yang buat aku terasa...pernah tak sekali kau mengerti perasaan aku terasa dengan kata-kata kau...hanya semangat yang buat aku bangkit untuk aku meneruskan semua ini. Ikutkan hati aku ingin pergi jauh dari semua ini biar semua orang tidak dapat cari aku...emak anakmu betul-betul rindu dan perlukanmu sekarang.... hanya air mata yang dapat buat aku gembira.

jika status sebegini saya masih boleh memahaminya dengan 2 kali bacaan, tetapi saya pernah terbaca satu status yang perlu dibaca sekurang-kurangnya 3 kali baru nak faham. Jika saya jumpa saya akan masukkan semula dalam entri ini.

sekian dulu dari saya, sayangilah bahasa kita...contohilah Osman Baku :) 


Wednesday, November 28, 2012

FAQ berkaitan pemberian diskaun 10% PTPTN



** Bahan ini saya peroleh dari Pegawai Pemantau Akaun PTPTN saya 

FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT ANSURAN BAYARAN BALIK PINJAMAN/ PEMBIAYAAN PTPTN SELAMA
12 BULAN BERTURUT-TURUT ATAU 12 BULAN KE HADAPAN MENGIKUT JADUAL BAYARAN BALIK MULAI 1 OKTOBER 2012


SOALAN 1
Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Oktober 2012.


SOALAN 2
Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran            1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini.  Pengiraan dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Oktober 2012.


SOALAN 3
Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi daripada ansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.

Contoh pengiraan :

Jumlah bayaran balik mengikut                                 :         RM2,100
Jadual bayaran balik (12 bulan)   

Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan)                 :         RM3,000

Pemberian diskaun yang diberikan                                     :         RM   300
(10% x RM3,000)


SOALAN 4
Saya membuat bayaran balik setiap bulan tetapi tidak mengikut jadual bayaran balik iaitu kurang daripada ansuran yang ditetapkan, tetapi berturutan selama dua belas (12) bulan. Adakah saya layak mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Tidak layak.Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang ditetapkan.


SOALAN 5
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula 1 Oktober 2012.


SOALAN 6
Dalam bentuk apakah pemberian diskaun 10% ini diberikan?

Jawapan :
Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.

SOALAN 7
Bilakah pemberian diskaun 10% akan diberikan kepada peminjam?

Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 8
Saya telah dikenakan tindakan saman/ penghakiman, tetapi membuat bayaran balik secara ansuran berturutan selama dua belas (12) bulan (selepas Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balik selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah.


SOALAN 9
Berapa kalikah diskaun 10% diberikan kepada peminjam?

Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan tanpa had (masih dalam jadual bayaran balik sebenar), tertakluk kepada peminjam membuat bayaran balik untuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 10
Saya telah membuat bayaran balik (sebelum Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1 Oktober 2012 dan ke hadapan.


SOALAN 11
Adakah saya perlu memohon bagi mendapatkan pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 12
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji tetapi terdapat kesilapan potongan gaji/ lewat diremitkan oleh majikan kepada PTPTN.  Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak setelah pengesahan semula dilakukan oleh pihak majikan kepada PTPTN.


SOALAN 13
Saya telah menunaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) tetapi bukan merupakan peminjam PTPTN. Adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak sekiranya bayaran balik Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) dibuat selama dua belas (12) bulan berturut-turut bermula      1 Oktober 2012.

SOALAN 14
Adakah pemberian diskaun 10% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN?

Jawapan :
Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.



SOALAN 15
Bagaimanakah pemberian diskaun 10% dikira?

Jawapan :
Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulanan mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.

SOALAN 16
Sekiranya saya mempunyai lebih daripada dua (2) pinjaman, adakah saya layak untuk menerima pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.


SOALAN 17
Saya membuat bayaran tetapi tidak konsisten (kadang-kadang mengikut jadual bayaran balik, kadang-kadang kurang), dan telah membuat bayaran balik dua belas (12) bulan berturutan sebelum ini, adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan:
Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10% hanya diberikan untuk ansuran berturut-turut selama dua belas (12) bulan atau dua belas (12) bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.


SOALAN 18
Saya membuat bayaran balik sekali (melalui KWSP), adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan:
Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau melebihi ansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan.



SOALAN 19
Saya telah membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji dan dijangka akan tamat pada Disember 2012. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan :
Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada Oktober 2012 dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut-turut.


SOALAN 20
Saya telah membuat bayaran balik melalui Arahan Tetap (Standing Instruction – SI) tetapi mengikut rekod PTPTN terdapat bayaran balik yang tidak diterima dalam tempoh 12 bulan ?

Jawapan :
Semakan akan dilakukan dan kelayakan akan ditentukan berdasarkan kepada semakan PTPTN dan pihak bank.

Tuesday, October 9, 2012

perempuan oh perempuan

Assalamualaikum wbt

Apa khabar kawan2 sihat hari ni? Saya harap semua sihat2 belaka, mungkin ada yang tidak sihat sebab cuaca di Malaysia yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Tajuk entri saya menarik x ? macam diri sendiri bukan perempuan je kan..:)

Saya dapat info ini dari rakan fb dan saya bersetuju dengan statement yang diberikan. Saya rasa jika anda seorang perempuan anda mungkin juga bersetuju.


Ye Ke ???????????

  • Orang perempuan suka simpan rahsia tapi sebenarnya perempuan susah nak simpan rahsia lama-lama. Lebih-lebih lagi bila dah jumpa geng sekutu. Kadang2 bertambah-tambah pulak dari rahsia asal
  • Orang perempuan tak pernah nak mengaku kalau orang kata dia cantik. Nanti mereka pasti akan balas balik, "mana ada cantik, biasa-biasa je"
  • Orang perempuan memang pantang bila ditegur gemuk atau berisi :) sedangkan memang mungkin sudah terang lagi bersuluh berat mereka meningkat 2-3 kilo dari sebelumnya
  • Orang perempuan susah nak terima nasihat dari kaum sejenisnya tapi mudah benar tertusuk hatinya bila mendengar nasihat dari yang berlainan jantinanya.


Rindu - Nur One feat. Hafiz Hamidun